Khamis, 16 April 2020

BUDAYA TABII MANUSIA







KOBID

MEMBAWA

KEMBALI TABII

ASLI UMAT

MANUSIA

TOLONG 

MENOLONG 


Rakyat Malaysia bersatu perangi Covid-19

ANCAMAN terhadap jangkitan virus Covid-19 yang membawa maut sentiasa ada, tetapi ia tidak menghalang kumpulan amal dan kebajikan untuk terus menghulur bantuan kepada golongan yang memerlukan sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula empat minggu lalu.

Apa yang lebih mendorong kumpulan itu terus-menerus membantu mereka yang memerlukan ialah kerana rakyat Malaysia tidak pernah berhenti memberi sumbangan kewangan dan tenaga dalam kempen mengumpul bantuan.

Kumpulan kebajikan itu memberitahu The Malaysian Insight bahawa rakyat Malaysia tanpa mengira umur, bangsa, kepercayaan dan warna kulit datang setiap hari, sama ada memberi bantuan tenaga atau menyumbang ribuan ringgit untuk membantu menyediakan makanan kepada gelandangan, pendatang asing yang kini menggangggur dan pelarian.

Dengan PKP kini masuk minggu kelima, kumpulan itu berkata sokongan memberangsangkan daripada rakyat Malaysia akan membantu memastikan mereka yang terjejas teruk akibat PKP tidak akan berlapar bagi tempoh 14 hari akan datang.

“Situasi di bawah sangat mendesak. Kami terima sekurang-kurangnya 50 panggilan sehari daripada pendatang asing, pelarian dan ibu bapa kumpulan B40 merayu minta bantuan, supaya mereka dapat beri makanan untuk keluarga,” kata Heidy Quah, salah seorang ahli daripada gabungan empat kumpulan kebajikan itu.

“Namun, sungguh mengharukan apabila melihat rakyat Malaysia bersama-sama membantu mereka yang memerlukan ini,” katanya yang mengasaskan penubuhan Refuge for the Refugees.

“Banyak syarikat tampil memberi bantuan, menawarkan untuk menghantar makanan. Rakyat Malaysia menggunakan cara atas talian dan membuat persembahan nyanyian bagi mengutip dana untuk kami.”

Refuge for the Refugees bekerjasama dengan Tenaganita, Dapur Jalanan Kuala Lumpur dan Liga Rakyat Demokratik menyediakan makanan untuk dihantar kepada keluarga pelarian, pendatang asing menganggur dan isi rumah B40.

Gabungan itu juga bekerjasama dengan Pertubuhan Palang Merah Malaysia dan beberapa syarikat swasta, yang membantu dalam urusan dan barang bekalan.

Bungkusan makanan yang disediakan itu termasuk beras 10kg, minyak masak, tepung, makanan dalam tin, kentang, bawang dan kacang dal.

Jika ada permintaan, gabungan itu turut menyediakan lampin pakai buang dan susu formula bayi untuk keluarga yang mempunyai anak kecil.

Setakat ini, gabungan itu berjaya menghantar bungkusan makanan itu kepada 2,400 keluarga di 102 lokasi di sekitar Lembah Klang.

“Banyak syarikat yang bermurah hati. Satu hari Nestle hubungi kami dan menyumbangkan susu, keesokan harinya F&N pula telefon.

“BMW bantu kami mengangkat barang bekalan dan bungkusan dengan kenderaan besar mereka,” kata Quan.

Dua inisiatif dilancarkan secara online, dapat mengumpul RM12,000 untuk gabungan itu, iaitu Festival Duduk Rumah yang menampilkan persembahan muzik secara langsung dan If Walls Could Talk, program bacaan puisi.

“Setiap hari, kami ada 30 sukarelawan di pusat logistik, tanpa lelah membungkus, menyusun barang, mengira barangan dan penghantaran,” katanya.

Dilaporkan terdapat lebih 178,000 pelarian dan suaka politik di Malaysia, dengan 154,000 dari Myanmar.

Selebihnya dari Pakistan, Yaman, Somalia Syria, Afghanistan, Sri Lanka, Iraq dan Palestin. – 16 April, 2020.


SESUDAH  KOBID

BUDAYA

AKU AKU

MUNCUL DARI

SISTEM EKONOMI

KAPITALIS

WAJIB DIHAPUS

Tiada ulasan: