Isnin, 13 April 2020

PASCA KARONA BALA SAMPAI







PASCA KARONA

BALA PASTI

SAMPAI

NEGARA 

RUNTUH RANTAH



20% pekerja PKS bakal hilang kerja dengan lanjutan PKP, kata kumpulan niaga


SEBILANGAN besar perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu membuang pekerja bagi membendung kerugian mereka berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan bagi mengekang penularan Covid-19, kata pemilik perniagaan.

Ketika ini, PKS menyumbang kira-kira 98% daripada perusahaan Malaysia, ini bermakna peningkatan pengangguran bakal berlaku, kata Presiden Pertubuhan SME Malaysia Michael Kang

“Sudah tentu akan ada pemberhentian, sudah ada 10% hingga 20% proses pemberhentian pekerja. Dalam tempoh PKP ini, IKS pasti akan menderita dan perlu menyusun semula operasi mereka, mungkin sehingga 20% bahkan mungkin ditutup.

“Kami menganggarkan bahawa kira-kira 20% dalam sektor ini akan kehilangan pekerjaan, dengan banyak yang sudah diberhentikan sejak Mac, dan ini akan diteruskan pada bulan April,” kata Kang kepada The Malaysian Insight.

Ulasan beliau itu tampil selepas Putrajaya mengumumkan insentif untuk IKS termasuk suntikan wang tambahan bagi pelan subsidi gaji yang lebih baikkira-kira 4.8 juta pekerja.

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia menganggarkan kira-kira 2.4 juta pekerja memiliki kemungkinan untuk diberhentikan ekoran kesan pandemik Covid-19 ke atas ekonomi negara.

Bagaimanapun, pengarah eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan memberitahu The Malaysian Insight bahawa beliau tidak percaya bahawa ia akan mencapai 20% seperti yang dijelaskan Kang.

Shamsuddin berkata setakat Mac, hanya kira-kira 15,000 orang kehilangan pekerjaan.

Beliau berkata ramai orang sudah diberhentikan bahkan sebelum pandemik bermula kerana ekonomi domestik yang perlahan.

“Saya tidak fikir pengangguran di sektor ini akan mencapai 20%. Menurut Bank Dunia, aktiviti ekonomi di Malaysia telah berkurang sebanyak 33%, dan ini dijangka berterusan sehingga tahun depan.

“Jika 33% daripada perniagaan tidak mempunyai pendapatan, maka pengangguran akan meningkat memang akan berlaku, kerana majikan tidak mempunyai alasan untuk menggaji 100% pekerjanya,” kata beliau.

Samsuddin memberi amaran bahawa pengangguran adalah pasti kecuali pakej rangsangan ekonomi kerajaan terus dilanjutkan dan tidak terhad kepada tiga bulan seperti sekarang.

“Subsidi kerajaan untuk majikan swasta pada mulanya hanya 7%, maka ia meningkat kepada 16%, tetapi jika anda melihat di negara lain, ia meningkat sehingga 70% hingga 80%,” kata Shamsuddin.

Beliau berkata majikan mahu mengelakkan daripada membuang sebanyak mungkin pekerja kerana ia tidak produktif dalam jangka masa panjang.

Shamsuddin juga berkata ini adalah kerana pekerja baru memerlukan latihan tambahan dan masa untuk membiasakan diri dengan operasi perniagaan. Sekiranya mungkin, katanya, majikan lebih suka mengekalkan pekerja mereka yang sedia ada.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada  Jumaat mengumumkan lanjutan PKP kali kedua sehingga 28 April, dan Shamsuddin berkata MEF telah mencadangkan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk meneruskan operasi eksport untuk membina semula rantaian bekalan antarabangsa Malaysia.

Beliau berkata eksport seperti peralatan rumah dan elektronik perlu diteruskan supaya rangkaian bekalan antarabangsa mereka tidak terjejas, sehingga kehilangan pelanggan dan perniagaan sedia ada.

Shamsuddin juga berkata disebabkan sekatan perjalanan di seluruh dunia, banyak pesanan eksport telah dibatalkan dan deposit mereka perlu dikembalikan.

Sesetengah pengeksport juga perlu mencari peluang ke negara lain untuk menerima barangan yang sudah dieksport, dan ini boleh menyebabkan kerugian berganda.

Beliau turut menambah bahawa majikan kini menghadapi cabaran besar setelah PKP sekali lagi dilanjutkan, sehingga wujud dari kalangan mereka tidak lagi sanggup duduk di rumah untuk menunggu dan melihat sahaja.

“Kami menggesa kerajaan untuk beransur-ansur kembali semula meneruskan operasi di sektor perkhidmatan dan runcit, serta sektor eksport,” katanya.

MEF mempunyai 6,000 ahli daripada kalangan syarikat meliputi 25 sektor yang berlainan, termasuk kewangan, insurans, dan pertanian. – 13 April, 2020.


AWAS

LEDAKAN 

EKONOMI

PASTI SAMPAI

BAWA MUSNAH

PADA SEMUA

UMAT MANUSIA

KHALAS

2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

2.4 juta warga Malaysia kebanyakan Melayu akan hilang kirje. Itu lah sebab ALLAH turunkan Korona, supaya kita susun balik ekonomi kita macam Finland, yg by end of the day setiap isi rumah mrk JUTAWAN .. bukan macam ekonomi Arab sekarang atau 14OO thn dulu ..banga lahirkan PENYAMUN ngisi tombolok sendiri dgn juta dan biliyun.
Dah masanye kita halau 8 juta pendatang, yg kabarnye KEBAL hingga berani simbah NAJIS pada Penguasa ..ada yg tak kena ni.
Masa tu lah kita isi 8 juta jawatan kosong dgn Melayu yg ilang kerja tadi dgn gaji yg lbh tinggi. Selesai masalahkan ..
Tuan Haji Malikul, ayok gwa picaya lu bukan Penyamun ..ada pun lu pandai baca doa Bahasa Arab, tapi gwa CAYA lu bukan Penjual Igama ..toqbeer.

Tanpa Nama berkata...

Melayu masih alpha, melayu masih fikir pasal politik, sampai bantuan kepada rakyat susah pon nak politik, korona ini bukan politik, kesihatan manusia sejagat terancam, tetapi di Malaysia masih lagi fikiran kolot masih lagi perkauman masih lagi isu bangsa agama, sampai bila? Dulu dulu masa kegemilangan minyak wangi alkohol haram, apa apa ada alkohol haram, menyusup masuk ke dalam saluran darah,sekarang setiap hari sapu sanitizer, bukan kritik tapi sebagai ingatan, jangan mudah lupa, agama jadi tunggangan, guna akal guna otak semua ciptaan melawan wabak Covid bukan datang dari Arab pon, kenapa nak jadi Arab sangat terutama puak UG dan ularmak? Jangan marah, walau perniagaan kedua tertua tak kan tak boleh guna otak? Bila dapat habuan jawatan, wang dan kedudukan semua haram jadi halal? Hamper bantuan Kerajaan yang diumum itu bernilai RM 100 sampai kat Makcik Kiah jadi hamper RM 30...terbaca dalam Facebook kah kah kah maka diumumkan Kerajaan Klay Pot telah kembali secara rasminya, asal orang Melayu asal orang Kita, curi tak apa, rogol tak apa, rasuah tak apa, semua tak apa, sampai rakyat lingkup tak apa, sikap tak apa ini menuju kehancuran, ini yang Atok cakap dulu sebelum turun taktha...