Isnin, 6 Julai 2020

GEROMBOLAN ADA CALON TETAP PM






JANGAN RISAU

GEROMBOLAN

ADA CALON TETAP

PERDANA MENTERI


Umno dalam dilema: Muhyiddin atau Bersatu, kata penganalisis

Ada yang merasakan kerjasama dengan Bersatu tidak akan banyak membantu kerana parti itu tiada akar umbi yang kuat. Ada pula yang berpandangan Muhyiddin adalah pilihan calon perdana menteri paling selamat, berdasarkan populariti presiden Bersatu itu termasuk dalam cara pentadbirannya menangani penularan Covid-19.

Pensyarah politik Dr Mazlan Ali berkata perbezaan pandangan itu ketara antara mereka yang mendapat jawatan daripada kerajaan baharu sejak baharu lalu yang dilihat agak tidak bersuara, berbanding mereka yang tidak mendapat jawatan.

“Satu kumpulan, apabila dilantik ke jawatan dalam kerajaan, mereka melihat Muhyiddin memberi keuntungan kepada politik mereka. Mereka lihat ada baiknya bersama Muhyiddin.

“Tetapi satu kumpulan lagi merasakan Bersatu tidak relevan kerana tidak ada akar umbi, berbeza dengan akar umbi Umno dan PAS yang ahlinya ramai dan ada cawangan di seluruh negara.

“Jadi saya lihat Umno dalam dilema,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Umno dan PAS menjalin kerjasama rasmi atas nama Muafakat Nasional sejak September tahun lalu.

Isu calon perdana menteri gabungan Perikatan Nasional (PN) yang memerintah berbangkit selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengumumkan partinya menyokong Muhyiddin untuk terus dicalonkan sebagai perdana menteri dalam PRU15, yang ura-uranya akan diadakan sebelum akhir tahun ini.

Hadi membuat kenyataan itu sehari selepas ketua parti yang mendukung PN mengadakan pertemuan yang dilapor untuk menzahirkan sokongan kepada Muhyiddin di Putrajaya pada Selasa.

Kenyataannya disahkan oleh Annuar Musa selaku setiausaha bersama sekretariat Muafakat Nasional. Katanya, Umno dan PAS secara prinsip setuju untuk terus menyokong Muhyiddin sebagai calon perdana menteri.

Kenyataan mereka bagaimanapun bukan dikeluarkan sebagai pendirian rasmi parti.

Beberapa pemimpin Umno memberi amaran kepada parti agar tidak terburu-buru menamakan Muhyiddin sebagai calon perdana menteri untuk pilihan raya akan datang.

Mazlan melihat pengumuman sokongan kepada Muhyiddin sebagai calon perdana menteri itu hanya satu sandiwara.

“PN mengangkat Muhyiddin sebagai perdana menteri untuk PRU15 bagi memberitahu mereka tiada masalah dan bersedia hadapi pilihan raya.

“Hakikatnya Umno ialah parti dominan. Umno tidak boleh terima parti serpihan seperti Bersatu,” tambahnya.

Pada pandangannya, Bersatu yang lebih memerlukan Umno untuk membentuk kerajaan, dan bukannya Umno yang perlukan Bersatu.

“Jika tiada Umno, Muhyiddin tidak mampu membentuk kerajaan,” katanya.

Sementara itu, ketua penyelidik Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata sokongan Umno kepada Muhyiddin bersifat sementara saja.

Sokongan itu akan teruji apabila parti-parti ini akan terpaksa berbahagi kerusi untuk pilihan raya nanti, jelasnya.

“Jika Umno berpakat secara rasmi dengan Bersatu, mereka terpaksa berbahagi kerusi sedangkan pulangan sokongan kepada Umno tidak berbaloi. Ini merugikan perkiraan politik mereka,” katanya.

Sebagai perbandingan, beliau menyebut pula pulangan politik yang boleh Umno dapat daripada PAS, yang mempunyai hampir 30% sokongan masyarakat Melayu dan Islam.

Ini membuka jalan kepada Bersatu untuk mencari peluang membentuk kerjasama baharu, tambah Yusri, termasuk dengan parti-parti yang ditinggalkannya dalam Pakatan Harapan (PH) pada hujung Februari lalu.

“Situasi ini berbahaya kepada Umno. Jika Bersatu berjaya membentuk koalisi baharu dengan parti-parti lain, kerajaan PN boleh hilang… jika Muhyiddin membentuk jajaran politik baru untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Selepas kenyataan Hadi dan Annuar yang membayangkan Muafakat Nasional sudah memutuskan menyokong Muhyiddin sebagai calon perdana menteri, pemimpin Umno menggesa perkara itu dirujuk kepada ahli parti.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi berkata jawatan itu bukan untuk dipajak gadai kepada Bersatu sebaliknya perlu mendapat persetujuan ahli di akar umbi.

Umno juga ada calon perdana menteri yang layak, kata naib presiden Mohamed Khaled Nordin.

Beliau menyebut lima nama iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, timbalan presiden Mohamad Hasan, naib presiden Ismail Sabri, bekas naib presiden Hishammuddin Hussein, dan bekas ketua Pemuda Khairy Jamaluddin sebagai calon yang boleh diketengahkan.

Minggu lalu, pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau tidak fikir Umno akan menyokong Muhyiddin jadi calon perdana menteri dalam pilihan raya akan datang.

Tambahnya, Umno akan berdepan masalah pembahagian kerusi dengan Bersatu.

Semalam, dalam satu hantaran di Facebook, Ahli Majlis Tertinggi Umno Ahmad Shabery Cheek memberi analogi juruterbang perang yang belot untuk menyampaikan pandangannya mengenai pembahagian kerusi antara Umno dan Bersatu.

Katanya, boleh simpan juruterbang belot tetapi pesawat perlu dipulangkan.

Diminta mengulas analoginya itu, Shabery berkata Malaysia perlu menekankan soal nilai dan moral kepada wakil rakyat yang lompat parti.

“Belum ada undang-undang yang boleh mengawalnya, tetapi perlu ada budaya nilai dan pandangan moral yang menyeluruh terhadap mereka yang berkenaan.

“Kerusi mesti dilihat hak parti bukan hak individu. Jika ada wakil rakyat yang melompat parti, kerusinya perlu menjadi hak parti.

“Ini asasnya, sekiranya perlu dibuat pembahagian kerusi,” tambahnya. – 6 Julai, 2020.



JANGAN TAKUT

GEROMBOLAN

JUGA ADA 

CALON MUDA

BERNAMA

MAT SYABU

UNTUK PM

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: