Rabu, 29 Julai 2020

PENGUNDI MUDA AKAN TOLAK PAS




ANK MUDA

DAH BOSAN

DENGAN PARTI

POLITIK BEBAL

LAGI POYO

Data PRU14 tak jamin Perikatan rampas kerusi Parlimen Kedah, kata penganalisis


PELUANG PAS, Umno, dan Bersatu untuk menguasai lebih banyak kerusi Parlimen di Kedah tidak tidak boleh ditentukan dengan hanya mengambil kira data pilihan raya lepas, kata penganalisis.

Penganalisis dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, corak pengundian dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak boleh dijadikan kayu ukur kerana perubahan parameter.

Jelasnya, PN antara lain perlu mengambil kira pencapaian pentadbiran mereka dan faktor sokongan pengundi baharu serta sikap penyokong sedia ada dan juga para pemimpin parti.

“Corak pengundian pada PRU14 tidak boleh dijadikan panduan untuk corak pengundian PRU15 kerana jumlah pengundi bertambah dan dinamik politik juga berubah bergantung kepada pencapaian PN di pusat dan negeri.

“PN juga kena berhati-hati supaya tidak terjerat dengan keyakinan politik yang kini tinggi di Kedah.

“Ini kerana strategi politik sejauh mana hebat pun tidak mampu bawa kemenangan, sekiranya PN gagal menyatukan pemimpin dan penyokong khususnya dalam isu pencalonan,” katanya.

Beliau memberi amaran, pemimpin berkenaan akan mengundang bala kepada parti sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi.

“Pemimpin yang kecewa tidak dicalonkan mungkin akan sabotaj parti seperti yang pernah berlaku ketika PRU12, PRU13 dan PRU14,” kata Azizuddin.

Tambahnya, walaupun kerjasama erat dalam PN mampu menyumbang kepada kemenangan, faktor dua tokoh politik, Dr Mahathir Mohamad dan anaknya Mukhriz tidak boleh dipandang ringan.

“Jangan pandang rendah pada kekuatan Pakatan Harapan (PH) yang merupakan negeri mantan perdana menteri, Dr Mahathir dan bekas menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir.

“Mereka dan PH ada sokongan, kekuatan, dan pengalaman untuk memenangkan PH. Namun, jika PH masih berbalah sesama sendiri… PN ada peluang cerah menang dalam PRU15,” tambahnya.

Jelasnya, pola pengundian dalam pilihan raya kecil juga tidak boleh dijadikan asas untuk mengukur kekuatan dalam pilihan raya akan datang kerana keadaan yang berbeza.

Selain itu, sokongan ke atas PAS dalam PRU14 juga tidak boleh dinyatakan sebagai undi daripada penyokong parti tersebut di Kedah.

“Semasa PRU14 kami sedar terdapat kelompok pengundi PAS tetapi dia bukan penyokong dan melihat kekuatan PAS.

“Kelompok ini mengundi PAS kerana protes terhadap Umno, Najib Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mereka juga melihat jentera PH di Kedah tidak kuat.

“Bagaimana kelompok ini mengundi pada pilihan raya akan datang, masih timbul persoalan,” katanya.

Selain itu sikap di kalangan pengundi muda yang semakin ramai dan akan menyertai proses pilihan raya buat pertama kali ini juga berbeza.


GADUH REBUT

SABOTAJ

ISLAM KE 

KAPIR KE

SEMUA SAMA

KAH KAH KAH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila PAS dah pakai logo Merc & Balak, kita dah tahu bulan tak pakai lagi, kiblat bulan tak pakai lagi,maksud apa identiti merc balak? pasti kiblat sudah ditemui dalam kereta Mercedes yang sejuk air cool boleh selesa masuk syurga bawa sekali macam Cina mati, kah kah kah pernah tengok cina bakar kereta kertas ? apa model nak semua ada ??? balak juga jadi punca kekayaan...apa pun tiket syorga booking dulu ya..laluan VIP hubungi Hj Bawang duta khas pasir berdengung kah kah kah