Sabtu, 30 Januari 2021

EMPAT DALIL TAK BANYAK

 

BRO

EMPAT DALIL

TAK BANYAK

KAH KAH KAH

ANWAR ADA

50 DALIL

KAH KAH KAH



Ahli Parlimen PKR beri 4 sebab mengapa Muhyiddin perlu berundur

MUHYIDDIN Yassin perlu letak jawatan sebagai perdana menteri kerana beliau gagal dalam empat perkara termasuk menangani pandemik Covid-19 dan ekonomi, kata ahli Parlimen pembangkang hari ini.

Ahli Parlimen PKR Hassan Abdul Karim menyatakan empat kegagalan Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional yang diterajuinya, yang memberi kesan kepada negara dan beliau serta kabinetnya perlu segera meletakkan jawatan.

“Dengan berlandaskan sekurang-kurangnya empat sebab kegagalan yang dinyatakan di atas, maka dengan sesungguhnya demi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta ini, saya Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang mendesak Muhyiddin Yassin dan seluruh anggota Kabinetnya meletakkan jawatan dengan segera. Sekian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bukti kegagalan pertama yang dinyatakan beliau adalah kegagalan perdana menteri menangani wabak Covid-19 yang mana sehingga hari ini, vaksin untuk Covid-19 masih belum sampai ke Malaysia walaupun negara jiran seperti Indonesia dan Singapura telah menerimanya.

“Muhyiddin Yassin telah gagal menangani wabak Covid-19. Angka-angka berikut menceritakannya. Pada hari Jumaat 29 Januari 2021, sebanyak 5,725 kes baru, menjadikan kes terkumpul mencecah lebih 200,000. Jumlah kumulatif kematian pula seramai 733.

“Sehingga hari ini, vaksin untuk Covid-19 masih belum sampai ke Malaysia. Kesimpulannya, PM Muhyiddin dan Kabinet pimpinannya telah gagal menangani Wabak Covid-19,” kata Hassan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata sebab kedua adalah kegagalan meenguruskan ekonomi yang terjejas akibat pandemik.

“Muhyiddin Yassin bersama seluruh Kabinetnya telah gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik. Rating penarafan kedudukan kewangan Malaysia telah jatuh.

“Pertumbuhan ekonomi menguncup teruk. Berjuta rakyat telah hilang pekerjaan. Hutang negara bertambah. Kadar hutang negara berbanding KDNK semakin meningkat,” kata Hassan.

Menurutnya sebab ketiga adalah penurunan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) selepas Muhyiddin mengambil alih kerajaan daripada Pakatan Harapan pada Februari tahun lalu.

“Dalam masa 11 bulan PM Muhyiddin Yassin mentadbir Malaysia, kedudukan negara kita dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) bagi tahun 2020 semakin teruk iaitu jatuh ke kedudukan 57 berbanding tangga ke-51 pada tahun 2019.

“Kedudukan yang merosot ini antaranya disumbangkan oleh pembebasan atau pelepasan kes-kes mahkamah yang meragukan dalam beberapa kes berprofil tinggi bagi kes rasuah seperti kes Riza Aziz, TMusa Aman dan Tengku Adnan Mansor,” kata Hassan merujuk kepada pendakwaan rasuah bekas perdana menteri Najib Razak.

Sebab keempat yang dinyatakan oleh Hassan adalah Muhyiddin Yassin telah gagal mendapatkan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat di Parlimen dan menyatakan kerajaan PN melaksanakan darurat untuk terus kekal berkuasa.

“Muhyiddin Yassin sekarang memimpin sebuah kerajaan minoriti, bukannya sebuah kerajaan majoriti dan gagal mendapatkan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat di Parlimen.

“PM kerajaan minoriti ini menggunakan Proklamasi Darurat dan seterusnya menggantung Parlimen Malaysia semata-mata untuk terus berkuasa. Perisytiharan Darurat dijadikan alasan untuk kekal memerintah,” katanya.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan bekas pengerusi parti itu Dr Mahathir Mohamad bertelagah apabila tidak mencapai persetujuan untuk mengeluarkan Bersatu dari Pakatan Harapan, yang menyebabkan kerajaan tumbang pada Februari hanya selepas 22 bulan berkuasa.

Muhyiddin kemudian menjadi perdana menteri selepas membentuk kerajaan PN dengan Umno, PAS, GPS dan parti komponen Barisan Nasional lain.

Muhyiddin turut menjalinkan kerjasama baharu dengan bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini ditentangnya pada Pilihan Raya Umum ke 14. – 30 Januari, 2021.


PELIK

MANA PEGI

SAIFUDIN NASUTION

KAH KAH KAH

MANA HILANG

JO ABDUL

KAH KAH KAH

MANA ILANG

NIK NAZMI

KAH KAH KAH

MANA ILANG

DOLAH SANI

KAH KAH KAH

TAK BISING

MINTA MUHYIDIN

BERHENTI

KAH KAH KAH

MASA MADEY

JADI PM

SIBUK MINTA 

MADEY BERHENTI

KAH KAH KAH 

ADAKAH SEKARANG SENYAP SENYAP 

SOKONG MUHYIDIN

KAH KAH KAH


SE


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yiddin jadi PM jaga Pagoh dapat 35 juta buat dewan sekali angkat...yang gila sawan babi nak jadi PM Port Dickson apa jadi mana pergi master plan dia apasal orang PD tidak bertanya atau menyoal....apa kah orang orang di PD semua kaya raya hidup mewah makan minum melimpah ruah.....ia ke?

Tak ada pernah lihat dia jaga Permatang Pauh kemudian Port Dickson cuma timbul bila gila nak jadi PM atau pilihan raya.....???><>?{?????