Jumaat, 29 Januari 2021

 


 SPRM WAJIB

BONGKAR SIASAT

SEMUA KES

AMIN

JANGAN ADA

TERSOROK

TERLUPA

AMIN



Siasat lagi perjanjian projek libat Tengku Adnan, kata pemerhati antirasuah

PIHAK berkuasa perlu menyiasat beberapa lagi perjanjian jual beli tanah yang melibatkan bekas menteri wilayah Tengku Adnan Tengku Mansor, kata kumpulan pemerhati antirasuah.

Ini selepas Mahkamah Rayuan mengisytiharkan untuk membatalkan projek pembinaan kondominium di Taman Rimba Kiara.

Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) berkata Tengku Adnan perlu disiasat lebih lanjut berhubung kes rasuah RM1 juta yang diterimanya dan penglibatannya dalam pelbagai perjanjian projek dan tanah.

“Momenton yang diperoleh untuk menentang kepentingan peribadi, salah guna kuasa dan rasuah diteruskan dalam kes lain, dan perkembangan ini perlu mengekalkan manfaat kepada rakyat Malaysia,” kata C4 dalam satu kenyataan.

Semalam, Mahkamah Rayuan memutuskan bawah projek Taman Rimba Kiara terbatal.

Panel tiga hakim membabitkan Datuk Mary Lim Thiam Suan (kini Hakim Mahkamah Persekutuan), Datuk Has Zanah Mehat dan S Nantha Balan, membuat keputusan itu sebulat suara selepas membenarkan rayuan Persatuan Penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Dalam penghakiman yang disampaikan Thiam Suan, mahkamah memutuskan penduduk mempunyai kedudukan perundangan (locus standi) untuk memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan DBKL kerana mereka terjejas dengan cadangan pembangunan itu.

Susulan itu, beliau berkata, perintah pembangunan bertarikh 1 Julai 2017 diketepikan.

“Keputusan bersejarah Mahkamah Rayuan telah mendorong prinsip-prinsip penting dalam melaksanakan undang-undang dan telah membuktikan pelanggaran usaha sama Yayasan Wilayah Persekutuan dan Memang Perkasa Sdn Bhd.”

C4 berkata keputusan itu hanya sebahagian kecil kes perjanjian lain melibatkan Tengku Adnan yang baru-baru ini disabitkan kesalahan kes rasuah RM2 juta tetapi dibebaskan tanpa lepas atas satu lagi kes rasuah bernilai RM1 juta.

“Tengku Adnan juga dikaitkan dengan projek Pavilion Genting Highlands secara kebetulan dan diragui walaupun beliau nafi terlibat dalam sebarang perjanjian.

“Tadmansori Holdings, sebuah syarikat milik KuNan, memperoleh 20% pemilikan efektif Sering Manis, syarikat projek projek Pavilion Genting Highlands.

“Perlu juga dicatat bahawa saudaranya, Tengku Rethwan, juga dilantik sebagai pengarah Sering Manis.” – 28 Januari, 2021.

 

WAJIB BAGI

TENGKU FRAUD

BEREHAT

DI SUNGAI BULUH

AMIN

BIAR MAT FRAUD

KURUSKAN BADAN

MACAM 

ZIANA ZAIN 

HINGGA NAJIB

 SALAH PILIH

KAH KAH KAH




Tiada ulasan: