Khamis, 5 Ogos 2021

TINGGAL BERAPA EKOR ?

 

 WOIT

BERAPA EKOR

YANG TINGGAL

DENGAN MUHYIDIN

AMIN

SAPA PANDAI KIRA

TOLONG KIRA

KHALAS




5 ahli Parlimen Umno sah tarik sokongan kepada PM, kata sumber

SEKURANG-KURANGNYA lima, dan bukan lapan, ahli Parlimen Umno sah menarik sokongan kepada kerajaan, kata sumber, kerana ada juga yang menolak Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri tetapi mengikrarkan dukungan kepada kerajaan Perikatan Nasional.

Dalam perutusan khasnya semalam, Muhyiddin berkata lapan ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan mereka, seperti yang dimaklumkan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong semasa menitah beliau mengadap di Istana Negara.

Semalam juga, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan lanjut berkata beliau mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong beberapa lagi surat akuan menarik sokongan, tambahan kepada lapan yang dipersembah sebelumnya.

Sumber bagaimanapun memberitahu The Malaysian Insight, empat daripada kumpulan pertama lapan ahli parlimen Umno itu adalah antara ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang minggu lalu mengikrarkan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Maknanya, PN hilang lima sokongan termasuk Tengku Razaleigh Hamzah,” kata sumber.

Beliau merujuk pengumuman Ahli Parlimen Gua Musang menukar tempat duduk ke blok bebas di Dewan Rakyat, minggu lalu atas alasan menolak kepimpinan Muhyiddin dan kerajaan PN.

Ahli Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin mengesahkan kepada The Malaysian Insight maklumat sama iaitu empat daripada ahli Parlimen Umno yang dikatakan menarik sokongan kepada Muhyiddin sebenarnya juga menyokong PN.

“Empat orang daripada lapan ahli parlimen itu sokong PN tapi sokongan mereka bertindih… mereka tandatangan dua surat akuan,” katanya.

The Malaysian Insight tidak menamakan mereka sehingga mendapat pengesahan dan penjelasan mengenai surat akuan berkenaan.

Khamis lepas, Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata 40 ahli Parlimen BN menyokong kerajaan PN, selepas pentadbiran Muhyiddin dilihat berbeza pandangan dengan Yang di-Pertuan Agong berhubung cara pemansuhan ordinan darurat.

Kenyataan yang menggunakan kepala surat rasmi BN itu bagaimanapun dinafikan oleh ibu pejabat parti. Ahad lepas, Ismail Sabri menegaskan bahawa kandungan kenyataan media itu betul sebaliknya yang dipertikaikan oleh BN hanyalah penggunaan kepala surat.

Sekurang-kurangnya tiga ahli Parlimen BN turut mengesahkan kenyataan Ismail Sabri bahawa hampir 40 dalam kalangan mereka menyokong kerajaan PN.

“Cukup angka”

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa (3 Ogos) mengumumkan pihaknya sudah mempersembahkan surat akuan “yang mencukupi angka” untuk menarik sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Sehubungan itu, ahli Parlimen Bagan Datuk mendakwa Muhyiddin hilang majoriti untuk terus kekal menerajui kerajaan.

“Hilang majoriti atau masih ada majoriti tidak boleh diumum begitu saja tetapi perlu dibukti dan diuji,” kata sumber, yang maklum mengenai perkembangan dalaman PN selepas tindakan terbaru Umno minggu ini.

Sementara itu, pakar Perlembagaan Persekutuan Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata Yang di-Pertuan Agong mempunyai sebab yang sah untuk  memanggil ahli-ahli Parlimen bagi mengesahkan sokongan mereka sekiranya ada surat akuan sokongan yang bertindan.

“Dalam keadaan berlaku surat akuan bertindan, titah mengadap barangkali satu pilihan terbaik untuk memeriksa sokongan sebenar kerana surat akuan itu boleh mengelirukan,” katanya.

Majlis mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mengesahkan sokongan anggota Dewan Rakyat ini sama seperti yang berlaku pada Februari 2020, selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang.

Bagaimanapun Wah Ahmad Fauzi berkata majlis mengadap itu tidak perlu sekarang selepas Yang di-Pertuan Agong memperkenan cadangan Muhyiddin untuk menguji keabsahannya sebagai perdana menteri di Parlimen September ini.

Selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara semalam Muhyiddin berkata beliau masih ada sokongan yang cukup untuk terus menerajui kerajaan dan isu peletakan jawatannya tidak berbangkit.

Perdana menteri juga berkata satu usul undi percaya kepadanya akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada persidangan September nanti.

Parti-parti pembangkang serta Umno bagaimanapun mendesak kerajaan supaya usul undi percaya itu diawalkan dengan memanggil segera sidang khas Parlimen, tanpa perlu menunggu sehingga September.

Pada Selasa, semasa mengumumkan keputusan Umno, Zahid diiringi 10 ahli Parlimen parti itu serta timbalan presiden parti Mohamad Hasan.

Dua daripada mereka  Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) dan Tengku Razaleigh sudah mengumumkan menarik sokongan mereka sebelum ini.

Lapan yang lain ialah Najib Razak (Pekan), Ahmad Maslan (Pontian), Azalina Othman Said (Pengerang), Noh Omar (Tanjong Karang), Mohd Nizar Zakaria (Parit), Azeez Abdul Rahim (Baling), Ahmad Nazlan Idris (Jerantut), dan Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands).

Menurut Zahid, ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada mereka selepas memilih untuk memihak kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung soal pembatalan ordinan darurat. – 5 Ogos, 2021.


 MUHYIDIN

KATA

KAH KAH KAH

KIRA JANGAN

TAK KIRA

KAH KAH KAH



2 ulasan:

Arymanchino berkata...

Woi..jgn asik main sumber je.Maklumat dari sumber lubang jubur ke mcm sumber Tok Sheik pintu belakang.Kene lah tunjuk bukti yg jelas..MP ade 220 ekor kan.Klu setakat 12 ekor MP cabut,ramai lg ekor2 yg blh msk..

Raja Kapur berkata...

Tak usah main wayang la Umnoo...dulu kau juga sokong pelesit kerala dan aljuburi kurangkan kuasa Agong dan sultan. Ingat tak himpunan "Semarak" keliling satu Malaysia dan tiap-tiap malam dalam TV cerita Sultan/Raja zalim terhadap rakyat. Sekarang nak bodek pulak...huukk ptuiii!!!!