Ahad, 2 Januari 2022

JELEBU TETRUTUP

 


13 laluan di Negeri Sembilan ditutup kerana banjir, tanah runtuh

SEBANYAK 13 laluan melibatkan lima daerah di Negeri Sembilan ditutup untuk semua kenderaan manakala empat lagi hanya dibuka untuk kenderaan berat susulan jalan runtuh dan dinaiki air setakat 2 petang ini.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan Ir Wan Hasnan Wan Musa berkata laluan berkenaan melibatkan Tampin iaitu sebanyak tujuh jalan, Jelebu (4), Jempol (3), Kuala Pilah (2) dan satu di Seremban.

Antara jalan tersebut ialah Jalan Segamat-Gemas, Londah-Gemas, Jelai-Bahau, Jeram Toi, Kuala Klawang-Genting Peras, Felda Titi dan Stesen Pemancar Gelombang Telapak Buruk.

“Pembukaan jalan ini akan dilakukan dalam tempoh terdekat selepas selesai kerja pembaikan selain bergantung kepada keadaan semasa jalan berkenaan selepas banjir. JKR akan sentiasa berusaha mencari jalan alternatif dan menguar-uarkan kepada pengguna,” katanya kepada Bernama di Seremban hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya untuk merancang perjalanan dan sentiasa berwaspada dengan papan tanda amaran banjir serta jalan ditutup selain menggunakan laluan alternatif untuk ke destinasi masing-masing.


JELEBU

DAERAH PALING

KERING DI MALAYSIA

KINI DIBAHAM BANJIR

AMIN

KALAU TAIPING

TAK DA HAL

INI JELEBU

AMIN

MASIH ADA LAGI

TAK CAYA PADA

PEMANASAN DUNIA

KHALAS



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gua cari fuckta.. gua jumpa ni.. kah kah kah..

Tahun 2015, Daerah Jelebu merupakan daerah yang paling kerap dilanda banjir kilat yang
disebabkan oleh curahan hujan lebat luar biasa oleh Monsun Barat Daya. Akibat oleh itu, sungai utama
didaerah tersebut tidak mampu untuk menampung aliran air larian permukaan yang berlebihan di sebabkan
kelebaran dan kedalaman sungai didaerah ini tidak mencukupi maka berlakulah limpahan air sungai
membanjiri kawasan-kawasan rendah di sekitarnya. Selain itu, daerah-daerah yang turut terjejas akibat
dilanda banjir adalah Jempol, Port Dickson, Seremban dan Kuala Pilah. Bagi daerah Seremban juga turut
dilanda banjir tetapi ianya boleh diklasifikasikan sebagai kes terpencil dan hanya melibat longkang utama
di bawah seliaan pihak Majlis Perbandaran Seremban serta di sebabkan pembinaan projek Lebuh Raya
bertingkat LEKAS di Kg Temiang.