Isnin, 25 Ogos 2025

MUFTI TOK GURU PAK LEBAI DAH TAK BERGUNA ?




Fatwa berasas AI cabar peranan ulama Mesir

KAHERAH: Kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam bidang fatwa di Mesir mencetuskan perdebatan hangat mengenai masa depan pengaruh agama tradisional.

Antara yang terjejas ialah institusi ilmiah Islam terbesar dan berpengaruh di Mesir, Al-Azhar Al-Sharif dan institusi rasmi lain seperti Dar al-Ifta.

Perkembangan itu menimbulkan persoalan sama ada fatwa yang dihasilkan oleh algoritma mampu memberikan legitimasi kerohanian atau jika teknologi itu berisiko mengikis peranan ulama sebagai pengawal doktrin dan hukum Islam di Mesir.

Media berbahasa Inggeris, The Arab Weekly, melaporkan kebimbangan mendalam Al-Azhar terhadap peningkatan wadah fatwa berasaskan AI yang mampu memberikan jawapan segera tanpa melalui proses ijtihad dan syura yang dipimpin oleh mufti bertauliah.

Bagi sebahagian anggota masyarakat, khususnya generasi muda, kelebihan AI dilihat pada kelajuan keupayaannya memberikan jawapan dengan pantas, tekal, capaian tanpa sempadan dan dapat diakses tanpa batasan geografi.

Al-Azhar dan Dar al-Ifta segera mengeluarkan amaran melarang penggunaan AI bagi tujuan fatwa, dengan menegaskan bahawa hukum agama memerlukan pengetahuan mendalam, konteks sosial dan disiplin fiqah yang ketat.

Pusat Pemantauan Fatwa Mesir pula memberi amaran bahawa penggunaan AI hanya menghasilkan 'pengetahuan cetek' dan tidak menjamin kesahihan hukum.

Sebaliknya, pengkritik menuduh institusi agama bersikap memilih.

Mereka mempersoalkan mengapa ulama boleh memberikan fatwa pantas di televisyen atau media sosial tanpa penelitian panjang, tetapi mengkritik AI yang turut memberikan jawapan cepat dengan rujukan sumber klasik.

Saluran fatwa tradisional biasanya memerlukan kehadiran fizikal, panggilan telefon atau sesi soal jawab secara langsung.

Sebaliknya, AI menawarkan kerahsiaan identiti, kepantasan dan kepelbagaian pandangan – faktor yang menyebabkan sebahagian masyarakat menganggapnya sebagai pilihan yang lebih praktikal.

Ketegangan itu mencerminkan kegagalan institusi agama Mesir menyesuaikan diri dengan realiti digital.

Institusi Al-Azhar, Dar al-Ifta, dan Kementerian Wakaf Agama juga dikritik kerana lambat mengemas kini fatwa lama dan enggan melaksanakan reformasi yang lebih terbuka.

Bagi Al-Azhar, isu itu bukan sekadar tentang teknologi, malah tentang legitimasi.

Selama berabad-abad, institusi ini menjadi pengawal utama syariah di Mesir, membentuk norma keagamaan nasional dan memberi pengaruh besar di dunia Islam.

Kehadiran AI mencabar monopoli itu dengan menyediakan alternatif yang tidak tertakluk pada hierarki ulama, sekali gus membuka ruang kepada pelbagai tafsiran yang mungkin tidak sejajar dengan garis panduan rasmi.

Kesilapan atau pemesongan algoritma juga dikhuatiri boleh membawa kepada fatwa yang bercanggah dengan maqasid syariah atau kepentingan umum. - AGENSI

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

MUFTI TOK GURU

PAK LEBAI 

HILANG KERJA

SUSAH CARI MAKAN

KAH KAH KAH

TAKDA SAPA

AMBIL POT LAGI

KAH KAH KAH

PAK LEBAI

BUAT FATWA

LARANG AI

KAH KAH KAH

LAGI RAMAI

TAK AMBIL POT

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: