Dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ini memang ramai tukang nujum. Nujum ini kebanyakannya adalah nujum tidak bertauliah. Lebih rendah daripada nujum Pak Belalang.
Di pagi Jumaat, empat hari lagi, saya tidak berani membuat ramalan.
Kalau mengikut jumlah poster, bilik gerakan dan jumlah susuk yang datang mendengar ceramah - Anwar Ibrahim menang besar.
Semua ini petanda yang 'tangible', yang dapat dilihat oleh mata dan kepala. Amat meyakinkan bahawa Anwar akan menang besar.
Awas! Dalam politik ada perkara-perkara halimunan lagi halus daripada angin kentut hinggakan tidak dapat dicium dan dihidu.
Harus difahami, ceramah Barisan hampir tidak wujud. Forum Perdana gagal. Tidak ramai 'gedebe' United Malays National Organisation yang turun naik ke Permatang Pauh. Tetapi Barisan Nasional ada Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM dan TV3 - yang saban malam berkempen dari jauh.
Persoalan timbul, apakah kempen media Barisan Nasional ini dapat meluluskan 'jarum' untuk menobatkan calon United Malays National Organisation?
Contohnya apakah cerita bontot Saiful ini akan mengalihkan sokongan pengundi Permatang Pauh terhadap Anwar Ibrahim yang kampongnya di Ceruk Tok Kun di sebelah Permatang Pauh?
Apakah laporan media yang dimiliki oleh United Malays National Organisation masih 'masin' untuk diterima oleh warga Permatang Pauh?
Jawapan akan kita ketahui pada malam Selasa nanti. Jika Anwar Ibrahim masih dapat mengekalkan Permatang Pauh untuk Pakatan Rakyat maka jelas media yang dimiliki oleh United Malays National Organisation hanyalah harimau kertas.
Jika saya pengamal media ini maka saya akan pergi 'mandi bunga'.
PELANCONG POLITIK
Petang semalam - Khamis malam Jumaaat - jalan dari Kubang Semang hingga ke Bukit Mertajam telah sesak hampir dua kilometer.
Pelancong politik dari seluruh negara telah mulai sampai. Sayangnya hampir ke semua Bilik Gerakan Barisan Nasional kelihatan kosong. Jadi tidak banyak yang dapat dilihat oleh para pelancong politik ini.
PAGI JUMAAT 22/8/2008
Sebuah helikopter kelihatan berlegar di Permatang Pauh. Ini satu keganjilan, biasanya helikopter ini akan muncul menyuluh ketika ada ceramah. Kali ini di pagi hari lagi ia telah berlegar-legar.
TRAK FRU
Lima buah trak - Black Maria - yang dipenuhi dengan FRU telah kelihatan berada di Permatang Pauh pagi Jumaat ini. Dari mana hendak ke mana FRU ini bergerak tidak di ketahui.
LAPORAN CUACA PERMATANG PAUH
Cuaca di Permatang Pauh gelap dan mendung. Renyai-renyai telah mulai turun. Khamis kelmarin mendung tetapi awan hitam telah di pukul angin laut ke arah Selatan. Hujan di Ipoh.
Laporan jam 1.48 petang.

12 ulasan:
Salam..
Memang menarik cara penyampaiannya.... :)
laporan berita ini disahkan oleh saya. bagi saya, tak kiralah siapapun, secomot manapun (kononnya) moral anwar... kerajaan BeEnd yang berproksikan UmNO (sejenis kumpulan yang disukai dan disenangi British satu ketika dulu) perlulah ditukar serta merta!!!!
Semakin lama BeEnd menunggang dan mengkuda-kudakan negara ini, semakin melayu jadi melayu... semakin cina jadi cina... semakin india jadi india... maka, harapan negara bangsa yang dilaung2kan sebelum ini akan terlupus hancus dalam otak minda generasi seperti aku, kawan2 aku, member2 aku, sahabat2 aku dan jugak boyfriend ku.
Perpaduan nasional yang dilainkan hanyalah sebuah topengan jijik lagi hina dan bertaraf lebih teruk neraka jahanam. Malaysia terbukti dijahanamkan oleh umno sejak mula2 lagi berkuasa... cuma sekarang ini lebih2 lagi bertambah buruk jadinya!
Melayu perlulah menukar mentaliti mereka agar dapat bersaing dengan lebih baik. Walaupun saya tak suka menyebut2 nama kaum.. tetapi, dengan adanya NC Uitm bernama abu shah, maka saya perlu mengatakan tentang hal ini! Melayu semakin mundur pemikiran, bodoh, biol dan siol serta semakin memaluan dirinya sendiri jika terus taat, patuh, ikut, suka, mencontohi, emosi macam abu shah.
abu shah adalah orang kecil jika nak dibandingkan dengan pendekar panglima rasis yang lain seperti hishamuddin husin dan khairi. Maka, kesimpulannya, tak kiralah apa saja kasta mereka ni, 'perjuangan' mereka perlu dinyahkan sesegera mungkin. sekarang ini juga!
kesimpulannya, undilah sesiapapun kecuali BeEnd....
Moga berkat hampirnya bulan Ramadhan ni membawa sinar yang cerah bagi kami rakyat jelata...
mega mendung,
laut pun bergonyang.
BN tersentap hidup sesat haluan...
sang mentari terlindung.
pantai tak kelihatan...
semoga kemenangan milik kita yg ikhlas.........UNDILAH PAKATAN RAKYAT
Assalamualaikum Bro Isham....
Lama lepak kat pmtg pauh....kalau saya jumpa Bro Isham saya mesti belanja Bro Isham makan dimana sahaja yang Bro Isham suka....tapi kawasan Pulau Pinang ajelah...
Harap buleh jumpa Bro Isham, InsyaAllah....
Assalamualaikum!
Mohd Fadhil Hariri.
Kau semayang jumaat ke tak sham?
This guy (Ariff Shah) is obviously lying when he says that he did not know his university is a bogus one. If he can lie about this, can you believe him when he says that he has no interests in his corrupt brother's business?...More http://margeemar.blogspot.com
Forum BN semalam kat sekolah Keb. Penanti dan disebelahnya itu bukab Yayasan Salam, sebenarnya YAYASAN AMAN (penbetulan).
would be nice if you could attach some photos. for those nun jauh dari PP yang kentut gajah pun tak dengar/hidu. nice report!
To All Pakatan Rakyat Supporters,
The issue of Swear on Quran have affect some of the support on DSAI.
The BN UMNO ministers keeps on emphasize DSAI not dare to swear on Quran to prove his innocent.
And many Malay voters had been influence by this.
So, pls try to explain based on below argument to those voters in Permatang Pauh.
1. Whoever commit the crime and then swear on Quran or bible to prove innocent, this meant this person is innocent?
Then just ask Bodohwi to destroy the Palace of Justice la!
2. If DSAI swear on Quran to prove innocent, then who the nations should believe?
Tell them the case is now in Court and a person is innocent until the guilty is being proven!
Don’t be fool by these UMNO ministers!
terkenal sudah permatang pauh, rezeki yang Allah kurniakan kepada peniaga di sana, Allahamdullilah. Semoga rakyat permatang pauh sedar akan keadaan ini, lepas hari selasa ini anda akan merinduinya...
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
In the midst of the greatest buy-election of all times, your take on the going-ons are both brilliant and hillarious..we need more of that in a country which is suffering from low moral BN Jahanam..Hidup Anwar Hidup Malaysia
ganutulin
Catat Ulasan