Jumaat, 22 Ogos 2008

FORUM PERDANA GAGAL

Forum Perdana telah menjadi satu cliche sebagai satu cara untuk mengumpul orang ramai. Sebenarnya jika dikaji forum-forum jenis perdana ini bukan forum dalam ertikata sebenarnya.

Perhatikan di permulaan segala bentuk forum perdana. Ucapan pengenalan daripada Pengerusi forum sahaja telah berjela-jela panjangnya.

Segala macam pangkat dan darjat kebesaran disebut. Apabila ahli forum memulakan hujah dia pun memulakan mukadimah dengan gaya yang sama.

Betul-betul membuang masa.

Justeru pada malam Khamis satu Forum Perdana yang telah dirancang oleh Jabatan Perdana Menteri, Jakim dan Yadim diadakan. Forum ini seperti biasa untuk membincangkan hal ehwal Islam.

Forum ini diadakan di Sekolah Menengah Penanti Permatang Pauh.

Forum ini telah dipengerusikan oleh Ridhuan Lee Abdullah. Antara ahli forum ialah Kapten Najmuddin Alias dan Dr.Abu Hassan.

Sekolah menengah ini telah menyediakan 2000 buah kerusi. Bayangkan dalam kesibukan kempen pilihanraya kecil ini warga Permatang Pauh masih ingin berforum. Jawabnya tidak.

Hanya 70 warga Permatang Pauh yang hadir. 1930 kerusi kelihatan kosong. Jika forum anjuran Jabatan Perdana Menteri dirancang sebagai alat berkempen maka jelas Forum Perdana ini telah gagal meleset.

KEMPEN MELAYU

Barisan Nasional akan memulakan kempen 'reverse' untuk menawan Permatang Pauh.

Banner dan poster dengan gambar pemimpin bukan Melayu dalam Pakatan Rakyat akan di pasang. Ini untuk menakut-nakutkan para pengundi di Permatang Pauh.

BERITA TERSEBAR

Berita tentang Ramlang yang dikatakan sebagai Imam yang menerima sumpah laknat Saiful telah mula tersebar dari mulut ke mulut di Permatang Pauh.

Ramlang dikatakan hanyalah jurunikah dan bukan seorang Imam.

Kesahihan susuk Ramlang yang berasal dari Sabah ini masih menjadi tanda tanya.

BERITA BAIK

Parti Keadilan Rakyat telah membuat keputusan untuk menyediakan pengangkutan percuma kepada semua wartawan, pemberita, jurugambar, krew tv dan blogger yang ingin mengikuti kempen Anwar Ibrahim.

Untuk keselesaan, sistem perhubungan PKR telah menyediakan sistem wireless di Bangunan Yayasan Salam Permatang Pauh.

12 ulasan:

Fazrulls berkata...

Salam Tuan,

Terima kasih pada maklumat yang diberikan...

Tak sabar nak tunggu even yang panas-panas di permatang pauh yang akan berlangsung malam ini sehingga tamat hari mengundi..

Kedengangaran seramai 3000 penyokong dari kedua-dua pihak atau ke-3 pihak terlah membanjiri kawasan permatang pauh dan seberang jaya...

Ramai yang mengambil kesempatan semperna cuti sekolah ini..

Kepada semua.. selamat datang ke permatang pauh.. jangan lepas ja pilihan raya ni permatang pauh akan kembali sepi seperti dahulu...

Salam mesra,

Tanpa Nama berkata...

eloo Sdr Isham, hits bagus..

Pasal imam tu? ni ha..
http://anfielddevotee.blogspot.com/2008/08/bogus-dude.html

ariapertama berkata...

Inilah ( tukartiub )salah satu contoh laporan berita dan peristiwa yang bagus, betul dan menarik. Sepatutnya journalis muda yang bawa bentuk media sebegini bukan kamu hisham. Kamu patut dah 'main' lain. Nampak sgt budak-budak reform ni mandul.

Laxmana berkata...

info pasal prk yang baik... senang dihadam...
cayalah bro!

Danielle_Corleone berkata...

apa kes kempen sampai sau kabinet turun. haha.

hafiz berkata...

BeEnd akan terus menggunakan apa saja untuk memikat pengundi termasuklah mempromosi kebusukan keterlanjuran liwat anwar di merata2 ceruk dunia sehingga orang di ceruk ulu kampung juga mengetahuinya, lebih hebat dari itu, promosi ini sehinggakan orang2pribumi di sudan serta seluruh benua afrika mengetahuinya dan palig mengejutkan, puak arab badawi yang hidup berpindah randah juga tahu akan darihal liwat ini.

BeEnd akan terus menunggang apa saja. Usah cerita tentang islam maupun melayu saja; kalaulah syarat menang mereka hanya dengan menyundalkan najibul al-tantuy, mereka akan lakukannya!

Forum ini gagal. sapalah perancang nya ini. amat memalukan! Kesibukan Pakatanian dan marhaen permatang pauh termasuk petugas algojo BeEnd berkempen tidak sedikitpun terpengaruh dengan forum2 agama yang tak abis2 bercerita tentang lari rumah, anak tidak soleh, konsert haram, sosial, hari raya, hantu dan jin...lalu, mereka terlepas pandang soal meliberalkan identiti malaysia, meliberalkan pemahaman islam, pencerahan dan segala yang lebih besar dari soal hantu dan jin.

matcomot berkata...

teruskan usaha anda.............

amoker berkata...

Saiful tu nak nikah dengan siapa? kekek.

Tapi memang betul forum perdana ni buang duit. Satu lagi projek siok sendiri nampak dalam TV.

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak tau, Ramlang itu besar kemungkinan pendatang haram dari Indon yang menerima MyKad dari Umno under Projek IC.

Nah, pendatang haram dah sampai ke semenanjung dan dah ambil pon hak bumiputera malaysia. ambik ko!

Tanpa Nama berkata...

Apa yang pelik sangat manusia nie, pilih permatang pauh utk berforum, banyak2 tempat itu yang dipilih, pi la kulim kah, sana tak sebuk sangat orang....

Tahniah kat PKR, mesra alam nampak...

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Unknown berkata...

Salam tuan,

ni nak bagi tau depa buat forum perdana tak dapat sambutan lani depa guna pula majlis tauliah pegawai masjid (imam dan bilal)yang diadakan di Pusat Budi Penyayang konon nak bagi tauliah tapi depa kerah kami jabatan agama buat tauliah (seribu) dalam masa seminggu saja gila punya budin ydp majlis tu yang nak bodek sangat pangil mai zahid hamidi untuk bagi tualiah yang betoinya depa nak kempen tu... bodoh punya olang....

PR Juasseh/Jemapoh berkata...

Salam.......
Apa heran Sumpah Saipol Laknat ( terpulang pada anda meletakan perkataan laknat dihadapan @ selepas nama Saipol ),
Tanya Najib atau menteri UMNO/BN semasa angkat sumpah semasa perlantikan dulu. Angkat Sumpah tapi lepas tu sapu juga Duit Rakyat, komisen konon.
Sumpah, menyumpah, kekah atau apa-apa perkataan " AH " di hujung tu sesuai benar dengan UMNO....sebelum jadi sampAH.