Jumaat, 22 Ogos 2008

TERKINI & PANAS DARI PERMATANG PAUH

Sembahyang Jumaat sampai. Calon Barisan Nasional dan calon Parti Keadilan Rakyat telah bersembahyang di Masjid Seberang Jaya. Pengikut dan penyokong kedua belah parti politik turut sama berjemaah.

Inilah peluang keemasan untuk menunjukkan kewarakan masing-masing. Siapa lebih Islam daripada siapa.

Selesai sembahyang, ribuan para jemaah telah mengerumuni Anwar Ibrahim. Mereka ingin bersalaman dengan calon P44 ini.

Apa yang menakjubkan ialah di antara yang beratur untuk bersalaman dengan Anwar Ibrahim ialah YB Seberang Jaya sendiri yang juga calon P44 yang akan bertanding Selasa ini

Seorang makmum telah bersuara meminta Anwar memberi ucapan. Ini telah ditolak oleh Anwar. AJK Masjid telah membenarkan YB Fairuz untuk berucap ringkas tanpa alat pembesar suara.

Khairy Jamaluddin, atau nama manjanya KJ turut bersembahyang di masjid yang sama. Apabila jemaah mengerumuni Anwar, KJ tercongok seorang diri. Apa dalam kepala KJ ketika ini? Hanya Nori sahaja yang maha mengetahui.

14 ulasan:

BARISAN RAKYAT berkata...

TERSERLAH...WIBAWA SEORANG PEMIMPIN

Unknown berkata...

DSAI is the ONE.

Tanpa Nama berkata...

aku paling suka perenggan yg bawah sekali tu....

Zulmedia berkata...

Salam kepada rakan-rakan yang mengikuti perkembangan PRK Permatang Pauh melalui Blog Hisham.

Umpamanya tulisan Hisham dalam Malaysia Today dan Malaysiakini sangat menarik, penuh dengan humor ,tari dan lenggok kritisnya yang terkadang buat kita berfikir.

Justeru apabila Hisham membuka blognya, saya antara penjengok tetap.

Sambil-sambil itu tulisan-tulisan Hisham telah pun dibukukan. Antaranya Keganasan, Penipuan & Internet: hegemoni media daulah pecah. Rakan-rakan boleh terus link ke website ini jika berminat;
http://mediajaya.com/kedaibukuonline/index.php?main_page=product_info&cPath=3_10&products_id=134

Fazrulls berkata...

Salam Tuan,

Kesempatan bersalaman dengan bakal pemimpin amat di nanti-nanti oleh seluruh penduduk Permatang Pauh.

Cuma pemimpin yang berjasa akan dikenang...

Salam merdeka buat semua...

hafiz berkata...

sebagai budak yang berumur 26 tahun 5 bulan. amat2lah menggusarkan hati saya. entah apalah nasib si KJ ini jika anwar berahim menang kelak. aku sangat risau tentang nasibnya nanti... kasihan dia dan kasihanilah dia...

dulu dia pergi kempen di kelantan tunjuk gedebe. tapi orang kelantan tak mau sama dia punya gedebe. dia juga suka menjual2kan muka dia... supaya orang kampung tengok dia jagoan (kononla).... "tapi rupanya rakyat tengok dia-macam orang gila..." meminjam bait puisi pak pyan habib hehe

sebagai rakyat malaysia, aku sangat malu, apa lagi mendengar nama BeEnd...nama umno... hingga nak terjuih lidah dan tenggorokku... hmmm alahai... kesian orang melayu, asyik kena tipu pemimpin yang konon2nya membela mereka....

umno 4 ever berkata...

Bro....wa suka baca lupunya laporan....lengkap dan teratur susunannya dan mudah paham.

yg paling gua suka pasal cerita lawak yg terdiri pak lawak terkenal iaitu Ezam dgn kotak2nya. Betul ke kena hubungi anak Jamaludin untuk mengetahui lokasinya....ha..ha...ha lawak,lawak

umno 4 ever berkata...

Lu ingat semua...dulu KJ dan muhyidin anak kepada yasin....telah mengeluarkan fatwa bahawa Kerajaan pimpinan pas akan muflif untuk tarik pengundi calon BN...last-last sekali....awang sapa hari ni ngatik..MB...MB....MB...MB. dan anuar musa telanh lari lintang pukang sebab kalah jugok.

Minggu ni puak ni buat cerita liwat pulak...tapi nampok ke gaya dan faktor sejarah...kalah teruk pulok...tapi yg paling gua kasihan KJ nak lari kemana...tak cukup tanah dia lari lepas ni.

Tanpa Nama berkata...

ada masa dan ketikanya, kita alpa dan seronok, malah terpedaya lantaran bermain dengan dunia persepsi. Melihat ramai orang bersalaman dengan seseorang berbanding dengan yang lain melambangkan karisma orang itu. Orang yang dipersepsikan sebagai berkarisma tidak semestinya benar-benar berkarisma. Jika tidak, mana mungkin P Ramlee ada idea nak mengarah filem Musang Berjanggut....

amoker berkata...

Ya, itu memang panas. Terutama KJ yang ingin menguburkan DSAI. Mungkin bertanding kat rembau pun KJ akan kalah.

tan, tanjong bungah berkata...

Hi semua,

Kempen BN dan berita MSM yang terlalu memberi tekanan terhadap kes liwat dan keraguan orang ramai mengapakah sumpah laknat dilakukan pada hari sebelum hari penamaan calon akan 'makan diri sendiri'.

Tambahan pula, akuan imam (seorang ahli UMNO juga) dari Wilayah Persekutuan KL yang menyatakan bahawa beliau diarahkan untuk berada di masjid pada ketika sumpah itu diambil sudah menjadi satu tanda tanya rakyat tentang kesahihan kenyataan pihak tertentu bahawa sumpah itu tiada kaitan dengan politik semasa.

Ditambah lagi kes ahli majlis Perak yang ditangkap oleh BPR dan dihebohkan di MSM semasa kempen pilihraya kecil dijalankan akan menjadikan ramai lagi yang tak percaya kes ini tiada kaitan politik. Baru-baru calon BN yang terpaksa menyatakan bahawa beliau telah menarik diri daripada kursus Ph.D. akan menarik perhatian ramai lagi pengundi di PP.

Sejauh manakah perkara-perkara di atas akan memakan diri BN akan diketahui pada malam Selasa nanti!

Tanpa Nama berkata...

Yang Maha Mengetahui hanyalah Allah S.W.T sahaja....

Nampaknya ariff shah pun peminat DSAI jugak kah, yerla anak murid dia, mesti hormat guru punya.

K.J, rasa tempat hang kat rembau, pi balik,nanti aku suruh member aku hambat hang nanti....

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Tanpa Nama berkata...

EZAM NOR,KJ(KOTE JALANG)DAN LAIN LAIN-BEKAS KAWAN RAPAT DSAI ADALAH MANUSIA PALING BANGSAT DALAM DUNIA

Tanpa Nama berkata...

thax bro... very 'short n sharp' and yet so informative.