Selasa, 27 Januari 2009

MALAM BAKAR MERCUN


Belum jam 12.00 malam lagi. Lalu berligar melihat Kuala Lumpur.

Arah dituju ialah Jalan Petaling. Bila sampai semuanya telah hampir kosong. Sampah berlungguk dan bertimbun. Dua tiga orang anak muda Burma duduk di tengah jalan sambil minum beer. Anak –anak muda Bangla sibuk menyusun kemas gerai.

Esok cuti Hari Raya Tahun Baru China. Kedatangan Tahun Lembu.

Wajah Jalan Petaling telah berubah. Warong dan gerai semakin banyak di kendalikan oleh anak muda dari Burma dan Bangla. Inilah keindahan kota kita – siapa rajin siapalah yang berniaga – yang malas suka berempit dan bermotorlah- sibuk ke hulu ke hilir.

Disana sini kedengaran bahasa Melayu pasar di gunakan … ‘antie belakang tu mana ... sudah cuti ke ?’ Suara dari anak muda Bangla. ‘…mestilah…’ jawab lelaki Tionghua. Dewan Bahasa dan Gapena tolong ketepi sikit ada bahasa baru hendak muncul.

Tiba-tiba mercun meletup – mercun panjang tetapi bukan panjang sangat –hanya hampir lima minit. Hairan kenapa mercun diharamkam di hari-hari kebesaran? Leceh. Selalu kita diberi alasan - merbahaya - banyak kecederaan – bullshit.

Mana ada orang mati main mercun. Di hari perayaan banyak yang mati di langgar kereta. Kenapa kereta TIDAK diharamkan. Haramkanlah pengunaan kereta dan motorsikal. Kalau betul-betul hendak menjaga keselamatan warga?

Jawabnya tidak berani. Betul-betul Mat Lebong anti kegumbiraan.

Kenapa mercun berani diharamkan. Jawabnya kalau diharamkan maka ada lubang untuk buat RASUAH. Setiap lubang yang ditutup mesti ada lubang dibuka untuk rasuah.

Restauran Kain Merah masih dibuka. Ramai muka Mat Saleh. King Kong tempatan dan Minah Sarong Party tidak kelihatan. China Doll jarang datang kesini kerana belum faseh BI – kalau sudah faseh pasti tempat ini akan di penuhi oleh China Doll.

Menghala ke Pub Rasta kelihatan Mat Bangla jual bunga. Ramai Amoi , Amoi Tua dan Apek sedang mencari bunga. Bunga yang di cari hanyalah bunga yang namanya seakan-akan berbunyi Emas, duit dan harta. Ini budaya China yang suka apa sahaja yang ada kaitan dengan duit dan harta.

Nanti, kalau hendak beri hadiah pada awek China atau bakal Pak Mertua China – berikan mereka satu tin kaya. Katakan : ini niat suci dan harapan - hendaknya melalui tin kaya ini si penerima akan cepat dapat duit jadi kaya raya.

Sebelah Pub Rasta ada Kuil – ramai mereka yang warak sedang keluar masuk. Semua sedang khusyuk bersembahyang memasang colok. Asap berkepul-kepul. Hendak masuk tak sempat kerana terlalu ramai yang hendak bersembahyang. Ada pula Rela yang hendak jadi gedebe di tepi pintu sedang mengawal.

Apa yang sedang di kawal ialah ‘orang msikin’ yang sedang menghulurkan tin sadin dan mangkuk plastik – meminta orang yang keluar dari kuil bersedekah. Nah – orang China pun tahu bersedekah jariah. Bersedekah ini bukan hanya amalan orang Melayu. Jangan sibuk dengan Ketuanan Melayu – nanti jadi Ketuanan Yahudi Zionis – tidak sedar agama lain pun sama – menggalakkan ummahnya bersedekah.

Siapa yang meminta sedekah – kebanyakan warga kota yang tidak ada rumah dan tempat tinggal. Mereka ini adalah warga Makanan Bukan Bom/Food Not Bomb. Majoriti yang beratur di tepi pintu kuil ialah Melayu yang telah lama meninggalkan Ketuanan Melayu. Inilah Malaysia kita yang tidak di sedari oleh kumpuln Pewaris yang asik-asik dengan Hidup ISA.

Tidak ada suasana perkauman disini – yang khyusuk bersembahyang dalam kuil memasang colok dan minta doa orang China. Yang mendoakan di luar orang Melayu.

Sesekali ada kedengaran bunyi mercun. Tak kuat dan tidak memanjang.

Meninggalkan Jalan Petaling ke arah Bukit Bintang. Di sebelah BB Plaza ada kugiran sedang bermain. Ini kampong Mat dan Minah Dangdut. Kugiran memainkan lagu-lagu dang dut – ( nasib baik pemuda Pas Wilayah tak sedar ) hebat show malam itu – ada Inol tempatan – saorang Purtan bergerudi untuk menghibur mereka yang bercanda dan bersantai.

Sayang Minah Cun dan Mat Jambu tidak banyak kelihatan. Kebanyakan muka di sana macam muka Aman Belon. ( Siapa tidak tahu Aman Belon sila tanya Pak Cik saya Lebai Google).

Hampir jam 3.00 pagi baru pulang. Tahun Lembu sudah sampai. Siapa agaknya yang akan jadi lembu tahun ini?

Nak Yamseng agak terlewat. Hendak hantar ucapan Selamat tahun baru melalui sms kredit sudah habis. Nak beli keretek di Chow Kit buang masa sahaja. Cilaka – Suraya 10 batang yang ori sudah dua bulan tak ada dalam pasaran.

Apa punya tuuurr… keretek pun susah nak dapat. Betul-betul Tahun Lembu.




14 ulasan:

ehem-ehem berkata...

cerita yang paling best, ialah pasal kretek tak ada kah kah kah....
nak gua kirim?

ehem-ehem berkata...

ISHAM........... bik mama joging kat sabah kah kah kah (Gempa bumi lemah dikesan di Sabah - utusan )

Tanpa Nama berkata...

Salam abang isham,

Setiap undang-undang baru ciptaan gerombolan pasti pintu-pintu rasuah terbuka luas.

Hukuman mati membunuhpun boleh terlepas,seandainya punya wang dan kuasa.

Kalau nak jual mercun kena hulur....
Bila kena tangkap hulur-hulurlah....

Dasar feudal keparat !

Cob Nobbler berkata...

hahaha..pengalaman gua jadi FNB punye member masih ingat lagi..bagi mihun goreng kat orang2 pemintak sedekah ni..

Bro Isham,ada contact number budak2 FNB tak?aritu try contact myspace macam tak aktif je..

best jugak bagi makanan kat orang2 ni,tengok karenah orang macam2.

Anyway lu tak tengok lu punya feng shui ke?hahahahaha!!

Gong Xi Fa Cai kepada semua rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

mintak ampun... siapa-siapa boleh terangkan gua kurang paham...mungkin tak biasa dengar pasal gua budak kolej yg nerd hahaha

apa itu: china doll dan king kong tempatan?

adakah kingkong tempatan bermaksud 'abang bouncer'/ 'abang guard' yg jaga pintu club selalu tu...

p/s : apsal dekat kelang area aku kretek senang je nak dapat? macam takde hal pun...

maun berkata...

kena ada rasuah, baru ada kretek ori, nama lagi barang seludup. Tak de kretek pintal tasbi le TT

Tanpa Nama berkata...

Tahun 2009 Tahun Lembu....Ironic betul...Tahun nie bykla lembu2 berkeliaran...

Tanpa Nama berkata...

Brader tukar brand, Semporna A hijau pun enak Pak. Nanti kalau lu sudah tukar maklum sama gua sebab gua nak tumpang lu punya rokok. Beres brader beres, siap untuk celebrate menang perang, kalau Mat Monggol kantoi gua janji supply lu punya rokok satu tahun. Tapi janji Lu hisap satu bungkus satu hari kalau lebih cari sendiri. Amacam brader, Mat Monggol akan kemana? hahahahahaha satu tahun supply rokok gua janji kalau menang perang. Tapi kalau mahu mercun pun bolih tetapi buatan Bik Mama namanya "ori C4" mercun special.kakakakakakakah!!!! Bik Mama bolih main mercun "ori C4" untuk gumbira tetapi orang lain nak gumbira halau hantu tak bolih. Bila Mat ngantuk nak pecat Mat Monggol. hahahhhahaaa.

John Leh berkata...

Selamat Bakar Mercun

Tanpa Nama berkata...

Kretek takdak..limau ada!!!

Tanpa Nama berkata...

kretek takdak...limau ada...

Tanpa Nama berkata...

ho..ho..
rokok gulung blh?

Tanpa Nama berkata...

Eh 'Sham... keretek 234 bole beli KL kat mana?

Lain kali kamu datang Penang, kite keluar makan lagi 'ngan Cik Sharmila n' Hani.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah, saudara Hisham atas menghasilkan satu lakaran citra/potret dengan menggunakan huruf-huruf akan budaya dan hakikat sosial Malaysia yang tepat dan jelas seperti ada-adanya.

Ini dia gambaran campuran harmoni yang wujud apabila rakyat tidak dipaksa atau ditambat oleh mana-mana pihak dengan propaganda tertentu atau pendirian/kepercayaan sempit, tidak ditindas atau ditekan oleh mana-mana pihak dengan undang-undang yang zalim. Tiada ketegangan. Interaksi natural.

Inilah Malaysia yang sebenar, dan inilah cerminan realiti masyarakat kita yang pluralis dan kemanusiaan — mampu hidup secara "simbiotik" — saling memanfaat satu sama lain, secara "egalitarian", secara terbuka, tanpa rintangan ideologi atau fanatisisme kepercayaan/agama. Di kosmos kecil yang di-teleskop ini wujudnya rakyat Malaysia yang tidak semestinya pesaing di mana kemenangan satu pihak merupakan kekalahan mutlak kepada pihak-pihak yang lain ("zero-sum game") — kemenangan dikongsi bersama seadil-adilnya secara sukarela.

Adakah kita mampu, rela, sudi mewujudkan satu Malaysia seperti ini, tanpa kekangan lampau dan perintah karut pihak berkuatkuasa, pihak agama masing-masing, golongan politik, elit dan bangsawan?