Isnin, 12 Januari 2009
PEPSI COLA DAN COCA COLA
Apabila Barack Obama dipilih untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke 44, dunia telah memberikan sambutan yang cukup hangat lagi menceriakan. Dari Portland ke Pantai Dalam, dari Geneva ke Gemencheh, dari Kenya hingga ke Kelabit, rakyat dunia telah mengalu-alukan Obama.
Sambutan meriah ini bukan salah. Yang di rayakan oleh rakyat dunia dan yang disambut ialah kesampaian Barack Obama seorang president yang berkulit hitam ke Rumah Putih.
Sebenarnya tidak ada apa-apa perubahan hakiki yang sedang berlaku.
Pada tahun 60’an dahulu Pepsi Cola dan Coca Cola telah sampai dalam botol kaca ke Malaysia. Kemudian minuman ini datang pula dalam tin alimunium dan botol plastik. Coca Cola dan Pepsi Cola tetap sama tidak ada apa-apa yang berubah. Yang nampak berubah ialah cara minuman ini dikotakkan, cara ianya di iklankan dan cara produk ini di jual.
Bagitu juga dengan Parti Democrat atau Parti Republican dari Amerika - dua parti politik - Coca Cola dan Pepsi Cola. Tidak ada perbezaan dasar yang haikiki. Kedua parti ini mewakili kepentingan kaum pemodal multinasional, kaum Zionis dan industri senjata Amerika Syarikat.
Barack Obama menjadi presiden ketika sistem ekonomi kapitalis berhadapan dengan satu krisis yang amat besar. Sistem ekonomi kapitalis sedang dilanggar oleh masaalah lebihan pembuatan dan kurang permintaan. Krisis seperti ini berulang-ulang berlaku sepuluh tahun sekali. Ini adalah sebahagian dari hukum sistem kapitalis – kembung kemudian kempis. Atau seperti ular sawa bersalin kulit apabila badanya di rasuk hama, pacat atau kutu babi – berubah-ubah tapi ular yang sama.
Kaum pemodal dan tuan empunya industri senjata memahami krisis yang dihadapi oleh sistem kapitalis. Mereka juga sedar bahawa Bush yang mewakili kepentingan mereka selama lapan tahun telah melakukan apa yang wajib dilakukan dengan terbaik. Kepentingan ekonomi mereka telah dipertahan di seluruh dunia.
Bush telah melancarkan perang. Dasar ‘war on terror’ sedang berjalan. Undang-undang Patriot Act telah diterima pakai. Semua ini telah menguntungkan kaum pemodal. Maka telah sampai masanya untuk meneruskan projek mereka untuk mendominasi dunia dengan satu taktik yang baru.
Kaum pemodal Amerika memerlukan kotak yang baru untuk mengekspot dasar lama mereka.
Justeru, kepimpinan parti Republican wajib diubah. Parti Democrat perlu dinaikkan. Dalam suasana dunia yang haru biru ini dasar yang terbaik untuk ialah menaikkan seorang presiden yang berkulit hitam. Dengan munculnya seorang presiden berkulit hitam, pasti untuk seketika waktu ianya akan dapat mengabui mata rakyat Amerika dan juga pandangan rakyat dunia. Ini terbukti dengan ‘heboh-heboh’ belaku bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia pada minggu pertama sesudah Obama menang.
Rakyat Amerika sendiri dan rakyat dunia telah menunjukkan muak dan bosan dengan dasar yang di bawa oleh George W Bush. Mereka mahukan satu perubahan. Ombak menentang dasar perang yang didalangi oleh Bush cukup ampuh – bukan sahaja di Amerika malah di seluruh dunia. Jika seorang lagi Republican menginap di Rumah Puteh seperti McCain maka besar kemungkinan pemberontakan akan berlaku di Amerika sama seperti di era Nixon – dimana anak muda Amerika bangun menentang dasar berperang dengan rakyat Vietnam.
Justeru untuk mematahkan semangat anti-perang dan anti-Amerika yang meluap-luap di seluruh dunia, maka taktik yang dilakukan ialah menaikkan seorang lelaki berkulit hitam ke Rumah Puteh. Ini cara kaum pemodal internasional dan kaum Zionis merancang.
Apabila Barack Obama masuk ke Rumah Puteh dia akan berhadapan dengan krisis ekonomi yang maha besar. Belum pernah krisis ekonomi yang berlaku hari ini dihadapi oleh seorang Presiden Amerika. Bank-bank Amerika yang besar telah tutup kedai, syarikat dana keewangan gergasi telah lingkup, tiga kilang pembuat kereta terbesar di Amerika sedang jatuh muflis. Banyak warga gagal membayar hutang membeli rumah. Hasilnya banyak rumah diambil oleh bank dan warga tidak berumah. Dalam masa yang sama warga Amerika kehilangan kerja semakin melimpah.
Zaman meleset tahun 1929 pun tidak seberat yang akan di hadapi oleh Barack Obama. Kalau tahun 1929 dahulu yang jatuh muflis hanya Amerika – pada tahun 2008/2009 ini sistem ekonomi kapitalis telah menjadi sistem ekonomi global. Tidak ada negara dan pulau yang akan terselamat dari krisis yang pasti akan sampai ini.
Krisis ini lebih molek dihadapkan kepada Presiden yang berkulit hitam. Yang berkulit lebih baik dan dapat dilihat ‘kosher’ untuk ‘membaham rakyat yang berkulit hitam di Asia, Afrika dan Latin Amerika.’
Ketika menulis ini, Barack Obama hanya baru melantik beberapa susuk untuk turut sama dalam pentabirannya. Malah ramai kaki tangan Bush juga akan turut sama dalam pentabiran Obama. Apa yang jelas dasar luar Obama tidak jauh bezanya dari dasar yang telah dijalankan oleh Bush – terutama dalam dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Barack Obama ‘belum mengeluarkan dasar yang jelas untuk menghentikan perang di Iraq dan Afghanistan’.
Ini bukan kerana Obama tidak sedar tentang kemusnahan yang dibawa oleh perang. Obama sedar. Dia bersekolah dan boleh membaca. Obama juga tahu angka soldadu Amerika yang gugur di Iraq telah melintasi 4000. Tetapi, Obama juga sedar jika dia mengambil dasar anti-perang maka pastilah wakil dan tuan empuanya industri senjata dan kaum Zionis di Amerika tidak akan memberi derma untuk kempennya. Obama juga sedar kumpulan ini memiliki kuasa dan boleh mengarahkan media-media berpengaruh di Amerika untuk bersimpati dengan Obama atau sekurang-kurangnya tidak memperlekeh kempennya.
Sebenarnya kulit hitam atau kulit putih yang menduduki Rumah Puteh tidak memiliki apa-apa makna untuk rakyat dunia. Dasar imperialias Amerika tetap sama. Dasar luar Amerika belum berganjak. Dasar pro Israeal dan anti Palestine masih belum berubah.
Barack Obama belum menyatakan apakah dia akan meneruskan perang ilusi – War On Terror’ – dasar yang dimulakan oleh Bush. Dasar perang melawan keganasan ini adalah strateji perang berjangka panjang yang ditelorkan oleh kabal Zionis dan kumpulan neocon di Washington. Dasar ini bertujuan untuk melahirkan apa yang dipanggil New World Order/Tataan Dunia Baru.
Yakinlah dalam masa yang terdekat semua hu ha hu ha dan gedebak gedebuk kegembiraan menyambut Barack Obama ini akan pancet. Kulit hitam atau kulit putih bukan persoalan. Ianya tidak ada apa-apa makna yang hakiki. Untuk ujian : sila beli satu botol Coca Cola dan satu botol Pepsi Cola. Tutup mata dan minum. Pasti tidak ada perbezaan. Dua-dua milik kuasa modal Amerika. (TT)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
24 ulasan:
Mungkin boleh dimaafkan jika kita membeli peralatan yang canggih yang kita tidak ada kemampuan dan kepakaran untuk membuatnya dari negara Amerika, tetapi adalah keterlaluan kalau hendak menyediakan minuman (Coca-cola) dan menggorengkan ayam (Mc Donald) yang boleh kita lakukan sendiri itu pun kita menggunakan perkhidmatan syarikat Amerika.
Warga dunia teruja atau terpegun sejenak yang Obama berkulit 50% hitam menjadi Presiden AS ke-44. Ada sesetengah orang Muslim juga yakin bahawa beliau mempunyai sedikit atau saki-baki ajaran Islam yang mungkin ia terima semasa kecilnya.
Fenomena 'Obamamania' pun tercetus buat seketika, namun kita renung sedikit semasa kempennya, beliau tak pernah membicara hak-hak kulit hitam atau hak-hak asasi manusia marjinal, terpinggir, terbiar atau berkaitan dengan isu ketidakaadilan yang menimpa berjuta-juta warga dunia lain yang diakibatkan oleh dasar luar AS.
Harap kita kembali membumi dan sedar bahawa menukar dasar luar AS itu adalah satu perjuangan yang pahit dan melelahkan.
tak penah try macca kola, huhu
tiada dalam pasaran kut, huhu
"Sebenarnya kulit hitam atau kulit putih yang menduduki Rumah Puteh tidak memiliki apa-apa makna untuk rakyat dunia. Dasar imperialias Amerika tetap sama. Dasar luar Amerika belum berganjak. Dasar pro Israeal dan anti Palestine masih belum berubah."
Memang 120% kebenarannya wahai TT yg bijak!..tukarlah ke warna apa sekalipun..usa tidak akan berubah..obama hanyalah boneka yahudi.kalaupun dia dapat membuat perubahan,mungkin dia tidak sempat melihat hasilnya..kerana KKK dan Neo nazi@white power sedang mencari masa terbaik untuk mengambil nyawanya.
Yeah, Yahudi tembak Palestin sambil minum Coca Cola. Lepas ni perang pula dengan Iran sambil makan McDonald.
Baru pulih ekonomi Amerika dan dunia.
Keadaan sekarang dah terlalu menjerat kita. Sejak dari dulu lagi kita telah 'dikelilingi' oleh produk-produk US yang dibawa masuk tanpa ada kajian mendalam. Kita dari dulu lagi telah membuka pintu seluas-luasnya kepada pelabur-pelabur luar untuk membuka kilang dan syarikat di negara kita tanpa kita sedari bahawa mereka membuka kilang atau syarikat yang menyumbang kepada Israel. Macam-macam jenis produk milik US dabawa masuk ke negara ini, dari minuman cola sehingga ke ayam goreng dan sebagainya. Mujurlah syarikat kereta negara tidak ada usahasama dengan syarikat kereta US. Kalau tidak pasti kereta Proton juga akan diboikot...
Kalau begitu, di M'sia pun takkan berlaku perubahan kalau PR menggantikan BN, sebab, kalau ikut tulisan TT sendiri, di dalam PR pun ada kaum pemodal-pemodal (yg TT labelkan sbg gedebe) yang akan mengkudakan pemimpin politik dlm PR bila berkuasa utk kepentingan bisnes mereka.
Mintak TT ulas la sikit psl pembelian Camry di Perak dan Selangor kini.
P/s : TT takde lesen memandu kan?
Salam
Golongan kafir yahudi dan Nasrani tidak akan berpuas hati selagi umat Islam tidak tunduk kepada mereka, itulah sebahagian dari amaran petikan Alquran yang diutuskan oleh Nabi Muhammad,
Ayat diatas tidak lupus selama kita didunia ini.
Mereka ( Yahudi ) mendakwa mereka insan terpilih kerana banyaknya rasul dan nabi dikalangan mereka, tetapi merekalah pembunuh insan terpilih yang membimbing mereka.
Jadi kenapa kita mesti berdamai dengan kaum terkutuk yang penuh tipu helah itu?
apa tersangat benci kat USA ni ?? dalam dunia ni , siapa yang pandai,kaya dialah yang berkuasa. Anti ni anti tu tidak ada kesudahan!!
Baik rajin belajar tambah pandai.
Bah kata : "with knowledge you will conquer the world"
Jangan kita pula jadi cam katak di bawah tempurung !!
Abang Isham,
Yelah, isu Camry kat S'ngor dgn Perak tu menguntungkan kelompok pemodal mana agaknya?
Hr tu bising ahli parlimen PR bila MINDEF beli Eurocopter tanpa buat physical testing dulu.
Kata diorang, nak beli kereta Kancil pun kena test, apatah lagi nak beli Helikopter. Takkan beli atas dasar tengok dokumen saja.
Tup-tap-tup-tap, diorang (K'jaan Negeri PR) beli Camry kat Perak dgn S'ngor tak guna open tender. Hanya rely pd good relationship dgn UMW Toyota. Ini bukan kronisme ke? Bukan tak transparent ke bang?
Merakyat betul ni Abang Isham.
(Bang, betul ke u takde lesen memandu? Tp i pernah nampak u naik kereta kancil duduk depan siap org drivekan u ke sana ke sini, komen sket bro. Tq)
Tanpa Nama wrote:-
apa tersangat benci kat USA ni ?? dalam dunia ni , siapa yang pandai,kaya dialah yang berkuasa. Anti ni anti tu tidak ada kesudahan!!
Baik rajin belajar tambah pandai.
Bah kata : "with knowledge you will conquer the world"
Jangan kita pula jadi cam katak di bawah tempurung !!
----------------------------------
Hahahaha...tanya lg apa pasal nak benci sgt kat USA?
Org mana la ni?
Hahahaha.
Bro Isham,
Sekarang boycott2 pun pada aku,tak guna.Kita selalu buang masa kat benda remeh - berarak,bakar patung,bakar bendera.
Sekarang masanya untuk kita lakukan strategi.Sekarang masanya kita bangunkan minda kita.
Zaman Perang Dunia Kedua dulu,orang Yahudi kat British ngan Amerika tak bakar patung Hitler,tak bakar bendera Nazi,dorang tak boycott bagel(roti Jerman) - dorang pergi ke Kongress US,dorang pergi Parlimen British untuk berkuasa.Dorang gunakan wang dorang untuk membeli pemimpin-pemimpin ni.
Pasal tu lepas Perang Dunia Kedua Harry Truman terus beriya-iya nak tubuhkan negara Israel.
Kita umat Islam kuat emo.Dalam satu statement aku boleh cakap kita lebih banyak menunjuk perasaan dari buat strategi.
Cuba lu tengok sosialis Bolivarisme kat Venezuela,Hugo Chavez macam mana dia gunakan sumber alam dia (petroleum) untuk mobilitikan misi anti imperialis dorang untuk lawan US.Setiap tahun Chavez support Zapatista kat Selatan Mexico,walaupun ekonomi disekat US.
Lagipun pada gua la,lu boikot McD,Johnson and Johnson,KFC,Coke ni,dorang tak heran pun.Ini macam business gula-gula je - business utama dorang kapal perang,jet pejuang,kereta kebal,peluru berpandu jarak jauh.
Yang akan bankrap kaum-kaum francais je.Pasal tu Presiden KFC Malaysia kat Sinar Harian ni cakap "mana ada KFC support Israel".Macam serupa cakap "Razak Baginda mana kenal Altantuya" la bunyinya.
Sudah masanya kita tinggalkan emo kita,jadi pandai macam dorang jugak.Cukup-cukup la bakar patung.
Sebenarnya,konflik Israel dan Palestine adalah tidak kena mengena dengan agama tetapi dengan tanah yang diduduki oleh Isreal sekarang.
Tetapi, strategically, umat umat dan negara Islam di Middle East jadikan isu ni sebagai Modal mereka dalam politik negara mereka masing masing.Malaysia termasuknya.
Kenapa orang orang Palestine tidak dapat sokongan dari negara negara Arab ? Tentunya ada sebab. Banyak berita dan cerita yang disiarkan itu kebanyakkan tidak tepat dengan "ground sentiment". Ada juga ramai orang orang Arab yang tidak sukakan pada orang Palestine. Kalau hang ada kawan kawan dari rantau "middle east" tanyalah meraka kenapa negara negara Arab tidak mampu atau tidak mahu membela nasib orang orang Palestine. Jangan lah kita di kaburi oleh kebencian yang salah hala.
Salam.
KSA
ada yang tukar bila obama jadi president us nanti...Rumah putih akan bertukar jadi rumah hitam
meow~
puak zionis akan bertambah gumbira jika PM Malaysia yang akan naik tak lama lagi sememangnya mempunyai rahsia yang tidak boleh diketahui umum ... mudah dijadikan boneka itulah modus operandi mereka.
Rakyat wajib menolak pemimpin yang rasuah dan berskandal agar tidak kena peras oleh zionis yang senantiasa mengumpul maklumat seumpama ini melalui jaringan mossadnya.
HCOPY-95 dan AdekManja...kalau kerajaan Selangor dan Perak nak beli Camry, yang untung tak ada pemodal US mana pun...kerajaan Malaysia jugak untung sebab UMW Toyota tu kan GLC yang dipenuhi jagoan bisnes dari gerombolan...datuk-datuk dari gerombolan yang ada syer mudah dalam UMWT dulu la yang akan untung...tapi kes Terengganu lagi serius...Mercedes Benz E lagi...itu dijamin pasti orang luar yang lebih untung...tapi YB gerombolan memang 'taste' tinggi pasaitu beli Mercedes, YB pakatan hanya naik Camry saja...
Anak Jemapoh,
Tak semua yahudi atau nasrani tu jahat. yang jahat ni zionis je dan zionis tak semestinya yahudi atau nasrani je. Sapa2 pun boleh jadi zionis kalau beranggapan agama dia saja betul, kitab dia saja tulen maka sewenang2nya menindas dan tak berlaku adil kepada org lain.
Ayat yang anda tulis juga harus difahami secara menyeluruh dan bukannya dipakai secara general. Sebabnya ada juga ayat2 lain dalam alquran yang positif tentang yahudi dan nasrani. Macam mana anda nak reconcile ayat2 sebegini jika pemakaiannya dibuat secara general?
Salam!
Alias,
Komen anda menjadikan soalan sampai bila kita perlukan produk Amerika?
Kenapa tiada kerjasama sesam negara Islam?
kenapa Mesir sanggup menutup sempadan dan membiarkan ratusan Palestine disembelih setiap hari?
Kenapa semua negara Arab diam termasuk Iraq dan Libya sedang inilah negara yang dulu paling lantang mengutuk regim Zionis?
Apa sudah jadi pada OIC?
Semua ini jelas menunjukkan siapakah golongan munafik yang sebenar...
Boikot Intel jugak... jangan beli Intel. Jangan beli Nokia, Motorola... F&N nak boikot tak? Pasal F&N ni pemegang lesen franchise di Malaysia dan Singapura
to : shahrizalisme..
gua tengok lu ni kan macam tak puas hati je kat ayat2 Al-Quran..
gua tahu lu cakap Al-Quran itu teks yang diturunkan atas sesuatu..
gua bukan Tuhan beb..
tapi sebagai insan dan umat Islam gua percaya kepada Al-Quran dan sunnah Nabi..
kalau lu tahu apa akibat kalau kita tak pecaya pada Al-Quran kalau kita mengaku sebagai Islam..
adek manja jangan jadi bodoh, kereta orang boleh test, rakyat lain dah pakai dan menilai, helikopter ada ker orang lain pernah guna dulu sebelum ni? dah tentu kena test....apa la adeq manja pun agaknya kena ditest dul tak sebelum nikah
elokla kerajaan pr beli toyota camry. tahan lasak..
untuk pengetahuan, kos selenggara kereta proton perdana v6 sangat tinggi. macam mb tganu dulu, dia nak pertahankan keputusan beli merz, dia cabar kerajaan2 negeri dan kementerian2 dedah kos selenggara perdana v6...
tup..tup.. kes terus selesai.. pasal govt tak berani dedahkan coz memang terbukti kos selenggara perdana v6 mahal dan sering bermasalah pada gear box dan lain2 partnya..
Nak boikot ni sebenarnya bukan semudah melafazkan kata-kata. Ia memerlukan pendirian yang tegas dan disiplin yang tinggi. Sebelum boikot, kene pilih dulu keutamaan yang patut diboikot dulu. Contohnya antara Coke dan rokok keluaran Philip Morris, baik kita boikot rokok dulu. Lagipun memang ia membahayakan kesihatan pun...
HCOPY-95 dan AdekManja,
beli camry xkan nak kena test drive jugak... dah melambak kat jalanraya... org pun pernah naik dan kuatili pun dah tau..
tapi Eurocopter nie man ada lagi kat malaysia.. kualiti pun xtau.. mesti lah kena test lu oit...
reti ke x nie nak cakap sal topik nie???
Catat Ulasan