Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 5 Februari 2009

WAJIB KEMBALI KEPADA PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK


TERJEMAHAN TT YANG TIDAK TERLATIH DALAM ILMU UNDANG-UNDANG

PASAL 16(6):

JIKA MENTERI BESAR TIDAK LAGI MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI DARI AHLI-AHLI MAJLIS PERUNDANGAN, KEMUDIAN, MELAINKAN ATAS PERMINTAAN BELIAU KEPADA YAM SULTAN UNTUK MEMANSUHKAN DEWAN PERUNDANGAN, BELIAU AKAN MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI ESKO MAJLIS





24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ayat ebrbelit.
Kenapa tak tulis undang tubuh bahasa mudah. kalah ular lagi belit nya.
Yang aku faham, kalau Menteri besar sendiri tak nak buabar DUn baru dia meletak jawatan.
Maka dalam situasi ini DUN itu sendiri telah terbubar dan pilihanraya DUN akan dilakukan.
Orang ni sober ker??????????

aloy berkata...

baik,,saya faham...

amanlegend berkata...

Barisan Naji_s berkata:
Matlamat Menhalalkan Cara.
Cara Mereka..

Tanpa Nama berkata...

Teks pada Perlembagaan Perak nampak tidak sulit dan terus-terang untuk ditafsir dan diaplikasikan, NAMUN sulit untuk seseorang memahaminya kecualilah minda orang itu dilanda sesuatu yang mempengaruhi ia kabur dan buat-buat tak faham. Teks perlembagaan itu kurang diakses oleh orang awam dan bagi BN/UMNO teks itu tidak boleh mencerahkan minda mereka.
Bagaimana Majlis Peguam menafsirkannya vi-a-vis kes Perak? Tak payahlah minta Yusuf Chin, Paul Augustin, Ghani Patail atau Profesor Kang Kong di IPTA untuk mengulasnya.

R@duan berkata...

udah leboh yopppp!!

fredo berkata...

bermakna??? heee

faridshah berkata...

'Raja ADIL raja dihormati,
raja ZALIM jangan dipeduli..!'

..hah, apa lagi...


Perjuangan perlu diteruskan,
perjalanan masih panjang...

Teruskan Perjuangan..
Lawan Tetap Lawan...

AllahuAkbar
AllahuAkbar
AllahuAkbar

Saf Badar berkata...

Tuan,
Biorlah kalau depa tu dah kemaruk sangat nak pegang Perak, biaq pi lah! Tapi kalau boleh kita nak orang Perak terutamanya yang kerja gomen, lagi-lagi ketua-ketua jabatan dan yang berpangkat (kalau berani la) tunjukkan kalau hangpa betoi sokong Nizar, tak payah gi kerja selama 5 hari atau lebih. Lumpuhkan kerajaan negeri buat seketika untuk tunjukkan akan ketidakadilan yang sedang berlaku. Kalau diarah kerja jugak, pi la ofis tapi duduk saja tak payah buat apa-apa. Amacam boleh? Tu pun kalau hangpa sokong MB sekarang la dan berani buat dan tak buta hati dan tak buta perut la!

Tanpa Nama berkata...

bro.... adakah rakyat Perak telah di khianati ??


Perakian

sEmut berkata...

hari ni juga dalam sejarah brader letak gambo semata mata nak menegakkan keadilan.

gua caya sama lu!

http://munshiabdullahthejunior.blogspot.com/ berkata...

hello bro, ini negara koboi, mana pakai pelembagaan lagi, pakai pelempang ada le.

megat dewa berkata...

Selamat 'berehat' Haji Nizar. Selepas ni kita berusaha untuk tawan kembali Perak pada PRU akan datang. Insya Allah, kemenangan akan tetap bersama orang yang benar dan ikhlas.

Tanpa Nama berkata...

As'kum bang Isham, mcmana keadaan terkini di Ipoh ? Aku dgn geng2 anak2 Perak dlm prjalanan dari Kuantan ke Ipoh. Kami nk bersama-sama dengan rakyat Perak yg lain utk mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat ni dpd trlepas ketangan Be-End. Wahai rakyat Perak, marilah kita bersatu demi mempertahankan Kerajaan yang mulia ni.
Allahuakbar ..
Allahuakbar ..
Allahuakbar

- Anak Jati Bota

ejal berkata...

bro...
lpas ni pru13 xyah buat ler..
suh sultan jer pilih sape dia nk...
lg snng...dh suara rakyat xpenting,kita ikut titah sultan ajer ler..haha...daulat tuanku!!!!

Tanpa Nama berkata...

Perlembagaan Negeri Perak, Fasal 16(6)adalah menjelaskan: (1) Jika Menteri Besar tidak lagi mempunyai sokongan majoriti dalam DUN, dua
(2) perkara beliau boleh buat: Pertama:- Memohon YAM Sultan bubarkan DUN. Kedua: Beliau meletakkan jawatan.
Perkara Pertama Menteri Besar telah lakukan tetapi YAM Sultan tidak bersetuju. (Ada kemungkinan terdapat Fasal Fasal lain dimana YAM Sultan mempunyai kuasa menolak permohonan MB. Jika tidak ada peruntukan maka YAM Sultan tidak ada pilihan kecuali membubarkan DUN. Dalam kes ini pembubaran mesti dibuat.

yb4all berkata...

No one plays by the rule anymore. No, nope, not here especially. Save this for another dimension.

fudzail berkata...

Perak's own dire straits and sultan of swing

Tanpa Nama berkata...

Tiba-tiba muncul "Mat Gelap"

anok ganu sabai2 berkata...

bang esam,
biarlah ia berlalu,usah diratapi kuasa yang pergi,pr baru belajar biasalah jatuh dan tergolek.
buat ir nizar,
kaulah penganti nik aziz,cool,lagi elok jika dilepaskan kuasa tu, beralah bukan kalah,bertahan bukanya gagah.
insyaalah keikhlasanmu pasti dihargai oleh yang MAHA ESA,

sang kancil berkata...

saya rasa kata-kata rais anak yatim dulu tu betoi jugak. tak payah pakai pemilihan , kita pakai tender jer. sapa letak harga tinggi dia dapat. tak payah susah2 rakyat gi ngundi. SPR boleh dibubarkan. cam mane setuju tak.

Tanpa Nama berkata...

haru

Sultan baca kaa blog-blog camni.. tah dok mengeroh..x ingat apa.

Dia pun ada kepentingan.. nak jaga anak-anak yg company sana sini,,eekk

Jawab Anok Ganu berkata...

Anok Ganu Sabai, Kenapa cepat benar tuan hamba menyerah kalah?
Seberat2 perjuangan nak mempertahankan kerajaan Perak la ni, ingat senang ke tundukkan kezaliman Bee-End bila dah tak de kerajaan? Hj Nizar bukan pertahankan kuasa kerana diri sendiri, tapi kerana amanah rakyat yang memberi mandat untuk beliau jaga kebajikan mereka.

Bila lah Malaysia nak maju, Lagikan Amerika pun lepas pilihanraya, tak kiralah sape menang, sume duk sama2 rancang untuk kebaikan negara mereka.
Tapi Malaysia ni, dah kalah tak tahu malu nak rebut lagi kuasa. Bila Melayu nak maju ni woi. Pemimpin Melayu Bee-End memandang ke hadapan untuk kuasa, bukan untuk kebajikan rakyat. Yang macam ni nak diharap jadi pemimpin?

Buat Anok Ganu, Sabor ye, sebab tu kena belajar berpolitik ni, politik Islam bukan politik kuffar, tak cukup masuk parti dengan nama aje,
Pasti ada jalan penyelesaian, tunggu, mereka sedang bincang.

Orang kata politik kotor, orang yang baik2 kena jauhi. Tinggallah orang2 yang tak baik2 aje yang duk memimpin kita, pastu, bila jadi mangsa kezaliman, kita merungut.

Hapuskan paradigma politik itu kotor!
POLITIK ADALAH ALAT,
JIKA MANUSIA YANG BERSIH TAK PEGANG,
IA AKAN BERADA DI TANGAN MANUSIA YANG KOTOR.

Dan nak pegang politik dengan cara yang bersih itu tak semudah memegangnya dengan cara yang kotor. Itulah namanya berjuang menegakkan keadilan Islam.

suamikontraktorkelasf berkata...

Akhirnya berjaya juga Barisan Nasional menukar tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Semuanya hasil dari koordinasi yang bersepadu yang dilakukan oleh beberapa pihak (Barisan Nasional dan NGO tempatan) yang bergerak maju sewenangnya dengan bantuan kewangan yang “MAHA” besar.

Maklumat yang saya terima mengatakan bahawa usaha merampas kembali Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan telah direncanakan oleh pihak Istana Perak. Rakyat tempatan Negeri Perak Darul Ridzuan sudah lama mendengar titah yang mengatakan bahawa pihak Istana tidak boleh bekerjasama dengan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Malah semua ini dilakukan pada tarikh dan masa yang tepat demi untuk meraikan ulangtahun pemerintahan ke 25 sebagai satu hadiah kepada Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Tahniah sekali lagi ingin saya ucapkan kepada Media Prima melalui saluran utamanya TV3 kerana berjaya melakukan propaganda yang berkesan sehingga tertumbangnya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Perak dalam tempoh 11 bulan sejak memenanginya dalam PRU 12. Tanpa kerjasama yang mantap dari Media Prima (terutamanya TV3) tentulah usaha ini tidak akan menjadi kenyataan.

Apa yang pastinya rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan akan dapat merasai limpahan kemakmuran, pembangunan dan sebagainya yang boleh dibawa oleh Kerajaan Barisan Nasional hasil dari salahguna kuasa, rasuah dan sebagainya yang Kerajaan Barisan Nasional sememangnya mengamalkan sejak lebih 50 tahun yang lepas.

Kepada Najib Razak, apalah kiranya sudi untuk menobatkan Zahid Hamidi menjadi Menteri Besar Perak Darul Ridzuan kerana Tajol Rosli amat lemah kepimpinannya. Sekaligus ini akan menaikkan “rating” Najib Razak berbanding Abdullah Ahmad Badawi yang pastinya akan disingkirkan dengan sebegitu hina pada Mesyuarat Agong UMNO Mac 2009 nanti.

Saya ingin mengingatkan Najib Razak supaya janganlah “ingka sangat” (bahasa Perak bermaksud terlalu suka yang melampau) atas kejayaan menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan kerana badi Altantuya pastinya akan menghantui Najib Razak selamanya

Tanpa Nama berkata...

Inilah akibatnya..apabila ahli-ahli PKR yang tidak melalui perjuangan yang penuh ranjau dan kemudian melompat naik dengan senangnya atas tiket dan pertolongan parti yang lain. Masih liat dengan budaya BN yang mengikut dunia nafsu serapah.Dzalim, penakut pada kesusahan dunia tetapi tidak takut pada ALLAH. Munafik.. 2 yang melompat tu. Kesian pada orang Changkat Jering yang majoriti penyokong Pas. Inikah balasan kepada kepercayaan..Semoga anda selamat di akhirat kelak.