Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 12 Mac 2009

BAHASA TURUN KE JALAN




BAHASA TURUN KE JALAN


Kepada warga yang terlalai sila buka mata dan bangun dari tidur. Basuh muka dan celikan mata. Cari dan sila baca Perlembagaan Malaysia. Kalau malas, cuba risek dan tanya peguam atau pelajar undang-undang tentang hak-hak asasi kita sebagai warga didalam negara kita ini.

Didalam Perlembagaan Malaysia di Fasal 10 ada termaktub hak asasi warga untuk : Bebas Berpersatuan, Bebas Bersuara dan Bebas Berkumpul. Perlembagaan Malaysia adalah rujukan kita semua untuk mendirikan negara bangsa.

Justeru berkumpul dan turun ke jalan raya itu adalah hak kita. Ini cukup jelas.

Berkumpul dan turun ke jalan raya bukan untuk terberak di atas jalan. Turun ke jalan raya bukan untuk pau orang lalu lalang. Hak berkumpul dan turun ke jalan raya ini kita dilakukan untuk merayakan, menyatakan sokongan atau menyatakan bantahan kepada apa sahaja isu.

Warga Muslim berkumpul beramai-ramai dan berarak dari Masjid Negara ke jalan-jalan raya dalam Bandar untuk merayakan Mauludur Rasul. Ini di lakukan setiap tahun. Ini hak kita. Saban tahun penganut agama Hindu berkumpul dan berarak dari pelbagai kuil menuju ke Batu Caves. Ini hak kita. Saban tahun masyarakat Tionghua berkumpul dan berarak di Kuil Bukit Robson. Ini hak kita.

Semua negara dalam dunia ini mengakui hak-hak asasi ini. Hanya negara-negara yang zalim sahaja yang menafikan warganya dari berpersatuan, berkumpul dan menunjukkan perasaan beramai-ramai. Negara-negara dibawah pemerintahan yang zalim melarang warganya dari bersuara, dari menyatakan pandangan atau dari berani membantah. Negara bentuk ini di panggil negara zionis atau negara fascist. Cakap Melayunya - negara seperti ini adalah negara kuku besi macam negeri dibawah pemerintahan Raja Bersiong.

Negara-negara zionis dan zalim ini wujud. Pemerintah didalam negara zalim ini tidak mahu rakyat bersuara , tidak mahu rakyat membantah dan tidak mahu rakyat menjadi bijak. Pemimpin dalam negara-negara yang menghalang hak asasi ini tidak mahu warga negara itu jadi cerdik dan mengetahui hak-hak mereka.

Jika warga terus bodoh maka elit politik dalam negara zalim ini dapat melakukan pelbagai betuk kejahatan. Elit politik akan merompak harta kekayaan negara. Elit politik akan menjual khazanah negara untuk keuntungan diri. Elit politik di negara zalim hanya akan memperkayakan anak bini dan kawan-kawan mereka sahaja. Peluang untuk hidup selesa kepada warga lain akan dinafikan. Elit politik di negara zalim boleh menangkap sesiapa sahaja tanpa bicara. Malah elit politik ini boleh membunuh rakyat tanpa dakwa dakwi.

Justeru, jika kita telah memahami semua ini maka tidak timbul tohmahan terhadap tunjuk perasaan yang berlaku Sabtu 7hb March lalu. Warga berkumpul dan membantah kerana warga tidak bersetuju pengunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran mata pelajaran Maths dan Sains . Khalas.

Dasar pengunaan Bahasa Inggeris ini telah dibuat oleh Mahathir Muhamad beberapa hari sebelum dia gulung tikar dari Puterajaya. Tidak ada perbincangan. Tidak ada kajian. Dan tidak ada apa-apa persediaan untuk melaksanakan dasar ini. Mahathir Muhamad membuat keputusan seorang diri. Ini hakikat.

Enam tahun kemudian hasilnya dilihat. Ibu bapa dan guru-guru mendapati bahawa dasar Mahathir Muhamad ini salah dan perlu di hapuskan. Ibu bapa dan guru-guru melihat anak-anak sekolah semakin terkapai-kapai untuk memahami satu bahasa baru. Anak anak juga merosot dalam pembelajaran maths dan sains.

Waspada! Jangan pusingkan dan menuduh para penunjukan perasaan itu yang turun ke jalan sebagai kumpulan yang tidak suka belajar Bahasa Ingeris. Ini tidak betul. Tidak ada sesaiapa pun menentang pembelajaran Bahasa Inggeris.

Apa yang hendak ditempikkan oleh para demonstran melalui tunjukan perasaan itu ialah : Untuk mempelajari Bahasa Inggeris atau apa sahaja bahasa dalam dunia ini bukan melalui pembelajaran Maths dan Sains. Memperlajari bahasa ialah melalui sastera bahasa tersebut. Bahasa hanya dapat dihayati melalui sastera. Ini hakikat. Kenapa menteri yang bertanggung jawab ini masih pekak badak dalam hal ini.

Ahkir-akhir ini telah bocor berita yang melaporkan bahawa dasar yang dibuat seorang diri oleh Mahathir Muhamad ini sebenarnya bersangkut paut dengan peluang perniagaan dan kontrek. Beberapa bilion ringgit telah diagih-agihkan kepada penerbit buku, kepada pembekal komputer dan pembekal alatan sekolah. Maka inilah yang dipertahankan oleh menteri pelajaran. Menteri pelajaran mempertahan semua ini kerana menteri sendiri memiliki kepentingan diri. Cintakan bahasa ibunda tidak termasuk dalam kontrek ini.

Justeru, tomahan yang mengatakan parti pembangkang menjadi dalang membuat huru hara itu tidak betul:-

- Pertamanya - konsep parti pembangkang tidak boleh lagi dipakai. Lima negeri dalam negara ini kini dibawah pentabiran Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat bukan parti pembangkang di negeri negeri ini tetapi parti yang memerintah.

- Kedua - pemimpin Pakatan Rakyat turut sama berada di jalan raya kerana parti mereka juga membantah dasar PPSMI. Adalah hak mereka untuk sama ke jalan raya. Ini hakikat.

- Ketiga – ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyatlah yang beribu-ribu turun ke jalan raya menunjukkan bantahan terdahap dasar PPSMI ini. Dalam masa yang sama ada juga penyokong dari Barisan Nasional yang turut sama menunjukkan perasaan. Mereka ini juga tidak menyokong dasar PPSMI.

- Keempat – ketua dan pemimpin Pakatan Rakyat bukan dalang tetapi sebahagian dari ahli jawatankuasa yang menyusun perhimpuanan tersebut. Ini hakikat.

Tohmahan dan memburuk-burukan Pakatan Rakyat tidak akan menyelesaikan apa-apa. Menakut-nakutkan orang ramai dengan senjata, polis dan gari tidak akan menyelesikan masaalah. Menembak gas pemedih mata, memuntahkan cecair kimia dan memukul para demonstran tidak juga akan menyelesaikan masaalah.

Masaalah ini hanya akan selesai jika dasar PPSMI Mahathir Muhamad ini dihapuskan dan bukan diteruskan.(TT)- Disiar dalam keluaran terbaru Harakah.




11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang UMNO turun ke jalanan adalah untuk mempertahankan pentadbiran songsang atau bobroknya seperti semua isu atau komponen resipi 'Ketuanan Melayu' nya dicabar atau dipersoalkan secara ilmiah.Manakala satu lagi pola kumpulan lazimnya turun ke padang mendesak perubahan terhadap isu yang tidak memanfaatkan mereka atau negara dari isu bahasa, ekonomi, kehakiman, alam sekitar, Palestin, meroboh rumah peneroka dan sebagainya.Turun ke jalanan adalah jalan alternatif terakhir kerana sebelum ini semua saluran dah dicuba TAPI tak diendahkan dan GAGAL. Turun ke jalanan mendapat perhatian global dan memberi satu tekanan yang hebat kepada pentadbiran bobrok. Pentadbiran songsang percaya FRU, Polis yang memihak membabi buta terhadap yang mengajikan mereka boleh mematahkan gerakan yang turun ke padang atau jalanan. Satu hal kebangkitan rakyat tak boleh dipatahkan secara demikian.

Tanpa Nama berkata...

Maknanya puak gerembolan yang menyekat hak orang ramai tidak ikut perlembagaanlah.....sian orang melayu, nak guna bahasa sendiri di Tanah Melayu pun kena pukul dan di gigit oleh anjing! Mana KeTUANan Melayu yang di banggakan itu? Memang UMNO tu celaka!

anak Jemapoh berkata...

Salam....
Yang ber'tuah' dalam MALANG adalah pelajar itu sendiri.
Perhatikan pengumuman keputusan2 peperiksaan, pembohongan pencapaian luar bandar ( subjek Mat & Sains ) meningkat. Betul naik peratusan lulus, tapi apa maknanya kualiti kalau 65% dah boleh dapat gred A, 20% lulus?
Kesan! tanya pak-mak prof yang ngajar di universiti, betapa peritnya mengajar golongan pelajar ini.
Tahniah bro, pendukung kuat anti PPSMI

seminar-ppsmi berkata...

Bedah akademik PPSMI, jemput hadir ke KUIS, Bangi 14 Mac
Harakahdaily
Wed | Mar 11, 09 | 4:18:35 pm MYT

BANGI, 11 Mac (Hrkh) - Rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Melayu dijemput hadir ke seminar PPSMI yang akan dibentangkan lima tokoh terkemuka di Dewan Teater Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dekat sini, pada hari Sabtu 14 Mac 2009.
Iklan




Dato' Dr Hassan Ahmad, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, Profesor Emeritus Dr Abdullah Hassan, Profesor Dr Shaharir Mohamad Zain dan Profesor Dr Mat Rofa Ismail akan membentangkang kertas kerja mereka dalam seminar yang sehari yang akan bermula jam 8.00 pagi itu.

Seminar dijangka lebih menarik apabila perjuangan orang-orang Melayu bagi mempertahankan hak dan ketuanan bahasa sendiri, dinafikan oleh Umno yang melabelkan penentangan mereka sebagai didalangi elemen politik.

Rakyat yang mahu mengetahui kebenaran yang lebih mendalam mengenai impak PPSMI terhadap bangsa Melayu dijemput hadir beramai-ramai.

Bagi yang berminat, sila layari lama blog seminar di http://seminar-ppsmi.blogspot.com

Penganjur juga menetapkan yuran penyertaan bagi orang awam iaitu RM30 seorang, manakala pelajar ditetapkan RM15 seorang

kasutlama berkata...

Warga Muslim berkumpul beramai-ramai dan berarak dari Masjid Negara ke jalan-jalan raya dalam Bandar untuk merayakan Mauludur Rasul. Ini di lakukan setiap tahun. Ini hak kita. Saban tahun penganut agama Hindu berkumpul dan berarak dari pelbagai kuil menuju ke Batu Caves. Ini hak kita. Saban tahun masyarakat Tionghua berkumpul dan berarak di Kuil Bukit Robson. Ini hak kita.


HAK KITA YANG DI ATAS TAK SAMA DENGAN HAK KAUORANG YANG BUAT DEMO JALANAN TUH ..!
MEMANG BERBEZA, MACAM LANGIT DENGAN BUMI.

KAUORANG SUKA BUAT POYOH DAN KECOH...DAN MENYUSAHKAN PIHAK LAIN.
SEMUA PIHAK, ADA TUGAS YANG LEBIH PENTING, DARIPADA ASYIK NAK JAGA KAUORANG JER.
MENYUSAHKAN BETUL.

Sudin berkata...

Salam abang isham,

Setuju !
Masaalah ini hanya akan selesai jika dasar PPSMI Mahathir Muhamad ini dihapuskan dan bukan diteruskan.

Pekara semudah itu menjadi sukar apabila kepala kapitalis(Madey dan konco)menguasai semua elemen demokrasi.
Yang membantah dan menentang akan berhadapan dengan segala kemungkinan hatta dibunuh.
Sudah terang lagi bersuluh,kapitalis menguasai sistem pendidikan,kesihatan,pertahanan,kehakiman...dll.
Tiap-tiap individu yang memegang kuasa disesuatu daulah sudah tidak peduli pada hak rakyat mengikut perlembagaan negara.Jesteru kerana jiwa dan raga/nyawa merka diikat dengan kuasa duit dan burit.

Dey Madey! apa bikin sekarang ?
Oh,lu jual buku sekarang ha...

Tanpa Nama berkata...

Nak cakap soal hak Melayu dan penderhakaan kepada raja Melayu..
Mana dia raja Melayu yang menyokong Bahasa Melayu guna untuk Sains dan Matematik??
kalau bahasa Melayu pun x boleh sokong layak ker mangaku raja Melayu??
Kalau asyik shopping di London dan Eropah, layak kah mengaku raja Melayu?
Raja Melayu mestilah duduk bersama sama orang Melayu dan bukan mengharap bangsa lain membayar untuk bintang dan pangkat.
Orang yang mahu bercakap tentang bangsa Melayu mestilah menunjukkan budaya Melayu?
Budaya Melayu ialah budaya Islam.
Kalau budaya macam orang Eropah layak kah mengaku pemimpin Orang Melayu?

Tanpa Nama berkata...

Kita nak tunggu mana dia orang UMNO nak kaat mahathir PENDERHAKA kerana buang Bahasa Melayu??
Kenapa Mahathir tidak dianggap penderhaka no.1 di Malaysia kerana kurang ajar dan biadap kepada Raja Melayu??

Tanpa Nama berkata...

Hak berkumpul atau berhimpun adalah sama walau atas apa tujuan sekalipun.Tidak ada dalam perlembagaan yang menyebutkan bahawa hak untuk berhimpun atau berkumpul hanya diberikan untuk tujuan2 tertentu sahaja.Jika pihak polis atau pihak ketiga tidak melakukan sebarang provokasi, SUDAH PASTI demo jalanan akan berlangsung secara aman.Jika demo kerana membantah perlaksanaan PPSMI dianggap menyusahkan,lebih baik orang yang mengaku dirinya Melayu dan mempertahankan ketuanan Melayu mengisytiharkan dirinya BUKAN BANGSA MELAYU DAN TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG KAITAN DENGAN APA-APA SAHAJA YANG ADA HUBUNGKAIT DENGAN MELAYU.BANGSA MELAYU PUN TIDAK MEMERLUKAN ORANG-ORANG SEDEMIKIAN DI DALAM KEHIDUPAN DI DUNIA INI.

Tanpa Nama berkata...

PUTRAJAYA 12 Mac — Lebih ramai calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 menjawab kertas soalan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan ini menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata malah ramai calon SPM yang menjawab dalam Bahasa Inggeris bagi soalan-soalan subjektif dalam kedua-dua mata pelajaran itu.

“Misalnya mata pelajaran Matematik Tambahan kertas satu daripada 178,751 pelajar yang mengambil kertas itu seramai 89.1 peratus daripadanya menjawab dalam Bahasa Inggeris berbanding 4.7 peratus dalam Bahasa Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 di sini hari ini.

Selain itu daripada 183,723 pelajar yang mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan kertas 2, 86.2 peratus menjawab dalam Bahasa Inggeris berbanding 6.9 peratus dalam Bahasa Malaysia.

Alimuddin berkata peratus yang tinggi juga dicatatkan bagi mata pelajaran Biologi kertas dua dan tiga; Kimia kertas dua dan tiga serta Matematik kertas dua. - Bernama


HAHAHAHA...sbb tu la si lidah kontot tu ckp 'kite tunggu result SPM'. sbb ape die nak arrange dgn lembaga peperiksaan supaya adjust merit/score.

___________________________________

Budaya Melayu ialah budaya Islam. ... sedare sori mencelah, budaya melayu bukannye Islam...jauh sgt menyimpang tu...kalo dikaji betul² budaya melayu tu sendiri byk persamaannye dgn hindu tu sendiri.Cuma rakyat malaysia dah diracun minda sejak dari kecik (melalui sistem pendidikan sekolah) mengatakan melayu itu Islam, walhal tidak. Ini telah menjadi norma dlm minda rakyat malaysia, yg boleh saya tafsirkan salah.sedangkan Islam itu sendiri bukan datang dari benua Asia Timur/tengara. Takkan kite nak ckp Melayu itu Islam, salah tu. Kita cuma sinonim, org melayu mesti Islam padahal salah.

Islam tu bukannye budaya ataupun bangsa, Islam ialah pegangan/agama/anutan. Budaya ni cuma ikutan yg diturunkan dari mulut ke mulut dari 1 generasi ke generasi berikutnye. Budaya tidak mempunyai kitab. Budaya bukan dtg dari Tuhan, seperti adat Pepatih sendiri tidak ade kitab dan ia di cipta oleh manusia.

Islam berpandukan Al Quran, sunnah, hadis dan juga nas. Begitu juga kristian pun ade kitab bible siap ade mazhab lagi (katholik, methodis).Sama juga dgn hindu dan budha ia agama, cuma hindu dan budha ni dicipta oleh manusia dan menyembah berhala.

Maaf kalo ade sesape tersinggung/berkecil hati. Saya anak melayu bugis/org laut/suku sakat lanun/berasal dr makasar...hahah sejarah...tp kalo bahasa melayu sendiri dipinggirkan lama² bahasa melayu tinggal sejarah je la...sape lagi yg nak pertahankan kalo bukan bangsa sendiri...PEKIDA 'samseng melayu' sendiri pun x berani nak turun pertahan bahasa bangsa..x payah jadi melayu...yg berselindungkan agama Islam...tp mencarut bg 'finger' tau...tunjuk penumbuk tau...pukul org tau...baik x payah sbb tu kira bahasa antarabangsa...seme org paham...hahaaha

sori Isham melalut byk sgt...

Tanpa Nama berkata...

erm...sbg org awam/rakyat kita ade hak berpesatuan/berhimpun, hak kebebasan berpikir. tp kenapa pak polisi masih menembak peluru pedih mata,tengik hidong ni kat org ramai yg menggunakan HAK mereka...

fru ni seme balaci je...tp sape yg bg arahan?sape agaknye ye...jd org malaysia susah juga ek nak berhimpun/berarak pun kene minta permit. kalo x bg x boleh. kenapa polis menidakkan hak org awam???kenapa kerajaan menidakkan hak rakyat???ade penjelasan x, pasal ni???

aiseh salah ckp ke???sy tarik balik ape sy ckp td tuan speaker blog...hahaha

melalut lagi aku ni...