Rabu, 2 Disember 2009
DARI BERFATWA KINI MAKAN ROJAK
MENTERI GUNA BAHASA ROJAK - ANAK SEKOLAH KENA BAJAK
MUHYIDDIN LANCAR STANDARD GURU MALAYSIA – berita hairan
Muhyiddin Yassin, sebentar tadi melancarkan Standard Guru Malaysia (SGM) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Tawau di Balung dekat sini.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, SGM adalah garis panduan bagi pembangunan profesionalisme guru berasaskan tahap kecekapan yang diperlukan.
Katanya, pelaksanaannya adalah berpandukan dua elemen iaitu standard dan keperluan.
"Semua guru boleh menggunakan SGM untuk mengukur dan menaksir prestasi kendiri, di samping menentukan keperluan latihan serta perkembangan profesional kerjaya berasakan prinsip pembangunan kerjaya berterusan," katanya.
KAH KAH KAH..
woit… BENDA AYAM APA STANDARD INI ?...kah kah kah..
woit…STANDARD INI DARJAH… kah kah kah..
woit… SEMBAB INI SAKIT APA?... kah kah kah..
kah kah kah… MI NO SPIK INGLIS…ATAU MI NO SPIK MELAYU…kah kah kah..
woit… DEWAN BAHASA DAN PETAKA… APA MALAON INI CAKAP?...kah kah kah…
woit…MALOAN INI CAKAP BAHASA MAT SALLEH KE CAKAP BAHASA ROJAK APA?.... kah kah kah..
woit… PATUT LAH ANAK ANAK SEKOLAH JADI BANGANG…kah kah kah..
kah kah kah… MENTERI INI LEBIH BANGANG … TAK TAHU MENGGUNA ISTILAH MELAYU… kah kah kah..
woit… CAKAP KETUANAN MELAYU… kah kah kah..
woit… CAKAP CINTA BTN… kah kah kah..
kah kah kah… MI SPIK ROJAK MI FACE FAT FAT… kah kah kah
Labels:
MEMBANGUN KAN MINDA MELAYU
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
16 ulasan:
Sepatutnya guru-guru memang sudah ada standard untuk mengukur prestasi mereka dan kebolehan mereka.
Ini perkara asas di dalam mana-mana sistem pendidikan.
KALAU INI PUN BELUM ADA DAN BARU NAK CAKAP PASAL STANDARD,
INI KERAJAAN HAPRAK YANG APA NI?
ATAU INI CUMA SATU CARA NAK KELENTONG RAKYAT KONONNYA MEREKA BUAT BENDA YANG HEBAT PUNYA?
Macam dalam cerita 'THE LOVE GURU' je suka berfatwa..TM
nampak sangat jadi guru selama nii...tiada standard....!!!nak pilih bahasa malaysia pun dah rojak...
apalagi ayuh guru2 satu malaysia
bersuaralah nyatakan pendapat anda
jgn jadi pak turut saja...boleh berdemo kalau tak setuju ini sudah
jadi budaya 1Malaysia.SGM bermakna:..
*STANDARD GILER MAHYUDDIN
*SETIAP GURU MELEBONG
*SIAPA GURU MEMBODEK
*SAJA GATAL MENULIS...wakkakaaaaa...
biasalah dah berangan2 nak ganti najib maka kena tunjuk kerja dan
buahtangan supaya orang menghargai...lepas tu bila ganti menteri pelajaran baru perkenalkan
lagi ...yang ada standard..????
padahal memang hampeh...semuanya.
apa barang belajar ilmu hisab dan sains dalam bahasa enggeris ...aku dah lupa ...apa singkatan...aku dah lupa...
celaka ...memang nak kasi orang lupa...
1Malaysia kena kelentong dgn mat sembab....bahasa enggeris masih dihati.....
apa lagi benda bangang dorang nak buat ni. tak habis habis. kepada sapa sapa nak jadi guru baik batalkan niat tu. kerja guru hari ni dah jadi macam bab sitter. tambah lagi benda bangang ni..
Ha ha ha ha...
Ambe bila nampak perkataan Standard..nampak muka consultant...bila nampak consultant ..nampak bussines suda mari...ha ha ha ha ha..
Sapa punya Con-insultan dia guna ..mashukkkkkkkkkkkk...
Ha ha ha ha ha ha ha...selamatttt
kah kah kah kah kah...kah kah kah
ITU SEBAB DBP DIBERI PERUNTUKKAN RM30juta.
HANYA RM3 JUTA SAHAJA DIGUNAKAN UNTUK MARTABATKAN B.MELAYU
BAKI RM27 JUTA LAGI UNTUK 'TELAN'...kah kah kah kah kah
Encik Sivakumar.
Standard Guru Malaysia dah ada lama dah. Dah dipakai pun. Yang TPM rasmikan tu, saya pun tak faham.
Tak percaya, tanya Prof. Google.
To Tanpa nama 17.00.
Janganlah marah TPM sampai kata "selama ni guru tiada standard".
Kena ingat bahasa Melayu ni berkembang macam pokok. Bukan bahasa yang mati dan kekal macam itu sahaja. Dari dulu lagi bahasa Melayu banyak meminjam perkataan bahasa lain. Telah diterima pakai. Kalau harapkan bahasa Melayu asli -hanya "padi, ubi, babi, parang, amuk" sahajalah.
Kena ingat jugak kita ni pandai membaca, menulis dan mengira pun sebab "guru yang tak ada standard" itulah. Kita belajar dari guru bukan dari BAPAK kita. BAPAK kita cuma tahu cari duit sahaja. Satu lagi, buat anak saja. Macam kita jugak.
Tak percaya, tanya Puan Ainon.
kah kah kah aku pun tak faham apa mangkuk hayun ni kata
kah kah kah lucu memang lucu
kah kah kah
Tanpa nama 17.00
Assalamualaikum!
Saudara,
Pihak yang merojakkan bahasa Melayu itu kadang-kala bukan orang lain. Kita sendiri. Kemudian kita heboh mencanang guru menggunakan bahasa rojak.
Sila lihat penggunaan ayat dalam tulisan saudara. Apa makna perkataan "nii", "guru2", "jgn", "berdemo", "giler", dan
"melebong"? Cuba saudara rujuk pada Kamus Dewan. Jumpa perkataan itu?
Sudahlah, janganlah jadi umpama kata peribahasa Melayu, "kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak" kerana nanti kita dikata orang "ayam terlepas, tangan bau taik". Lebih baik diam kalau tidak menyelami dunia sebenar kehidupan seorang guru.
Satu perkara lagi, jika anak kita gagal dilentur mengikut cita rasa kita, janganlah terus salahkan guru. Cuba bawa berbincang dengan guru. Rajinlah datang ke mesyuarat PIBG. Berilah pandangan yang bernas kepada kepada pihak sekolah cara meningkatkan prestasi anak kita. Sumbanglah wang dan tenaga agar lebih banyak program kemajuan diri anak kita dapat dilaksanakan.
Insyaallah, jika semua pihak memberi sumbangan begitu, kejayaan anak kita pasti tercapai. Jangan cuma memberi sumbangan "air liur basi".
Di rumah pula, kita luangkanlah sedikit masa untuk anak kita. Semak buku latihan adalah mesti. Tunjuk ajar sedikit. Tanya latihan dan kerja rumah. Lihat peralatan tulis cukup atau sebaliknya. Bincang jika ada masalah di sekolah. Janganlah hanya tahu membuat anak tetapi malas untuk membantu anak. Apabila anak orang lain berjaya, anak kita gagal, guru dikata pilih kasih. Guru dikata tiada standard. Nanti kita juga dikata orang, "mulut melebong kepala penuh taik".
Yang terakhir, guru bukan inginkan pujian daripada saudara, tetapi pada masa yang sama tidak juga inginkan kejian dan cacian. Perhatian sendiri dalam diri anda dan tanyalah dalam hati. Sempurnakah? "Abid"kah saudara? Nanti dikata orang "paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih".
Memang ada guru yang tidak bertanggungjawab. Merogol, membuang masa, makan gaji buta dan beberapa perkara lagi yang terlarang. Tetapi kita kena beringingat, janganlah "seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit" atau "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".
Terima kasih.
Salam Maghrib. Wassalam.
rojak pasembur..cendoii pulut..dngn susu masam...capati makan ngan susu pekat...negaraku dah mmg rojak..rojak ngan otak lembu..mana leh..dari dok selit bahasa inglis..lebih selit bahasa cinaka..cam ni lu ni mmg cibai..punda mane..la awk ni..lu cakap ...excellent punya ane..tapi siow heng..la lu ane..cam na best ka..
Aku ni guru juga. Kalau nak naikkan standard guru Malaysia, sekolah Malaysia pun kena standard jugak. Ini dalam kelas sampai 46 orang murid. Macam mana guru nak mengadap budak-budak ni? Sudahnya lecture jelah..engkau dapat ke tak dapat, tu engkau punya pasal. Mana ada masa nak melayan sorang-sorang? Masa pun cuma 30 minit ke satu jam!
Masih ingat lagi sewaktu aku berkawan dengan seorang budak Australia yang dalam program pertukaran pelajar di sekolah aku. Masa itu tahun 1985. Katanya dalam kelas dia di Australia hanya ada 10 orang murid! ya, 10 orang dalam sebuah kelas! Macam tulah baru guru boleh mengekalkan standard macam guru-guru US dan Amerika, macam guru-guru di negara maju. Ini tidak..standard macam negara Zimbabwe, guru nak suruh macam di barat..mana aci?!
Inilah guru Malaysia. Berkorban segala macam, bakti tidak pernah didendang.
Kepada YAB Menteri, lihatlah aspek beban tugas guru. Aspek pengurusan sudah melebihi tugas mengajar. Standard pengurusan sejak tahun 60-an tidak banyak berubah. Guru masih mengisi secara manual maklumat untuk kad 001, kad kesihatan, buku kedatangan, buku ringkasan dan segala macam maklumat yang sama tanpa ada sistem maklumat berkomputer yang berpusat untuk setiap sekolah. Pada zaman IT ini, sepatutnya ibu bapa boleh menyemak maklumat amak mereka, memberi cadangan dan menyemak kehadiran anaknya ke sekolah melalui internet.
Persoalannya sekarang, bagaimana meringankan beban tugas guru dan kembalikan guru kepada tugasnya yang asal, iaitu mengajar. Ramai guru yang belajar hingga mendapat Phd, tetapi mereka tentu akan berhenti menjadi guru di sekolah kerana beban tugas yang berat.
Jika guru diberi ruang tumpuan kepada tugas mengajar, tentulah banyak kajian aspek pengajaran yang dapat guru selidiki. Hari ini kebanyakan penyelidikan yang dibuat oleh guru hanya tersimpan di dalam himpunan tesis-tesis dan guru berkenaan tidak lagi mengajar di sekolah.
Kepada masyarakat, guru juga manusia, guru juga bekeluarga, guru juga ibu bapa.
"Anak tuan, anak kami juga. Menggunung harapan tuan, melangit harapan kami."
SSM takde ke? Sistem Sembab Malaysia.
Catat Ulasan