Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 29 Januari 2010

BUKU TERBITAN MALAYSIAKINI DI RAMPAS



HANTU AL TUUUNTUUUYA JEMPUT SEMUA DATANG KE DEWAN PERHIMPUNAN CINA ESOK



BUKU ZUNAR TERBITAN MALAYSIA KINI DI RAMPAS

Authorities seize books published by Malaysiakini

The authorities have confiscated two books published by Kinibooks, a subsidiary of Malaysiakini, in separate operations conducted in Malacca and Penang.

The books - '1FunnyMalaysia' and 'Where is Justice?' - were seized from the Popular Book Store at the Melaka Shopping Centre, Malacca today, while an earlier operation was conducted at another branch of the bookstore in Gurney Plaza, Penang on Jan 7.

According to the authorities, the books "could pose a threat to public order, morality, security”. A total of 64 copies of the books were seized in both operations.


KENYATAAN ZUNAR

Polis dan KDN petang tadi merampas buku saya '1 Funny Malaysia' di kedai buku Popular di Penang dan Melaka. Rampasan dibuat di saat buku terbaru "Isu Dalam Kartun" menemui pembaca

**************************************

KENYATAAN AKHBAR ZUNAR - ISU DALAM KARTUN


SAYA dengan ini mengumumkan penerbitan komik "Isu Dalam Kartun (IDK)", sebuah majalah kartun satira yang mengupas isu-isu semasa secara santai.

Seperti "Gedung Kartun" dan "Perak Darul Kartun", IDK sarat dengan karya-karya kartun dengan kritikan pedas terhadap isu seperti kes kehilangan enjit jet, penggunaan perkataan Allah, rasuah, GST, tol dan sebagainya.

Selain itu, dalam keluaran ini saya dan pasukan kartunis mempersembahkan dua cerita satira utama iaitu "Sumpah di Bumi Komisen" dan "Dari PD ke Mongoria".
"Sumpah di Bumi Komisen" adalah sebuah cerita fantasi di negeri antah berantah dibawah pemerintahan Datuk Komis dan isterinya Nek Mah. Datuk Komis dikatakan mempunyai hubungan cinta secara sulit dengan seorang gadis yang berasal dari Ular Batok, Antootuya. Malangnya Antootuya dibunuh di Puncak Segala Alam.

Cerita menjadi gawat apabila negeri itu dilawati hantu jelmaan Antootuya. Kartunis Jonos (Nor Azlin Ngah), Art (Azhar Saad) dan Lan (Azlan Isa) berpadu tenaga merelisasikan lukisan cerita yang memenuhi 29 muka surat ini diatas kertas, sementara skrip digarap oleh saya sendiri dan Ronasina (Apandi Ramli) yang bertindak sebagai Editor.

Manakala "Dari PD ke Mongoria" juga cerita rekaan mengisahkan bagaimana operasi sulit yang dilakukan oleh pemerintah sebuah negeri, Menteri Kecik untuk menyelamatkan sepasang kekasih yang tertangkap basah di sebuah hotel di selatan tanah air. Ia dilukis oleh kartunis Oly (Olihairi Othman).

Kartunis Enot (Zainal Misran) pula mengemukakan tujuh teori dari perspektif beliau sendiri mengenai kehilangan enjit jet dan pihak yang mencurinya. Enot juga meneruskan karyanya bertajuk “Nostalgia 98” yang mengimbas kembali sejarah ketika gelombang reformasi tercetus.

Kartunis Haili (Nor Halim) pula mengkritik pihak yang mempertahankan perkataan Allah dan dalam masa yang sama melakukan korupsi serta salah guna kuasa. Beliau juga mengulas isu isteri pembesar yang membazir jutaan ringgit untuk membeli-belah diluar negara.

Hishamuddin Rais meneruskan kisah satira popular "Riwayat Jantan Takubin" sementara Rahmat Haron menyambung nukilan bersiri "Bercakap Dengan Puaka." Pyan Habib menyingkap di sebalik tabir kontroversi majalah Gedung Kartun dalam kolumnya “Racau.” Peguam Puspa Ros memberi informasi kesedaran rakyat tentang hak-hak mereka yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya juga suka mengumumkan bahawa "Isu Dalam Kartun" adalah sebuah majalah yang mempunyai permit penerbitan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (PP16565/12/2010(026185)).

IDK mempunyai ketebalan 84 muka surat ermasuk kulit dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Cetakan pertama adalah sebanyak 15, 000 naskhah dan akan diedarkan ke seluruh negara. Ia juga boleh dibeli secara online melalui website cartoonkafe.com atau berhubung terus dengan pejabat saya 03-22744931.

Majlis pelancaran akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada hari Sabtu 30 Januari jam 5 petang di Dewan Perhimpunan Cina, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Majlis ini terbuka kepada semua.

ZUNAR




13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kartun betul depa ni

Kartun pun kena rampas

Ini kes nak baca malas nak beli

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

sapa la dapat tender lupuskan buku kartun tu

Cartoonkafe fan berkata...

Woit apahal website cartoonkafe.com tak bleh masuk... aku nak beli online jer.. esok tak dapek nak ke Majlis Pelancaran.. kena balik Teluk Anson... sedara org rumah menikah.. En Isham bleh tanya Zunar tak apo masalah website dio tu...

bn segambut berkata...

Bila bulan jatuh ke riba
kengkawan yg masyuk ingat
siapa yang jaga siapa
makan sepuas-puas sekarang

Aku Paling Kaya berkata...

Apa ..............
Kalau nak minta lah
Kita boleh bagi lah

Aku kaya

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua orang kaya-raya
Ramai orang miskin nak jadi kaya
itu tanda apa da

Tanpa Nama berkata...

SEMUA AHLI UMNO DIJEMPUT KE RUMAH TERBUKA THAIPUSAM KUIL SRI MAHA MARIAMMAN ANJURAN PEMUDA UMNO BATU CAVES DIRASMIKAN OLEH DS NAJIB TUN RAZAK.

KEHADIRAN ADALAH DI WAJIBKAN. PENGANGKUTAN DISEDIAKAN.

OF COZ LA MAKANAN DAUN PISANG PON DISEDIAKAN.

SEKIAN HARAP MAKLUM...TERIMA KASIH.


MURUJIB

Tanpa Nama berkata...

SEMUA AHLI UMNO DIJEMPUT KE RUMAH TERBUKA THAIPUSAM KUIL SRI MAHA MARIAMMAN ANJURAN PEMUDA UMNO BATU CAVES DIRASMIKAN OLEH DS NAJIB TUN RAZAK.

KEHADIRAN ADALAH DI WAJIBKAN. PENGANGKUTAN DISEDIAKAN. OF COZ LA
MAKANAN DAUN PISANG PON DISEDIAKAN. SEKIAN HARAP MAKLUM...TERIMA KASIH.

MURUJIB


perkasa..mana kau ya?

pelindung agama taik kucing!

Tanpa Nama berkata...

Insiden kepala babi yang dilontarkan kedalam perkarangan dua buah Masjid sekitar Jalan Klang Lama iaitu Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama pada 27 Jan bukanlah suatu insiden yang baru dalam lipatan sejarah tanah air kita.

By Anak Sungai Derhaka

Sebenarnya pada sekitar tahun 1945 pihak British pernah melakukannya bagi mencetuskan pergaduhan antara kaum di Tanah Melayu dan hasilnya rusuhan kaum telah tercetus di Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Pihak British secara sembunyi telah mengarahkan seorang agennya, orang Tionghua, menyembelih seekor babi dan mencampakkannya ke dalam sebuah masjid di kampung dekat Batu Kikir. Sebaik sahaja hari cerah, berita itu pun segera tersebar.

Orang Melayu merasa amat marah di atas perbuatan yang merupakan satu pencemaran ke atas agama Islam dan penghinaan kepada orang Melayu. Maka sekumpulan anggota parang panjang dari Juasih menyerbu ke sebuah kampung Tionghua di Batu Kikir.

Kerana menyangkakan orang Tionghua menghina agama Islam dan bangsa Melayu, mereka memarang semua orang yang mereka jumpai, tidak kira tua, muda, lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Perkara ini telah diceritakan oleh Abdullah CD (Pengerusi PKM) melalui tulisannya didalam Memoir Abdullah C.D. Bahagian Pertama: Zaman Pergerakan Sehingga 1948, diterbitkan SIRD, 2005.

Tanpa Nama berkata...

Iklan Proton dalam TT?

CEO proton tentu kena pecat

Mat Dangdut berkata...

bende paling bagus KDN buat..dapat publisiti meluas...lagi susah dapat lagi bagus..lagi ramai orang mencari..lagi ramai rakyat tertanya-tanya kenapa KDN rampas buku komik..

Tanpa Nama berkata...

MALIKUL SEMBAB BERFATWA LAGI..

KUALA LUMPUR, Jan 29 — Umno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin dispelled the notion today that Malay nationalist group, Perkasa, had become more influential than his party.

He said that NGOs like Perkasa had a role to play, but it is ultimately political parties that set the tone for the country.

“At this stage, certain quarters may see the role of NGOs as [getting] stronger, therefore it is seen that the NGO is more influential than a political party.

“But in the end, people will decide their future based on parties that will fight for their future. And it is not [the] NGOs that will stand for election,” he said

He also stressed that Umno remained the strongest of all the local political parties.

Perkasa, which began as a one man band after Election 2008, has been shaping up as a national pressure group to Umno that represents those seeking to defend the constitutional position of the Malays and the “social contract”.

For the past two months, the Perkasa national leadership has been going on road shows to officiate state level launches and to organise massive recruitment drives.

Muhyiddin further argued that that the role of NGOs could not be compared with that of the government.

“Don’t belittle the government; they are only NGOs. No NGO can be compared to what the government can achieve.

“The government is strong and the government is very clear in its direction,” he said.

He added that the government was now more open and people can evaluate its sincerity and commitment.

“We (Barisan Nasional) are clear (in our direction). We are committed, brave and ready.

“We want to ask, what is Pakatan Rakyat and the opposition state’s direction?” asked Muhyiddin.

Despite Muhyiddin’s strong words, Perkasa has grown in strength in recent times.

Yesterday, Tun Dr Mahathir Mohamad said he believes Perkasa was increasingly popular within the Malay community because Umno was being seen as incapable of protecting their rights.

Tanpa Nama berkata...

tun..
perkasa ..who? Love pekasam more...poorahchit tun tai!!!kariwalek dei