Ahad, 26 Jun 2011

BACA DAN TELITI BERITA INI




LAPAN TUNTUTAN





HIMPUNAN BERSIH 2.0 TIDAK SALAH DARI SEGI TUJUAN, KATA DR ASRI
- minsider

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini yang menuntut pilihan raya bersih dan adil tidak salah dari segi tujuan.

Ini kerana jelas Dr Asri, matlamat dan tujuan utama Himpunan Bersih 2.0 adalah untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil yang sepatutnya tidak dinafikan oleh kerajaan.
“Jika tujuannya baik dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik... jika tujuannya baik, caranya salah maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah.

“Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.

“Setelah saya mendengar taklimat Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) dan menilainya saya dapati tujuannya baik iaitu menuntut hak yang sepatutnya diperoleh oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru jelas beliau, Himpunan Bersih 2.0 perlu diadakan demi masa depan politik yang lebih baik tanpa mengira mana-mana parti termasuk Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat.

“Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti.

“Maka, saya tidak mempertikaikan Himpunan Bersih 2.0 di sudut tujuannya. Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum kerana tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihan raya,” katanya.

Selain Bersih, Perkasa dan Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan balas membantah penganjuran Himpunan Bersih 2.0 yang akan berarak ke Istana Negara dari tiga lokasi berbeza.





Menurut Asri , beliau tidak menolak demonstrasi yang akan diadakan itu akan mengancam keselamatan negara sekiranya ia tidak dikawal oleh pihak berkuasa.
Beliau juga menegaskan demonstrasi sepatutnya menjadi pilihan terakhir setelah tuntutan yang dibuat tidak ditunaikan.

Justeru, Asri menasihatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar melaksanakan tuntutan yang dibuat Bersih bagi memastikan sistem pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil.

“Namun oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan.

“Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan, saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan...dan pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai,” katanya.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimumu 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

“Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak.

“Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi Bersih 2.0 hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati,” tegas Asri.

Beliau juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menyertai demonstrasi itu agar tidak mencetuskan provokasi yang boleh membawa berlakunya rusuhan.

“Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses situ berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera.

“Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peratusan keselamatan. Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa,” katanya.

Tambah Asri, hasrat rakyat menuntut pilihan raya bersih dan adil tidak akan dapat dilaksanakan tanpa bantuan semua pihak termasuk kerajaan.

“Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak termasuk polis, rakyat dan golongan atasan.

“Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai perhimpunan Bersih 2.0 merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu dan memastikan perhimpunan itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat,” katanya.

NOTA:
satu pandangan yang jelas
satu pandangan yang jujur
satu pandangan untuk masa depan kita semua


DARI PERLIS HINGGA KE SABAH KITA TURUN



9 ulasan:

serenity9260 berkata...

bangang mane yang kate salah tuh?

Ni best bro!!!
Cool Aje : Kereta Tanpa Pemandu Google Kini Sah Digunakan Dan Dijual
Cool Aje : Pelajar Sekolah Berjaya Mencipta Kereta Jimat Minyak Sehingga 2000 BatuPer Gellen
Pelik Aje : Lelaki Amerika Di Kanada Dipenjara 1 Tahun Kerana Memiliki Komik Jepun
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

Beruk Ketawa berkata...

Dr Asri ni memang tak faham, macam Shahidan Kasim juga ngok...kah kah kah

Kena faham...'Bila rakyat dah terlalu marah, segala nasihat termasuk dari Ulamak dah tak boleh pakai'.

Hanya nasihat daripada Mat Sabu sahaja yang boleh dipakai. Sebab ini masalah politik, bukan masalah agama.

Masalah politik kena selesai cara politik.

bigfish berkata...

gelombang kesedaran dan kebangkitan rakyat tak boleh dibendug lagi. bukan perkasa mahupun pemuda umno yg boleh menghalang kehendak rakyat malaysia yg menginginkan perjaanan pilihanraya dijalankan dengan telus dan adil utk semua.

lu langsi berkata...

LINGKUP TAALA BERKATA.
BUAH TERUNG,BUAH PERIYA,MANYAK BAHUNG,MANA MANA MAU CAYA?

UJUNG TAHUN PUN MAU KAJI KAJI,KASI SUDALA,SELESAI CERITA...MANYAK CAKAP MANYAK BN LUGI....

KASIHAN SEMUA PA O..LU TARAK HATI KA,,,,DIA SUDAH RAYU BANYAK...JANJI JANJI,SELUPA MAU PILIHANRAYA...

AI NAMPAK GAYENYE,REBEN TEBEN GOMEN NI..
APAPUN SAYA PANDANG DEPAN,TAK BELAKANG,NANTI SAKIT U...

BERJUANG,BERAMAL,BERBAKTI,BERLAKU ADIL PADA SEMUA INSAN DAN MAKHLUK..

ALLAH PENG CHIAU MAHA NYAI,ALLAH ROMBER PERRIYEDE,INGWEI NI ALLAH,CHUNGKUNG SHIR ALLAH,...SALAM......

yes berkata...

Kalau pehak berkuasa perihatin dengan apa yg mahu rakyat sampaikan pasti rakyat tidak akan berdemo.
Tiada yg lebih buta daripada mereka yg celik tapi tidak dapat melihat, tiada siapa yg lebih pekak daripada mereka yang boleh mendengar tetapi buat buat tak dengar

abu berkata...

aku setuju, matlamat tak menghalalkan cara...

dah ramai2 berhimpun, berarak, dapatkah ketua2 NGO atau parti politik mengawal tingkah laku anak2 buah mereka?

malah tak mustahil ada yang tak kenal anak2 buah sendiri.

tak mustahil ada pengikut2 yang bertindak lebih sudu dari kuah.

kata2 provokasi terhadap polis pasti ada.

apakah jaminan yang dapat diberi oleh ketua2 pemimpin dalam mengawal anak2 buah mereka?

fikir2kanlah...
mungkin demokrasi di negara ini teruk tapi ianya belum mati, jalan rundingan masih ada.

tak gamak tengok anak2 melayu mencaci bangsa sendiri (poli yang yang rata2 terdiri daripada melayu)

anak2 muda memang rebelious, jangan dibakar ssemangat mereka, tapi pimpinlah mereka untuk berjuang menegak agama, bangsa dan negara.

adakah kita nak lihat anak2 kita ditanam dengan sifat menberontak jika tak puas hati dengan satu2 isu?

jangan terkejut jika 1 masa nanti ada anak2 yang memberontak terhadap ibubapa hanya kerana tak puashati mendengar nasihat ibubapa mereka.

Tanpa Nama berkata...

harapan tuan macm harapan rakyat palestin yg kena musibah dek kebodohan diri sendiri. Technically they had made a democratic blunder with misplaced tolerance because, like milayoo-moslem, they refuse to see the evil that lurks behind the regime masking Islam itself. yg haramnya tuan adalah niat pemuka sendiri yg enggan akur pada tuntutan kebenaran. cakaplah pasal the justification to jihad to protest peacefully without being provoked...like mohamet saw and his warriors tried to make the haj with peaceful pride. take the torch with anwar like salahudin will hold your fatwa better.

sheikhalfarisi berkata...

as salam kpd tuan abu, utk pastikan rakyat tak maki hamun polis sila pastikan pihak polis atau pihak berkuasa lain :-

a) jgn buat r.block nanti sesak jln, jika ini berlaku rakyat akan menyumpah

b) bila sampai d lokasi yg d tetapkan x perlu ada fru yg berpakaian mcam hendak berperang, d galakkan menyediakan polis traffic n polis menjaga lalu lintas
mcam polis mengawal lalulintas utk peserta wel wel thaipusam tulah

c) jgn ada provakasi.

d) d minta tuan abu lihatlah sendiri video2 yg d siarkan oleh tt
yg membuat kacau bukan peserta demontrasi tp polis mulakan dulu

utk lu langsi, apa maksud lingkup taala tu. jgn mempermainkan nama2 dan sifat2 ALLAH SWT buruk padahnya nanti

Tanpa Nama berkata...

lu langsi, lu taip komen ni masa tgh hisap pot ke apa? gila gua xpaham apa lu cakap...