Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Ahad, 14 Ogos 2011

PENCERAHAN DATANG JUGA



NOTA
semakin ramai melihat
keindahan agama itu
bukan dengan kebisingan
mengada ngada dan menunjuk nunjuk
tetapi dengan ya rahman dan ya rahim




LAGI SURAT DARI PEMBACA


Hairan kenapa buat bising pada awal subuh pun nak kena rujuk pada hadis/sunnah Nabi. Pakailah logik sihat. Sesiapa yang buat bising baik bang/bacaan Quran/main lagu rock/ berceramah pada awal pagi menggunakan pembesar suara memang boleh menggangu ketenangan(tranquility) pagi. Malahan bas sekolah atau lori pengangkut sampah pun yang datang pada awal pagi atau tengah malam walaupun tugasnya baik boleh memekakkan orang sedang nyenyak tidur seperti bayi atau orang pencen yang baru makan ubat sakit kronik. Malahan buat bising di sekitar taman perumahan baik ada festival hantu/hantu'tetek'ke dan bermacam lagi aktiviti bukan saja pada awal subuh tapi mulai magrib hingga awal pagi pun harus dihentikan.

Buatlah kerja-kerja itu di tempat luar dari taman perumahan/hospital/masjid kuil kerana pencemaran bising. Pakai otak sihat tak payah rujuk sunah/kitab lain atau skriptur topekong. Lagu satu Tuhan kita tak pekak untuk memujinya. Hayati pengertian dan amalkan saranan mesej Quran itu dengan baik /tidak menunjuk adalah lebih penting tak perlu memecah kesunyaian subuh.

By Anonymous on TAK SANGKUT PAUT DENGAN AGAMA on 8/14/11


salam. terima kasih tt krn siarkan tulisan aku. kepada tanpa nama 6.46. dan pembaca sekalian. Orang macam nilah yang aku maksudkan dalam surat aku pasal lawatan aku ke Oman. Pertama sekali: mereka suka gemar melabel seseorang. contohnya berkata

rumah sewa aku 150 meter dari masjid. Tiap-tiap hari pasang bacaan quran..tapi kat masjid jemaah subuh ada 25 orang je. Rumah sewa aku, aku sorang je gi subuh..9 lagi tak bangun! Moral of the story: pasang kuat-kuat pun kalau tak dapat hidayah letak speaker kat tepi telinga pun tak pergi masjid..kah!kah!kah!

By Anonymous on TAK SANGKUT PAUT DENGAN AGAMA on 8/14/11


salam. terima kasih tt krn siarkan tulisan aku. kepada tanpa nama 6.46. dan pembaca sekalian. Orang macam nilah yang aku maksudkan dalam surat aku pasal lawatan aku ke Oman. Pertama sekali: mereka suka gemar melabel seseorang. contohnya berkata orang lain tak paham agama. org lain tak sekolah. (dlm bahasa terbalik akulah yang plaing paham agama.

akulah yg paling hebat soal agama). Kedua: mereka takut berbincang pasal cara mereka berfikir ialah aku betul. kau salah. tak ada discussion. Full stop. Inilah cara Islam yang betul. Jangan berbincang. Ketiga: orang macam ni pak turut dan tak berani membaca.

Tak banyak pengalaman bergaul. Bagi dia yang paling betul ialah mazhab syafie, sunnah wal jamaah. Org lain sama ada wahabi salah, syiah salah, arqam salah, tabliq salah, islam macam pakistan salah, afrika salah, pendek kata semua salah. Yang paling betul Islam cara dia. Orang macam ni tentu tak pernah pi Iran tengok macamana depa sembanhyang atau tengok orang Oman sembahyang (depa mazhab Ibadhi-mesti dia ni tak tau Ibadhi tu mazhab apa.

Dia tau imam syafie ja) Keempat: Org macam ni kita tak heran sebab Allah mention ada orang ada mata tapi tak tengok, ada telinga tapi tak dengar, ada hati tapi tak paham. So kita kesian sajala orang macam ni. Banyak di kalangan orang UMNO macam ni.

Orang PAS pun ada jugak tapi tak ramai. *cuma nak share story setakat lawatan saya ke banyak negara di dunia termasuk beberapa negara di Afrika, negara Oman paling berbeza dari segi amalan. Aku rasa mereka lebih paham Islam. Islam dimanifestasikan dalam Iman dan ihsan. (iman, attitude dan behaviour)

By Anonymous on SURAT DARI PEMBACA on 8/14/11


Aku pernah bertemu dengan warga negara timur dan berbual-bual dengan mereka... mereka menyatakan taksub dan takjub kerana kita negara yang berani melaungkan azan dengan kuat di corong-corong speaker. BAGAIMANA tu? Pernah tak engkau fikir... Azan itu sendiri menyeru... MENYERU... umatnya melakukan kebaikan.. perkataan MENYERU itu sendiri bermakna melaungkan... bukan perbualan yang di mana frekuensi suara direndahkan... NAH! HANG PULAK FIKIR...

By Anonymous on SURAT DARI PEMBACA on 8/14/11

7 ulasan:

bunbinban berkata...

mamat sengal yg bawah sekali tu paham ke isu apa?. Takde sape larang azan guna pembesar suara. Yg di diminta jgn gunakan pembesar suara bila time ngaji sebelum azan subuh. Mmg tak paham atau sengaja buat tak paham atau paham2 aje la...hahaha

Tanpa Nama berkata...

Seruan azan soal agama kenalah rujuk kat autorti agama..,,,kalau nabi tak buat azan macam kita buat...tak yah le buat...jangan ikut nenek-moyang kita yang salah...tapi kalau ikut kepala hotak kita sendiri pasal agama...BAIK BUAT AGAMA SENDIRI JE...

Tanpa Nama berkata...

Poorahhhh lah TT.

Dah tak boleh defend diri sendiri ker sampai terpaksa pilih-pilih surat pembaca yang sealiran dengan fikiran dan halatuju yang TT suka?

Surat-surat sokongan tu bukannya pencerahan lahhh... kah kah kah.. bahkan surat-surat itu mempamerkan ketololan dan kebengapan penulisnya.

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

Monkey Shooter berkata...

Pendapat yang akhir tu memang biul sedikit dan banyak juga bodohnya. Cubalah buka kamus Dewan atau Zaman..... menyeru dan melaungkan, mana ada sama maknanya malah jauh sekali maknanya. Orang nak beri pendapat kita nak beri pendapat tapi kita tu keturunan banggang, mana sama pendapat dengan orang yang keturunan bijak pandai. Orang maksudkan bacaan Al-Quran (rakaman), bukannya Azan. Di dalam masjid pun tak boleh membaca Al-Quran dengan kuat tatkala ada orang sedang bersolat. Cerita pun tak guna kalau bangsa banggang yang tak minat membaca ini, berbuih mulut pun tak akan didengarinya.

Tanpa Nama berkata...

apa pula soal agama rujuk autoritilah, macamlah, nape? agama tu hak autoriti ke mcm UMNO? bila soal jawab kubur nanti, nak jawab tanya autoriti ke? agama soal wajib tiap muslim lah bro...tak tau ngaji bukan nyanyi...kalau semua ok waktu solat ke masjid tanggunjawab masing-masing, penuh jemaah, perlu ke azan ke ngaji ke pakai mic full volume? tapi kalau panggil sekuat mana pun, buat tak tau, pas tu orang tak kira la muslim ke non muslim tegur...nak marah konon jaga kesucian agama..marah tu pun bertempik sana sini...ISLAM ke tu?????

Tanpa Nama berkata...

KHAS UNTUK MONKEY SHOOTER... saya dah buka kamus dewan. Dan ini hasilnya..

KAMUS DEWAN CETAKKAN KEDUA (EDISI BARU) 1991... muka surat; 719...

LAUNG; Suara yang kuat (untuk memanggil atau MENYERU).

Epic....!!! kahkahkah... terima kasih atas komen emosi anda yang menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Aku kata: rumah sewa aku 150 meter dari masjid. Tiap-tiap hari pasang bacaan quran..tapi kat masjid jemaah subuh ada 25 orang je. Rumah sewa aku, aku sorang je gi subuh..9 lagi tak bangun! Moral of the story: pasang kuat-kuat pun kalau tak dapat hidayah letak speaker kat tepi telinga pun tak pergi masjid..kah!kah!kah!

Aku tak faham apa yg si Oman membebel...aku bukan riak, aku bg contoh. bila bg contoh kena la sebut org. takkan nak sebut 9 ekor cicak tidak bangun subuh meskipun speaker azan diletakkan ke telinga mereka? aku pun traveler juga... bukan kau sorang saja.dah berapa negara kau visit? bukan bermakna rumah sewa aku ada 10 orang aku ni mat bangla (cerita ni semua ditukar watak dan wajah la)