Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Ahad, 14 Ogos 2011

TAK SANGKUT PAUT DENGAN AGAMA




NOTA:


ini tak sangkut paut dengan agama
ini projek untuk kacau kerajaan pakatan
ini strateji gerombolan

pada hari ini gerombolan telah nekad
tak peduli lagi terhadap undi bukan melayu
apa yang gerombolan mahu jaga ialah undi melayu
kerana itu hal masjid
kerana itu hal azan
kerana itu hal gereja
terus dijadikan isu
untuk terus menakutkan melayu

bila melayu takut
maka melayu akan cari payung
disini gerombilan muncul

di selangor jais serbu gereja
di pulau pinang buka kes pembesar suara
babi di baling ke dalam masjid
cat di simbah ke dlam masjid

semua ini strateji menaikkan ketegangan
suasana tengang maka gerombolan akan masuk jarum

kalau betul betul berjuang untuk islam
kenapa genting masih dibuka?
kenapa ada judi ekor?
kah kah kah






LARANG PEMBESAR SUARA: PERLIS SOKONG PULAU PINANG - malaysiakini

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

“Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa,” katanya dalam satu pesanan SMS kepada Malaysiakini.

Sehubungan itu, Dr Juanda berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

NOTA:
tak kan tak faham
jelas lagi nak bersuluh
memang ramai yang sakit kepala dengan ganguan ini

kalau ini pun tak faham
tak dapek den nak nolong
pokok dek kao laaa
kah kah kah

8 ulasan:

haji kuih ketayap berkata...

hakhakhak... alah yang mengaji tu pun kaset,bukan nye haji tukar ketayap ..kan? kan? kan??

hakhakhak

TopiJerami90 berkata...

perlis pun sokong penang..xtahu nk cakap ape lg

Tinta Hitam berkata...

Kalu melayu masih percaya lagi dgn UMNO ni mmg wajar lah melayu ni kena tipu dan kena jual habis...

Tanpa Nama berkata...

rumah sewa aku 150 meter dari masjid. Tiap-tiap hari pasang bacaan quran..tapi kat masjid jemaah subuh ada 25 orang je. Rumah sewa aku, aku sorang je gi subuh..9 lagi tak bangun! Moral of the story: pasang kuat-kuat pun kalau tak dapat hidayah letak speaker kat tepi telinga pun tak pergi masjid..kah!kah!kah!

Tanpa Nama berkata...

Hairan kenapa buat bising pada awal subuh pun nak kena rujuk pada hadis/sunnah Nabi. Pakailah logik sihat. Sesiapa yang buat bising baik bang/bacaan Quran/main lagu rock/ berceramah pada awal pagi menggunakan pembesar suara memang boleh menggangu ketenangan(tranquility) pagi. Malahan bas sekolah atau lori pengangkut sampah pun yang datang pada awal pagi atau tengah malam walaupun tugasnya baik boleh memekakkan orang sedang nyenyak tidur seperti bayi atau orang pencen yang baru makan ubat sakit kronik. Malahan buat bising di sekitar taman perumahan baik ada festival hantu/hantu'tetek'ke dan bermacam lagi aktiviti bukan saja pada awal subuh tapi mulai magrib hingga awal pagi pun harus dihentikan. Buatlah kerja-kerja itu di tempat luar dari taman perumahan/hospital/masjid kuil kerana pencemaran bising. Pakai otak sihat tak payah rujuk sunah/kitab lain atau skriptur topekong.
Lagu satu Tuhan kita tak pekak untuk memujinya. Hayati pengertian dan amalkan saranan mesej Quran itu dengan baik/tidak menunjuk adalah lebih penting tak perlu memecah kesunyaian subuh.

James Iha berkata...

Orang kita dah menambah dan mengubah mazhab syafie yg asli. Sbb tu ada setengah pendapat mengatakan, kita di sini ikut mazhab syafie nusantara. Bila mengaji ugama setakat sekolah pondok jer, tu yg dok jadi lagu tu. Cuba pi tengok negara2 Islam terutama di Timur Tengah...takut jd mcm rusa masuk kampung.

Sayang Kinabalu berkata...

aku masih ingat suatu hari sekitar tahun 80an di daerah Tambunan Sabah...masa tu azan subuh selalu on time....entah apalah punya kantoi, pada subuh tu lepas azan tamat..berkumandang lagu 'John Gaisah' dari speaker!...rupa-rupanya azan dan di duplicate dalam kaset...dan mamat yang ditugaskan untuk bang dah tertidorr....kaset lupa padam...maklumlah!..zaman tu masih pakai radio minicompo jak..hehehehe

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro..

Wa wa wa..dulu2 kalu komplen atau kutuk azan kuat ..lebi lagi time subuh..boleh kata murtad ooo..

Zaman dah berubah lar..satu taman penuh dgn penduduk yang berbagai agama..hormati lah mereka..

Macammana nak tunjuk yang islam tu hebat..aku malu betul lah korang ni..Sekarang baru nak sedar ...selagi speaker tu tak pecah..selagi tu ..korang tak puas hati...