Khamis, 15 Disember 2011

HEGEMONI SEMENANJUNG KE ATAS SABAH DAN SARAWAK





PALING COOL



BERSIH DAN SARAWAK

Ada sesuatu yang tidak kena antara hubungan kita dengan Sabah dan Sarawak. Ini bukan tentang tentang ramainya politikus dan aktivis NGO yang dilarang masuk ke Sarawak. Sikap yang saya maksudkan ini agak halus dan mungkin tidak disedari oleh Orang Semenanjung.

Biar saya surahkan disini satu kesah yang berlaku di hadapan mata saya ketika mengikuti kempen pilihan raya Sarawak pada bulan April yang lalu. Saya ke Miri mengekori para aktivis Pakatan Rakyat untuk membuat laporan di Suara Keadilan dan di blog. Sesekali saya juga turut juga berceramah di rumah-rumah panjang.

Pada malam terakhir saya telah datang mengikuti Ceramah Penutupm disebuah perkampongan rumah panjang. Kampong rumah panjang ini terletak diluar kota Miri yang majoriti penduduknya berbangsa Iban Kristian. Saya sampai awal satelah hampir dua jam dengan kereta.

Apabila saya sampai ke tempat ceramah saya terfikir mungkin baginilah betuk rupa ceramah politik di Semenanjung ketika sebelum atau sesudah beberapa tahun British mengundur diri. Ketika itu belum bayak lagi jalan raya. Ketika tidak banyak kawasan kampong yang ada api leterik atau air paip.

Saya ternampak anak-anak kecil bogel bekeliaran. Ibu dan kakak mencangkong dan berdiri dalam gelap menunggu ceramah bermula. Pak Cik dan Abah Abah berdiri berlabon sesama sendiri sambil merokok dibelakang basikal mereka. Beberapa orang Abang Moto telah memberhentikan motor tidak jauh di padang ceramah.

Pentas ceramah pun tidak gah – hanya varanda rumah seorang penyokong tegar Pakatan Rakyat. Alat pembesar suara pada malam itu tidak lumayan tetapi cukup untuk 400 orang pendengar. Dua lampu kalimantan yang disambung dari rumah telah cuba menerangkan pandang rumput yang lecah.

Tetapi bukan ini ibu ceritanya. Yang menjadi cerita ialah ceramah seorang aktivis Pakatan Rakyat dari Terengganu. Mamat berumur empat puluhan ini cekap berceramah. Mungkin dia sering berceramah di masjid atau di surau. Ayat dari mulutnya tersusun baik. Hujahnya juga teratur.

Tetapi saya terperanjat dan meloncat masuk ke kawasn gelap apabila Si Mamat ini mula mengutuk Taib Mahmud. Tangannya menunjuk-nunjuk ke arah rumah panjang di hadapan kami. Dia mengutuk Taib Mahmud kerana kalau di Malaysia Rumah Panjang ini hanya untuk sementara. Lalu Si Mamat dengan bengis lagi marah menyoal Taib Mahmud – kenapa di Sarawak ini masih ada lagi warga yang duduk dirumah panjang bertahun-tahun.

Ini bukan lawak Rumah Panjang. Ini episod politik dan kesah benar. Dan sayalah Tok Perawi saheh yang membawa surah ini ke pengetahuan umum.

Apabila saya terdengar isi ucapan tentang Rumah Panjang ini saya disedarkan bahawa memang wujud, malah ramai Orang Semenanjung tidak faham tentang budaya, kehidupan dan politik Sabah dan Sarawak. Kebebalan memahami budaya Rumah Panjang di Serawak ini samalah seperti komen Haji Hadi tentang ‘cawat’ orang Sarawak. Apa yang jelas disini ialah wujudnya rasa angkuh – aku lebih berbudaya dari kamu – dan aku dari Semenanjung memiliki moral yang lebih tinggi dari kamu yang di Sarawak.

Hegemoni budaya dan politik yang dijalankan oleh United Malay National Organisation terhadap Sabah dan Sarawak nampak jelah telah juga mempengaruhi cara berfikir para aktivis dan pemimpin politik dari Pakatan Rakyat. Mengenai Sabah dan Sarawak saya perhatikan tidak berapa jauh bezanya budaya politik Pakatan Rakyat dengan yang diamalkan oleh United Malay National Organisation. Malah hegemoni United Malay National Organisation itu pun sana diguna pakai oleh Pakatan Rakyat.

Minggu lalu saya sekali lagi pergi ke Sarawak. Kali ini bukan untuk berkempen tetapi untuk menerangkan tentang 8 Tuntutan Bersih kepada sebanyak mungkin aktivis dan warga Sarawak. Yang menjadi tuan rumah kami NGO tempatan penyokong Bersih.

Dalam dua forum terbuka di Kuching dan Miri telah dijalankan. Forum ini walau pun tidak diiklankan tetapi telah mendapat sambutan. Ramai warga yang datang dan ingin mengambil tahu tentang konsep demokrasi dalam pilihanraya yang bersih dan adil. Malah di Kuching ramai anak anak muda yang turut sama berforum. Di Miri walau pun forum ini diadakan pada jam 2.00 petang – sambutan cukup menjanjikan – sehinggakan kami kekurangan kerusi duduk.

Saya hanya menerangkan satu persatu tuntutan Bersih sejelas, setuntas mungkin. Saya campurkan juga dengan humour politik. Kelihatan tidak ada perbezaan antara warga Semenanjung dengan warga Kuching untuk menghayati humour politik yang saya taburkan. Tetapi disesi soal jawab saya sekali lagi melihat dengan jelas tentang kehodohan hegemoni Semenanjung terhadap Sarawak.

Dari dua forum Bersih ini memang saheh bukan sahaja Mamat Penceramah dari Terangganu tidak faham apa itu Rumah Panjang. Badan NGO yang seharusnya memiliki kesedaran budaya politik yang lebih matang pun terperangkap sama dalam hegemoni budaya politik United Malay National Organisation.

Contoh terbaik ialah tentang tuntutan Bersih ke 4 : memanjangkan masa pilihan raya minima 21 hari. Ketika PRU11 tahun 2004 dahulu warga Malaysia hanya diberi 8 hari untuk membuat pilihan siapa yang berhak untuk mewakili mereka. Dalam sejarah pilihanraya inilah masa berkempen yang paling singkat. Saya masih ingat lagi apbila masa 8 hari ini diumumkan oleh SPR hanya ada beberapa kritikan dan bantahan dari Parti Pembangkang pada ketika itu. Yang didengar hanyalah suara-suara lemah. Tidak ada protest yang menakjubkan berlaku

Kita tidak ada langsung mendengar apa-apa komen atau bantahan dari Sabah atau Sarawak? Atau ketika itu kita pekak? Kenapa agaknya tidak ada suara bantahan yang lantang? Saya berani menjawab disini bahawa Hadi Awang , Wan Azzizh dan Lim Kit Siang tidak memiliki kesedaran yang tuntas tentang makna dan implikasi kempen 8 hari untuk warga Sarawak. Justeru mereka tidak meloncat dan mengambur.

Untuk memperkuatkan apa yang saya nyatakan biar saya surahkan kesah-kesah PRU yang baru saya pungut dari Kuching dan Miri. . Memang saheh pada PRU11 dahulu kerana masa berkempen terlalu singkat ada sebahagian dari warga di kawasan pendalaman Sarawak yang tidak tahu bahawa piliharaya akan diadakan. Ertinya mereka tidak mengundi sisapa pun. Bukan tidak mahu mengundi tetapi apabila helikopter datang untuk memungut kertas undi tidak ada sesiapa yang telah turun mengundi.

Tidak percaya apa yang saya surahkan ini?

Saya sendiri pun baru dikejut dan disedarkan tentang hakikat keluasan bumi Kenyalang ini. Memang dari peta kita melihat Sarawak ini agak besar sadikit dari Semenanjung. Mata kita hanya melihat peta tanpa apa-apa pemahaman yang jelas. Dalam masa yang sama peta Atlas ini adalah lakaran kuasa imperialis dimana negara Eropah memang diperlihatkan lebih besar berbanding dengan negara Dunia Ketiga. Justeru kesedaran kita tentang wilayah kita sendiri pun amat terhad.

Kedudukan Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang dipisahkan oleh Laut China Selatan membuatkan kita di Semenanjung ini gagal untuk memahami makna hakikat sebenarnya keluasan Sabah atau Sarawak itu. Kita hanya tahu bumi Sabah dan Sarawak itu luas tetapi kita tidak merasakan keluasan itu.

Tahukah para pembaca bahawa Perlimen P216 Hulu Rajang amat-amat luas. Dalam kawasan Parlimen ini ada dua DUN . DUN Belaga N51 dan DUN Baleh N50. Jangan terperanjat bila saya nyatakan bahawa Parlimen Hulu Rajang ini luasnya - seluas Pahang. Malah DUN Baleh sahaja keluasannya hampir menyamai Terengganu.

Di dalam wilayah seluas Pahang ini ada terdapat 234 rumah panjang. Ada 10,000 Iban 7,000 Orang Hulu – sadikit warga Melayu dan China. Jumlah pengundi di kawasan ini ialah 17,696. Sila hitung - berapa kali ganda jumlah pengundi disini berbanding dengan pengundi di Putrajaya?

Kita sebagai warga Semenanjung sila tanya diri kita sendiri – apakah mungkin kita melakukan kempen ke seluruh Pahang dan di seluruh Terengganu dalam masa satu minggu lebih. Apakah mungkin kita melawat ke semua 234 rumah panjang ini dalam masa dua minggu? Jawabnya mustahil. Ini kerja orang gila.

Jika jawabnya mustahil dan jika ini kerja orang gila maka inilah bukti bahawa SPR ini adalah barua United Malay National Organisation. Saya berani berkata sedemikian kerana amat jelas konspirasi SPR yang menetapkan masa bekempen yang singkat ini hanya bertujuan untuk memastikan United Malay National Organisation akan terus berkuasa.

Saya menimbulkan kesah ini kerana warga di Sarawak selama ini telah membantah masa berkempen yang diberikan oleh SPR. Malah mereka juga merasa amat amat kecewa dengan tuntuan Bersih yang hanya mahu menuntut masa minima 21 hari. Untuk warga Serawak 21 hari ini bukan masa minima tetapi masa mandatori. Ini lah yang saya dengar dari forum dan pebincangan Bersih di Kuching dan Miri.

Pada hemat saya jika masa berkempen ini tidak dipanjangkan oleh SPR - semakin jelas menunjukkan piliharaya kita tidak adil dan tidak telus. Sesudah membaca apa yang saya tulis ini dan SPR tidak memanjang waktu berkempen maka terbukti jelas PRU13 ini nanti akan dimenangi oleh United Malay National Organisation dengan cara tipu.

Untuk warga Sabah dan Sarawak – memanjangkan waktu berkempen adalah tuntutan hak keadilan yang paling minima. Menafikan ini bukan satu kezaliman tetapi satu keganasan. Justeru warga Sarawak bukan hanya mahu 21 hari masa berkempen tetapi mahu masa yang lebih panjang.

Justeru mereka berharap NGO di Semenanjung apabila membuat tuntutan yang mencakupi kepentingan bersama tidak akan dipengaruhi oleh hegemoni budaya United Malay National Organisation. Ujian awal sebagai usha untuk memecahkan hegemoni ini ialah mengharamkam penggunaan ayat: Sabah dan Sarawak masuk Malaysia pada thun 1963. Faham? Sabah dan Sarawak tidak pernah masuk Malaysia. Sabah dan Sarawak bersama Semenanjung menubuhkan Malaysia. Faha, tak? (TT)


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45




31 ulasan:

average joe berkata...

tahniah tt, satu kupasan amatbagus untuk pencerahan semua di semenanjung
semoga mengambil iktibar yg perlu

semoga berjuang dengan sebenar,
semoga berjuang dengan kudrat,
semoga berjuang dengan ilmu,
lawan tetap lawan!

jangan biar diri anda diselubungi kelentong

jom sama2 kita ramai2 bagi bersih semua kekotoran dan korupsi politik negara, jom humban KERA UMNgOk-BoNgok jauh2 ke laut!

-average joe-
klakka-la.blogspot: BINATANG PELIHARAAN SAYA 4

Tanpa Nama berkata...

kalau org tu nak undi pakatan tak payah kempen panjang2.... mase dia gi undi memang dia pangkah pakatan punye..persoalannya ADAKAH DENGAN KEMPEN YANG PANJANG (SEBULAN MAYBE) BOLEH TUKAR PENDIRIAN KITA NAK UNDI SAPA? kenapa tak kempen sekarang jer? kenapa nak tunggu kempen yang 8hari tu? nak pilihanraya baru nak turun bawah kempen2... kalau xboleh pacak bendera xper xperlu bendera2 ingat kalau aku tengok bendera tu boleh tukar nak pangkah sapa..

Tanpa Nama berkata...

Bro Isham,

Aku setuju dgn kewarasan maklumat yg dipaparkan...

Perkara begitu yg kebanyakan pimpinan kurang kewarasan atau tiada kewarasan memikirkan situasi yg berlaku di Sarawak...

contoh mudah semasa pemilihan PKR lepas,walaupun aku turun ke Sibu tetapi untuk pergi ke Cabang yg pedalaman seperti Selangau telah membayangkan kesukaran rakyat sarawak nak bergerak secara selesa..apatah lg nak sampai dlm masa yg pantas...

Jalan dr Sibu ke Pekan Selangau mmg sgt teruk walaupun itu adalah laluan utama negeri (kuching-sibu-miri)...kata ketua cbg selangau, nilai satu kilometer jalan RM3juta...tp pecah berlubang merata2...

kemudian dibawanya aku ke kawasan rumah panjang yg terletak 3km ke dalam dr jalan besar..jalannya berbatu-batu kecil...naik kancil alamat bergegar segala2nya...

itu baru kawasan yg radius 30km persegi dgn Sibu...mcm mana pulak yg lebih jauh...gandakanlah kepayahan yg sedia ada...

aku amat bersetuju cadangan masa berkempen dilanjutkan atas faktor geografi di sarawak ini....mmg benarlah bahawa kertas2 undi dlm kotak2 undi dr daerah2 mengundi pedalaman itu 99% tidak berpangkah oleh pemilih sebenar (sbb tak tau hari mengundi/jauh nak dtg mengundi/masa tak cukup nak dtg mengundi)...maka SPR menjadi anjing gerombolan memaksimakan jumlah undi kpd regim bn!

Tanpa Nama berkata...

AKU NAK SERAWAK KELUAR DPD MELAYSIA! AKU TAK NAK LAGI TERIKAT DGN KEBODOHAN2, MASALAH2, DAN DASAR2 YG MENINDAS SABAH DAN SARAWAK YG DIBUAT PEMERINTAH SEMENANJUNK IAITU AMENO!

Tanpa Nama berkata...

That's cool bro tt....syukurlah akhirnya ada juga org malaya sedar akan kewujudan pemikiran 'streotype' borneoism ni...sya sendiri org sbh dan isteri org srwk...mmg sgt sensitif rumah panjng itu d bangkitkan...bukan kerana miskin tggl d rumah panjamg tapi itu sudah tradisi..ramai profesional iban masih memiliki rumah pnjang...ini umpana zaman 70an n 80an...klu budak sbh n srwk study d um ka upm mesti bdk bdk sjung ni tanya korang tinggal atas pokok ka??'?ui marah kita org sabah/srwk..

Saya tertarik dengan fakta kawasan parlimen..sudah lama saya fikirkan kenapa kawasan yg besar mcm pahang tu mp dia sorang ngan 15k penduduk?em takut bilangan kerusi sabah n srwk lebih la d parlmen so semua enakmen,akta undang kita d sbah ni vote pun kurang la kan...tidak logik bukan bilangan mp srwk.n sbh sedikit..klu tak byk pun kasi la lebih kurang sama...

Ayat yg last tu bro tt sgt bermakna..srwk sbh tu bukan masuk mlaysia..tapi sama sama bina...tapi tak nampak pun konsep tu dr dulu sampai.sekarang...tu la pasal ahli mp pun nda cukup mcm mana mo maju...

Impian ke putrajaya hanya tinggal mimpi klau sabah srwk terus di biarkan...pakatan rakyat kena make sure ada duit sewa helikopter utk hantar agen d pusat undi..saksikan proses undi dan kira undi...mmg ada peruntukkan undang undng pilihan raya parti boleh hantar agen parti...jadi guna n lantik kan agen parti semasa pru13...dengan jalan ini saja pru13 bersih dr penipuaan...

Dapat tawan hati org sabah n sarawak baru mimpi p putrajaya....tapi betul kah timbalan pm dr srwk/sabah..boleh buat ka? Org semenanjung kena buang ego n perasan lebih bertamadun dulu baru fikir mcm mana mo kautim putrajaya...kalau tidak idea sabah n sarawk lebih baik keluar msia mcm singapore?sebab kalau pr perintah pun sama juga..sime darby,ioi,cms,bina puri...tetap duit p malaya dulu la bro...ada pernah nampak syarikat sabah masuk kl?jarang la bro...lagi lama bn jajah kami lagi bagus...lagi dendam...so kalau pr impikan putrajaya fikir dulu mcm mana mo kmpen d sabh n srwk ni..sedia duit guni guni dlu..ahahaha...

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi bro klu org semenanjung tu benar benar terima kami ni org malaysia kenapa sampai hari ni da isi borang smm online takda.reply.pun..pui sama la pr n ngo semenanjing ni cuma fikir org semenanjing saja yg boleh jadi bosss..kami ni dr bn smpai pr tetap juga pak turut..taik palat lah..

Tanpa Nama berkata...

Bagus la sudah sedar tu pasal pr nda d terima d sbah.n srwk...bab muka penceramah suma.mcm taik palat..bro tt ja paling cool...kena ubah dlu pr...cari generasi muda sabah yg hebat...buat parti baru...sapp yong teck lee apa barang...dr pada bro tt baca buku revolusi france lebih baik study sejarah politik sabah m srwk...baru bleh menang pru13..klu tidak sabah srwk buat revolusi sendiri tahun 2032 ...keluar malaysia lagi bagus da...

Tanpa Nama berkata...

Org sabah n srwk ni mcm org mohawks indian...jangan layan mcm anjing...kmi kalau ke semanjung pasti d layan teruk...tinggal atas pokok kononnya...berapa percent org sbah/srwk yg menetap secara tetap d semennjung berbanding golongan guru,polis n tentera yg sudah jatuh cinta dengan sabah n srwk wlaupun suami isteri org semenanjung....ternyata kami d srwk n sbh lebih menghargai org semenanjung banding org smennjung yg tidak sedar diri selama ni hidup mewah hasil petroleum,balak..terang terang harta c al bukhari skang ni d warisi dr syed kechik..syed kechik ni la tukang pencuri kayu balak sabah...nah...jangan tunggu sabah n srwk ni mengamuk...ada karang jadi kes madura...hormat org sikit ...

Tanpa Nama berkata...

Saya ada kawan (guru) yang berasal dari semenanjung yang sudah seperti adik beradik dengan saya (walaupun saya bukan muslim). Kepada Ustat Tarmizi. Kalau baca tukar tiub (blog kegemaran kita kat sekolah) jangan lupak kat kita orang sitok. semoga sukses berkhidmat di tempat baru. Kalau pg sarawk jgn lupa calll..

rose berkata...

huraian terbaik...

good to know you manage to submit the article on time :)

Shahrul Yusof berkata...

It is true. It is absolutely true. Pandangan orang Semenanjung terhadap orang Sabah & Sarawak sememangnya juling pada kebanyakannya. Kadang tu ramai je yang confuse mana satu Sarawak, mana satu Sabah.

DX berkata...

dunia ini dicipta tuhan tanpa garis sempadan.

carilah garis sempadan dalam peta itu di atas bumi ini. tak akan jumpa.

garis sempadan negara dan negeri itu cuma ilusi manusia.

Tanpa Nama berkata...

1) Sebagai seorang pengundi seharusnya kita diberi peluang seperti pendedahan nama calon seawal 6 bln seperti yg di amalkan di Indonesia.. kita bkn hanya ingin mendengar ceramah dari mana2 parti atau calon ttp berhak menyiasat latar belakang calon kita. 21 hari cuma masa utk calon berkempen (pun tak cukup) tetapi 6 bln utk pengundi mengenali calon mereka.. ini kerana pada PRU di Sarawak yg lepas kita di sodorkan dgn seorang calon yg boleh di gelar samseng.. pernah terlibat dan mungkin masih terlibat dgn dadah dan penyeludupan.. kepada yg tak tahu mungkin akan memangkah calon ini kerana mereka menyokong parti tersebut ttp kepada yg tau tak akan sesekali menghancurkan masa depan mereka kerana terang-terangan calon ini akan memperkayakan diri sendiri (seperti Taib) jika dia menang..

2) kemunduran Sarawak selama ini adalah hasil dari kerajaan BN.. apa ertinya melaungkan Merdeka selama 53 tahun ini jika kami di Sarawak masih bnyk yg blm menerima bekalan asas air bersih, elektrik, jalan dan sebagainya.. berita radio ptg tadi "kebakaran rumah panjang Melaban Limbang mengorbankan 2 nyawa, pihak Bomba yg di hubungi tidak dpt melakukan apa2 selain menghantar 6 pegawai utk menyiasat punca kebakaran kerana perjalanan ke rumah panjang berkenaan mengambil masa 3 jam menggunakan perahu" secara logiknya rh pnjang berkenaan cuma beberapa kilometer kerana ukuran perjalanann dgn bot yg sungainya kecil dan berbatu batan ianya 3 jam.. sekali lagi beberapa kilometer sahaja.. nak bagi jln pun susah??? tak perlu tar..jln batu pun cukup la.. sebenarnya kmpung berkenaan blh di hubungi melalui darat dgn jln balak.. ya balak.. ini saja yg mereka ingin kan.. tp selepas bertahun2 hasil bumi kami di jarah apa yg kami dpt???

3) org Sarawak di bodohkan dr segala hal.. contoh dlm perjanjian 18 perkara, perkara 5: Malaysia but not 'Melayu Raya' tp di semenanjung laungan ketuanan melayu sentiasa di gunakan utk menarik minat penyokong yg kononnya bgitu berjiwa bangsa wlu pun hakikatnya mereka la perosak bangsa yg suka mengkayakan diri sendiri. sepatutnya Kerjaan sendiri yg harus melarang semua ini kerana melibatkan sensitiviti kaum tp mereka sendiri yg mengagungkan nya..siap cium2 keris lagi.. bodoh ke apa? kita org Sarawak ini bkn tunggul... hormati perjanjian. bkn buat2 lupa.. dan yg palg ironi ialah kita tdk di ajarkan tentang perjanjian 18 perkara di subjek sejarah wlu pun ianya adalah sejarah penting pembentukkan malaysia.. tanpa sarawak dan Sabah, malaya masih di jajah british (wlu pun profesor tu menafikannya) dan saya bkn bercakap kerana saya berbangsa iban..saya melayu tp tak ingin bangsa lain di rendah2kan seperti kata abg TT pandangan org dr Malaya terhadap kami tadi..tetapi yg plg sensitif skali ialah penggunaan perkataan KAFIR terhadap bangsa atau agama lain oleh sesetengah pihak.. sedarlah wahai bangsa yg bijak.. kafir itu panggilan utk org yg tak beragama dan takkan mereka ini tak tahu yg rata2 rakyat M'sia ini mempunyai agama dan ianya tak menghalang kami di Sarawak ni harmoni berpuluh tahun sebelum 1malaysia c Najib ni..
Abg TT.. terima kasih kerana anda telah bnyk membuka mata dgn penulisan yg penuh dgn lawak ttp intinya cukup berbisa..
Salam.....

Tanpa Nama berkata...

sarawak dan sabah
bersama malaya menubuhkan malaysia.
bukannya sarawak dan sabah masuk malaysia.
betul. malaysia tidak pernah dijajah.
yang kena jajah malaya, sarawak dan sabah.
ertinya, sarawak dan sabah boleh keluar malaysia bila2 masa.
kalau najib-taib terus berkrisis tidak mustahil sarawak akan keluar malaysia.
singapura, dalam malaysia sama juga seperti pulau pinang dan melaka.
hanya tengku abdul rahman saja baik hati serahkan singapura pada lee kuan yew.
dalam hal ini brunei bijak tidak menyertai malaysia.
negaranya hingga kini tetap kaya raya.
sarawak dan sabah terus papa kedana kerana masuk malaysia, walaupun minyak banyak.
yang kaya raya hanya taib dan anak beranaknya.
musa aman dan kuncu2nya.
singapura untung terpijak kerana kekelentungan dan kebijakan lee kuan yew.
rakyat malaysia masuk angin keluar asap, kerana diperbodoh dan bertuankan bn/umno.

Tanpa Nama berkata...

dari dulu sampai sekarang
statement ini berbau hegemoni
"...di seluruh Malaysia termasuklah di Sabah dan Sarawak.."

Tanpa Nama berkata...

jom la kita keluar malaysia. 2032 tue lama sangat. kasi awal-awal sikit bah. tidak sabar nie mau keluar malaysia. cuba bayangkan kita ada negara sendiri.. nah.. bestnya tue... :D

DX berkata...

tidak ada orang jahat di dunia ini
yang ada cuma budaya yang bebeza.

aku tidur di atas tilam atas lantai tanpa katil. di mata orang yang diresap budaya inggeris mungkin melihat sengkek.

tilam atas katil itu budaya dibawa Inggeris. fikirkan kalau yang menang perang dunia dulu ialah kuasa Axis. mungkin saja kita mengambil budaya Jepun tidur atas tilam nipis boleh gulung. macam cerita doremon.

lagipun fungsi katil itu tidak jelas. kelebihan ada katil cuma ialah boleh simpan barang bawah katil.

oh ya pakcik hisham, di Sarawak slogan ABU tu tak boleh pakai. sini tak ada UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama 15 Disember 2011 5:25 PTG.


Thats good one bro,

tapi soal kemunduruan di Sbh & Srwk bukan salah org semanjung, hasil bumi seperti tanah, hutan, sungai, etc adalah dibawah bidangkuasa kerajaan negeri, kecuali petroleum(tapi sbh &srwk tetap dpt royalti dpd persekutuan).

sy tak stuju kalau org Malaya dituduh curi hasil bumi srwk & sbh, streotaip yg wujud pd org Sbh & swk ini juga harus diubah.

hakikatnya, yg memiskinkan negeri sbh & srwk ialah kerajaan BN. Untuk memberi keadilan kpd rakyat sbh & srwk yg miskin dan mundur, para koruptor seperti Taib/Madey/Najib harus dihukum.

tapi bagaimana? SPRM itu mereka punya,

maka, kita kena tukar kerajaan,

tapi bagaimana? SPR itu mereka punya.


MAKA, KITA KE JALAN!!!!!!!!


--Anak Iban di Semenanjung

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn bro TT. sebab itu aku cakap kalau SPR itu betul2 telus, silap2 BN boleh tumpas di PRN Srwak itu hari,

kalau rujuk vote percentage lebih kurang ja BN 53.9%- PR 49.1%. Padahal BN dah tabur macam2 'gula2' pada longhouse folks. (not to mention the postal votes, phantom voters, dan black mail yg dibuat oleh askar & polis ke atas penduduk rumah panjang)

tapi apa pasal BN dpt sangat byk kerusi berbanding PR? sedangkan jumlah undi hampir seimbang.

jawapannya ialah sebab persempadanan pilihanraya. Persempadanan pilihanraya itu yg memenangkan BN.!

-DAYAK SIBU

Tanpa Nama berkata...

kita memerlukan tulisan sebegini......baru nampak cerdik...jangan ikut gerombolan...dungu sepanjang masa...kihkihkih

Tanpa Nama berkata...

En DX.. kita kna fleksibel sikda UMNO mean BN la ya..
setuju sgt dgn komen yg mengatakan selama ini Sabah Sarawak sebenarnya di jajah oleh Semenanjung..ianya bermula setelah undang2 darurat dibuat untuk menjatuhkan Stephen Kalong Ningkan dan meletupkan kapal terbang Tun Fuad Stephen yg tak bersetuju 5% royalti minyak...

Tanpa Nama berkata...

To DX

Tulisan mu pendek tp padat. Aku sokong kamu. Aku dr semenanjung dn aku rasa tiba2 je sabah sarawak dkt dihati dgn tulisan kamu. Ya btul ABU x sesuai sbb x melambangkn aspirasi rakyat msia secara keseluruhan. Maybe bro TT kena ubah ABBN, Asalkn Bukan Barisan Nasional. Fikir2kn TT

Salam

Tanpa Nama berkata...

hegemoni ABU ke atas sabah & sarawak

Tanpa Nama berkata...

*anak iban semenanjung
Yap itu streotype presepsi sbhan n srwk terhadap semenanjung...hakikat tu mmg benar..lihat sejarah seorang bekas ketua polis sabah pernah d dakwa mengunakan kuasa memiliki tanah kepala swit d sabh siap guna kapal terbang polis lawat ladang..org kampung sendiri berpuluh tahun mohon tanah tak dpt...
Mungkin salah penduduk kg jual tanah..banyak kes kes ni berlaku d sbh n srwk....cuba balik rumah panjang tanya ada tidak geran tanah tapak rumah panjang tu...emmm...byk org hulu iban tanpa sedar duduk tanah org...napa terjadi ni?

Ego org malaya patut kikis dlu..kenapa harimau malaya?bukan harimau malaysia?dari bola sepak kita sudah tau pun borneo nda pernah d trima sebagai sebahagian malaysia...lihat saja pa jadi ngan bekas naib presiden pkr..datuk jefrrey kitingan mesti ada hal borneo yg nda ngam d dlm pr...

Hakikatnya sabh sarwak dijajah...perkara 21 pun sudah mansuh...jalan raya parlimen terbaik..bukan utk ganti bn...lebih baik keluar malaysia..

Tanpa Nama berkata...

*Dayak sibu
SPR rasanya tidak tipu kalau parti ada lantik agen semasa proses mengundi dan kira undi..ada dlam peruntukan undang undang...so parti kena lantik org yg benar benar berpengalaman..lantik dr x goberment servant yg pernah terlibat dlm pilihan raya yang lepas lepas...sekiranya provokasi yg mantap dr para agent tentu sekali ketua tempat mengundi akan goyah...itu la strategi yg paling akhir utk digunakan sekiranya bersih gagal.....bakal calon pula harus study undang undang pilihan raya sebelum berperang jangan jadi bodoh dungu mcm b end.....rasanya wakil calon/agen tu boleh ikut peti undi utk pastikan ianya selamat..mlah semasa memgundi agen juga boleh bantah semasa proses buang undi sekiranya identiti pengundi meragukan..so klu semua parti tau undang undang tiada alasan yg mengatakan spr tu korup....klu da masalah agen bleh bantah...so bila ada keraguan selepas calon d umum menang ertinya agen yg dilantik tu la bangang tidak jalan tugas..lalai sehingga berlaku penipuan....klu pr mo menang sila pastikan lantik agen yg betul...bukan setakat lantik caion yg betul..paham tak?

Tanpa Nama berkata...

:Tanpa nama 16 Disember 2011 2:13 PTG

ada calon dan agen yg baik sekali pun klu tiba2 eletrik tutup dan undi pos pun masuk dan semua undi dlm peti undi berkenaan pangkah BN mcm mana pula?

Tanpa Nama berkata...

power lah, org jolobu back up org sabah s'wak.

Cawat Kote berkata...

Encik Hisham memang betul sebab orang Sarawak mungkin pakai cawat kote macam orang hutan di Afrika, Papua New Guinea dan Amazon tetapi mereka tidak merogol anak perempuan mereka tidak macam sesetengah orang Melayu yang berpakaian macam orang-orang Arab (yang suka merogol perempuan mereka dan memberi alasan bahawa perempuan mereka hilang dara kerana memandu kereta bukannya kerana dirogol mereka) tetapi suka merogol anak sendiri.

Jadi saya harap orang Semenanjung jangan memandang rendah orang di Sabah & Sarawak.

syuxer berkata...

kupasan yang menarik bro..:)..memang benar, masih banyak lagi tanggapan negatif orang semenanjung kat orang sabah sarawak..

khilaf ini menyebabkan sabah sarawak tidak mendapat input sebenar..harap para pejuang sedar hal ini dan berusaha memahami budaya mereka dan memenangi hati mereka..

kemenangan pkr bergantung kepada sabah sarawak..oleh itu pakatan rakyat harus berusaha lebih gigih..soal masa pendek ke tak, ahli-ahli pakatan rakyat harus ready dengan sentiasa wat homework dari semasa ke semasa..guna masa sekarang ini untuk menjelajah keseluruhan rumah panjang di sana..bincang elok2 dan selami masalah dan budaya mereka.

insyaAllah, pakatan rakyat akan menang pru nanti

KENA TELITI TIPU HELAH OTAK BRITISH berkata...

MASALAHNYA, MALAY MERDEKA 1957, MANAKALA SABAH, SARAWAK, SINGAPURA DAN BRUNEI BELOM LAGI MERDEKA... DAN SYARAT UNTUK 4 NEGARA INI MERDEKA IALAH MELALUI PERGABUNGAN DGN MALAY UTK MEMBENTUK MALAYSIA... JADI DISINI ADA PERSOALAN...IAITU, SABAH, SARAWAK, SINGAPURA, KALAU NK MERDEKA, MESTI MELALUI MALAYSIA... NEGARA ( ATAU NEGERI) YG MENJADI TONGGAK IALAH MALAYA... SEOLAH-OLAH MALAYA TELAH MENELAN SABAH, SARAWAK DAN SINGAPURA...MENJADI LEBIH BESAR IAITU MALAYSIA. (SINGAPURA KELUAR DR MALAYSIA...INI MENUNJUKKAN KELICIKAN POLITIK CINA SINGAPURA BWH LEE KUAN YEW & SAMA PERANGAI DGN CINA2 DI MALAYSIA, UNTUNG UTK WA,BUKAN UTK LU) JADI PD PENDAPAT AKU, HARUS DI BEZAKAN ANTARA, KERAJAAN PERSEKUTUAN/PUSAT MALAYA DI KUALA LUMPUR, DGN KERAJAAN2 NEGERI DI MALAYA. ORG2 SABAH & SARAWAK ANTI KPD KERAJAAN PUSAT (ATAU MUDAHNYA UMNO/PERIKATAN) BUKAN KPD RAKYAT2 NEGERI... ISTILAH ITU DI CIPTA OLEH UMNO/PERIKATAN/BN SUPAYA MEMBERI KEUNTUNGAN POLITIK KPD MEREKA.

Tanpa Nama berkata...

-Kena tipu helah britt..
Ya sokong.mimang betul kami mmg ok ngan rakyat raja..masalah system yg d tinggalkan mahafiraun madeykutyy bikin kami siksa..zaman 2 abdul ok..skali mahafiraun emmm sampai labuan pun dia sapu..
Kejadian padam lampu tu kebetulan ..faham faham ja la fasiliti asas letrik ni bukan mcn korang d seberang sana..tuan ada tidak d tempat kejadian?khabar angin saja tu tuan..