Isnin, 27 Februari 2012

PENCERAHAN DARI BADROLAMIN





PENJELASAN PENUH USTAZ BADROLAMIN


Ahad February 26, 2012

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr. Badrulamin Bahron

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Badrul Amin mulut x jaga bile berceramah.

Simpati dan memberi sokongan moral klu die x bersalah.

Tp ttp x suke ucapan die.

Sila bermuhasabah diri dan jgn terlalu ikut suka hati bila bercakap.

Harap nama anda dpt dibersihkan.

(I have a mixed feelings about this case...damn!)

scootster berkata...

Dalam solat pun ada fitnah kalau tak kena dgn gayanya, inikan pula incident ni. IMHO, Ust. Badrul kurang cerdik dalam menangani kes wanita tersebut hingga timbul fitnah. He should know better.

Juasseh Cafe berkata...

ni yang aku tak faham, kat mana akhbar 'Kosmo' dapat info ni, main tulis je tanpa bukti sahih, tak boleh buat apa ke macam ni.

Tanpa Nama berkata...

Salam Ustaz, Kalau Ustaz berada di jalan yang benar usah khuathir kerana kebenaran akhirnya akan menyebelahi ustaz. Tetapi pada pandangan saya Ustaz sepatutnya menyerahkan pada delegasi wanita untuk menyelesaikan masalah perempuan dan anak nya itu. Apa yang membingungkan saya ialah bagaimanakah suami perempuan itu dapat mengumpulkan seramai 20 laki-laki pada pukul 2 pagi untuk tujuan serbuan. Seperti telah di rancang.

GERAKAN MANSUHKAN FREE LOADERS berkata...

Semua Jabatan Agama mesti dimansuhkan dengan segera dan dibuang ke dalam tong sampah sebab ia merupakan suatu alat yang digunakan oleh UMNO dan Raja Gopal untuk menipu rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, ianya juga membazirkan wang rakyat!

Sepatutnya mereka yang bekerja di Jabatan Agama yang kebanyakannya tak lulus SPM, diupah bekerja sebagai pencuci tandas di Mid Valley mengambil tempat Mat Bangla dan Mat Indon. Mereka yang bekerja di Jabatan Agama ini kebanyakannya tak lulus SPM atau dapat Gred 3. Selepas gagal SPM, mereka pergi belajar di sekolah pondok di Pakistan. Bila balik dari Pakistan atau Mesir, mereka akan bekerja di Jabatan Agama. Malaysia kekurangan tenaga buruh mahir dan tidak mahir sebab terlalu ramai rakyat Malaysia yang mengaji agama di Pakistan.

Malaysia kekurangan tenaga buruh dan terpaksa membazir wang berbilion ringgit setahun kerana mengupah buruh asing dari Indonesia dan Bangladesh sebab Pak Arab Celup dan Mak Arab Celup ini malas nak bekerja kerana terlalu suka mengintai apa orang lain buat.

Pak Arab Tiruan dan Mak Arab Tiruan ini adalah pemalas yang hanya mahu mengaji kitab, mengutuk orang lain, berdemo kat konsert, dan mengintai apa orang lain buat di dalam bilik tidur. Mereka ini lebih kurang sama dengan Free Loaders yang malas bekerja. Mereka menggunakan alasan nak mengaji agama sebagai alasan untuk meneruskan kemalasan mereka. Untuk meneruskan gaya hidup pemalas mereka, mereka sanggup diperalatkan oleh Pendusta UMNO untuk menangkap basah sesiapa sahaya yang Pendusta UMNO hendak aniayai. Sebab itu semua Jabatan Agama mesti dibubarkan serta merta!!!!!! Buat apa rakyat Malaysia nak membazir wang menanggung orang malas macam ini? Apa faedahnya Jabatan Agama???? Tak ada faedah langsung. Nak tahu pasal agama, kita semua boleh tanya Tok Lebai Google yang dapat menjawab soalan-soalan kita dengan lebih tepat daripada pemalas-pemalas ini. Lebih baik kita guna wang itu untuk membantu rakyat yang miskin!!!!

Saya menasihatkan Tun Hishamuddin Rais berhati-hati sebab kemungkinan besar, Tun Hishamuddin Rais pula akan menjadi mangsa aniaya UMNO sebab Tun Hishamuddin Rais masih bujang. Jadi bila ada gadis cun mengajak Tun Isham keluar, saya harap Tun Isham berhati-hati, jangan terperangkap.

Tanpa Nama berkata...

simple je....ajak kawan bersama-sama ...
pelik juga pi sorang2...
Apasal ???????????????????????
kawan no 3 tu mestilah syaitan...
bila ada setan di mula nak terpancut2..
kah...kah....kah....
pimpinan PKR masih tidak berotak...
Ingat akan Pakatan Rakyat....

kampong lad berkata...

banyak boleh tanya 1. ''(JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik''. sorang2 pun ada kes ka? 2. ''satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya''. salah satu pelakon ialah bini orang tu. macam mana laki dia tau bilik mana? 3. ''Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya''. orang dah 'tembak', nak tembak balik pun teragak2 ka? macam ni nak pi perang?

Pro_Pembaharuan berkata...

alahai... kumpul 20 orang dirancang? sorry la... nak kumpul member2 dia untuk tibai orang yang bawak lari bini dia bukan susah mana pun...

yang susah, jauh2 datang untuk tolong sewakan bilik hotel...

gua tak percaya la penjelasan ni...

yang konon nak menolong orang tengah-tengah malam tu kenape?

kalau ari tu bole bawak bini melawat dia, kenape mase nak tolong tengah-tengah malam tak bole bawak bini sama?

Sorry...

Ari tu penjelasan lain, yang ini penjelasan lain...

Gua kan cakap, alim cammana skali pun, mari ke puki, serban-serban terbang!

Scootster cakap betul!

Kurang cerdik tindakan camni... nampak sangat bodoh kalo nak jadi pemimpin...

pemimpin cibai cam ustaz azizan dan ustaz badrul amin memang secibai-cibai lahanat!

Mana Iman ustaz-ustaz ni wahai pejuang-pejuang islam kononnya... mari ke puki, jubah2 tersingkap...

Pewaris nabi?

Hahahahhahahahhahahahahhaha... apa-apa je la...

asyMok_Aambo berkata...

Yang Tersirat:

Berhati-hati bila berhadapan dengan ISTERI ORANG!

BAHAYA BEB!
GUA PUN DAH KENA BEB!

LU PIKIR LAH SENDIRI!!!

asyMok_Aambo berkata...

Kepada para ISTERI di luar sana.

Pegang DUA Benda!

1. Terimalah sang suami seadanya
2. Rujuk nombor 1 di atas

Kalau ingin perpisahan, jangan jumpa ustad atau tuan guru secara peribadi. Jumpa di pejabat. kalau tengah-tengah malam pergi balai polis. Tak payah menyusahkan ustaz atau lebai pondok.... MEREKA PUN MANUSIA

Kesian...

Tanpa Nama berkata...

Dia di tangkap berseorangan serta di tuduh berkhalwat? Betul le tu kalau ikut istilah berkhalwat tapi kalok pompuan terlibat, napo dia sorang aje di tangkap? Pasangan dia? Nanti kena tuduh berkhalwat sendiri?

Tanpa Nama berkata...

Inilah dinamakan ikhlas hati tapi tidak dilihat sebagai ikhlas perbuatan. Tidak dinafikan bahawa Ustaz Badrolamin seorang lelaki beriman yang merasa kesian pada wanita yang dalam kesusahan.

Walaupun begitu lelaki yang beriman membuat kerja tengah malam disebuah hotel memang mencurigakan walaupun niatnya ikhlas tapi nafsu ahli UMNO Baru tetap berkata-kata. Lagi pula orang yang beriman paling mudah kecundang dicelah kelengkang wanita.

Tak sepatutnya ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat terjebak dalam isu moral kerana kes liwat, khalwat, zina, memang menjadi kesukaan pemimpin UMNO Baru khasnya Tun Mahathir dan DS Mohd. Najib…

Apa pun alasan Ustaz Badrolamin, perbuatan itu sudah tertangkap dan dirakamkan. Tangan yang mengerat
maka bahu itulah yang memikulnya. Berita pula sudah tersebar keseluruh negara. Sama ada ditangkap khalwat atau sedang membuat kebajikan ianya sudah menjadi persepsi negatif. Bila dah terjerat, tak bersalah pun akan direka sebagai bersalah. Lihatlah Anuar Ibrahim sebagai sempadannya.

Semuga Ustaz Badrolamin akan menghadapi kes khalwat itu dengan penuh berahi seperti mana menghadap isteri ketika meraikan pertempuran malam pertama.

Lupakan saja hajat hati nak jadi calon pilihanraya ke 13 kerana kes ini akan berlanjutan mengikut suka hati hakim bila nak diselesaikan.

“Tersungkurnya seorang pejuang kebumi hanya kerana sekeping lubang wanita…..”

Tanpa Nama berkata...

Laaaa...dok sorang2 dalam bilik pun boleh kena tangkap?? susahlah nak melan cam nii...

Encik Langau berkata...

Im smell like a shitttt!

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah berduaan dalam dalm bilik yang bertutup itu dikira khalwat lah.
apa yang dibuat didalam tu bukan lah isunya. Awak sebagai ustaz sepatutnya lebih maklum perkara semacam ni. Mana boleh berduaan dengan bukan muhrim apatah lagi isteri orang. Tak kisah lah awak kenal dia ke tidak..sekejap atau lama. Dia nak bercerai ke apa ke itu bukan tiket untuk menghalalkan awak nak kaunseling didalam bilek.. Banyak lagi cara awak boleh buat supaya tidak menimbulkan fitnah..
Usahkan moral, dari segi hukum pun dah salah amat.. Awak sebagai ustad patut lebih tahu.. Tidak boleh kah awak minta kawan awak atau isteri awak menemani awak bila nak bertemu dengan isteri orang tu?? Kalau ye pun susah sangat nak dapat kawan ketika 2 pagi tu maka tak payah lah dah tolong tempah bilik lepas tu tolong masuk bilik pulak..cukuplah iringi sehingga depan pintu je..jangan masuk..kalau penting sangat minta isteri orang tu pi diskus kat lobi..open space..kurang sikit timbul fitnah wlu begitu pun masih tidak boleh..awak tau kan?
So berhati2 lah...fikir dulu sebelum merancang..benda yang boleh menimbulkan fitnah mesti dihindari..
wallahualam..

Tanpa Nama berkata...

Niat dalam hati. Fakta is there for all to see, dgn izin BI. Lu fikir la Sendiri. Umno Dan mb pahang, nk Kita fokus kuah drpd isi. Runtuhkan LYNAS

Tanpa Nama berkata...

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Moral : Jgn jawab telefon pukul 2 pagi melainkan family/bini/anak. Klu x jawab pun x pe, dan org x marah sebab da pukul 2 PAGI.

Tanpa Nama berkata...

Secara logik :

1. Kalau dia nak benda x elok, kenapa dibuat semasa program anti lynas ni, iaitu semasa pemimpin PKR semuanya bermukim di Kuantan?

2. Kalau dia nak buat jgk, kenapa buat kat hotel itu jgk? Carilah hotel lain ke?

3. Kalau dia berniat nak buat benda x elok, kenapa buat di masa orang tgh sibuk buat program anti lynas ni jgk? X boleh ke tunggu sehari 2 lagi takut terkantoi mcm ni, dah rosak program. Kalau kantoi slps program, x pe la.

Dari segi logik akal, biar la kita bersangka baik supaya kita x dpt dosa.

Pengajarannya kita x boleh memberi komen sb kita x berada di tempat dan di masa kejadian itu berlaku. Selain itu, kita telah diajar dr membuat perkara2 yang boleh menimbulkan fitnah.

Tanpa Nama berkata...

ramai yg boleh tahan wang ringgit dan kemewahan, masuk bab buret fuhhh kantoi beb huhu...
susah nak kata dlm kes ni sbb maklumat pembaca x meluas, tp cara badrol kendali kes wanita ni sampai ke bilik waktu tgh mlm buta dgn title ustaz dia agak bodoh laa...

-pak lebai terbang-

Tanpa Nama berkata...

1.ini fitnah. betapa besar ujiannya pd ustaz badrol.
2.jika benar sekalipun.takder org ambil pot.sbb undang2 double standard-menindas yg lemah. apa kes najib port dickson???
bukak balik kes khalwat nazib jiana