Khamis, 8 Mac 2012

LEMBU TELAH BERCAKAP- INILAH NIKMAT HIDUP
















NOTA:

nikmat dalam dunia hari ini
ialah melihat ketua wanita gerombolan
kena tibai anak beranak

bayangkan betapa nikmatnya
apabila gerombolan hilang kuasa

tanah orang kampong yang dirampas diambil kembali
kes anak dibunuh dalam lokap di buka kembali
kes gerombolan menipu bawa ke mahkamah
kes tuan hakim rasuah buka kembali

paling enak ialah
rakyat malaysia adapat bertanya kepada
bik mama dan mat mongol
pasal apa altantuya dibunuh?

untuk nikmat ini
kita ke jalan raya
sebelum ke pilihan raya




DARI RAFIZI RAMLI
Seperti yang dijanjikan, KEADILAN hari ini tampil dengan bukti kukuh bagaimana dana awam yang disalurkan kepada NFC untuk projek berimpak tinggi dan berkepentingan awam telah disalahgunakan bagi tujuan peribadi keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang memiliki NFC.

Modus operandi yang digunakan adalah mudah – sejumlah besar dana tersebut didepositkan ke dalam bank-bank tertentu. Keluarga Dato’ Seri Shahrizat kemudiannya membuat pinjaman pembiayaan untuk membeli pelbagai hartanah mewah di bawah nama mereka walaupun secara peribadinya, mereka tidak mempunyai simpanan yang kukuh di bank tersebut.

Semakan dengan sebuah bank tempatan mengesahkan fakta-fakta berikut setakat 16 Februari 2012 (yang disokong dengan dokumen carian kredit rasmi bank tersebut yang disertakan bersama):

1. Lampiran A mengesahkan bahawa National Feedlot Corporation Sdn Bhd mempunyai simpanan deposit berjumlah RM71,395 ,617 dalam akaun 01181839801 dan RM90,972 dalam akaun 03984628723 di sebuah bank tempatan.

2. Lampiran B mengesahkan bahawa syarikat milik penuh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil iaitu National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd mempunyai deposit berjumlah RM1,872,254 di akaun bernombor 03147802316 di bank tersebut.

3. Lampiran C mengesahkan bahawa syarikat milik penuh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil iaitu Agroscience Industries Sdn Bhd mendapat kemudahan pembiayaan berbaki RM197,338 melalui pinjaman bernombor 02050032605, walaupun syarikat itu hanya mempunyai simpanan berjumlah RM927 di bank tersebut.


4. Lampiran D mengesahkan bahawa Dato’ Seri Salleh Ismail mendapat pinjaman peribadi berbaki RM4,391,240 untuk membiayai secara bersama pembelian hartanah melalui pinjaman bernombor 02062369427 dan menjadi penjamin kepada satu lagi pinjaman hartanah bernombor 02073919403 berbaki RM663,743, walaupun beliau secara peribadi hanya mempunyai simpanan RM421 di bank tersebut.


Secara jelas, ini membuktikan bagaimana dana awam yang diberikan kepada NFC untuk mengusahakan projek fidlot telah diselewengkan untuk dijadikan jaminan untuk mendapatkan pinjaman peribadi dan dibelanjakan dengan membeli hartanah-hartanah di atas nama peribadi mereka.

Semakan KEADILAN menunjukkan bahawa pinjaman peribadi Dato’ Seri Salleh Ismail dari bank tersebut telah digunakan untuk membeli 8 unit hartanah di KL Eco City Sdn Bhd seperti berikut (bukti pembelian dan rekod pinjaman dalam Lampiran E):

UNIT NILAI TEBUSAN PINJAMAN*
(FORCED SALE VALUE)

28-01 RM1,479,628
28-02 RM1,105,380
28-03 RM1,105,380
28-3A RM1,111,788
28-05 RM1,111,788
28-06 RM1,105,380
28-07 RM1,105,380
28-08 RM1,564,142

Jumlah
RM9,688,866





Nilai tebusan pinjaman adalah anggaran harga hartanah yang dapat diperolehi semasa lelongan dan lebih rendah dari harga pasaran. Berdasarkan harga pasaran semasa unit komersil di KL Eco City iaitu RM1,000 hingga RM1,100 setiap kaki persegi, KEADILAN menganggarkan harga pasaran semasa unit-unit ini boleh mencecah RM12 juta.

Kaedah menyalahgunakan dana awam untuk mendapatkan pinjaman peribadi seperti ini adalah menyalahi mandat yang diberikan kepada NFC untuk membangunkan projek berkepentingan nasional.

KEADILAN juga melahirkan rasa bimbang melihatkan rekod pembayaran pinjaman yang buruk; termasuklah tidak membayar bayaran pinjaman dalam bulan Julai dan Ogos 2011 selama dua bulan berturut-turut. Dalam bulan Disember 2011, perkara ini berulang kembali.

Memandangkan simpanan tetap NFC sebanyak RM71.4 juta berkait rapat dengan pembelian harta-harta peribadi ini, pengurusan NFC dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil, sebagai mewakili keluarganya, perlu memberi jaminan bahawa sebarang masalah pembayaran membabitkan pinjaman peribadi mereka tidak akan memberi apa-apa kesan kepada dana awam yang disimpan di bank yang sama.

KEADILAN juga mendesak supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak menunaikan janji beliau untuk membekukan semua aset NFC, termasuklah simpanan tetap berjumlah RM71.4 juta ini.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN


7 MAC 2012


KONDO LEMBU DI SINGAPURA





SAYA TIADA KENA-MENGENA DENGAN PROJEK KL ECO CITY: SHAHRIZAT – mStar

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil hari ini menjelaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan projek pembangunan KL Eco City seperti dakwaan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, berkata segala soalan berkaitan pembangunan mahupun pembelian hartanah itu perlu dirujuk kepada pihak pengurusan KL Eco City.

"Kepada Anggota Parlimen Lembah Pantai, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau atau mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan mengaitkan saya dengan KL Eco City ini," katanya dalam satu kenyataan.

Nurul Izzah dilaporkan meminta Shahrizat menjelaskan penglibatan beliau dalam pembangunan projek hartanah itu yang terletak berhampiran Jalan Bangsar dan bertentangan dengan Mid Valley City. - TIEWNAMA





11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rupernye dana awam ni disalahgunakan dengan tutup lubang gali lubang sendiri.. nak untung atas angin..

patut la lingkup belaka projek rakyat

Tanpa Nama berkata...

cheh!! sedapnya belasah duit rakyat. Boleh suka2 beli itu dan ini.

kami kaum buruh jadi mcm barua membanting tulang nak menyara keluarga. itupun kadang2 cukup dan kadang2 tidak!!

memang kami belajar tak tinggi, tapi kami mencari rezeki halal.

kamu belajar tinggi, tapi menipu membelanjakan duit cukai rakyat sewenangnya.

Tanpa Nama berkata...

Salam..

WAHAI RAKYAT-RAKYAT 1MSIA..
Dalam kata-kata HIKMAT..
Mana yang lebih MULIA..
Pada pandangan MANU1SIA..

ASMA LEMBUNYA ATAU ASMA BABINYA..??

JANGAN JADIKAN ASMA MANU1SIA..
LEBIH RENDAH DARI ASMA KEDUA2NYA..

KENALILAH ASMA WUJUDNYA KITA..
AGAR ANAK CUCU TERBUKA MINDANYA..

Pro_Pembaharuan berkata...

walaupun duit aku skarang masih lagi milik bank, aku mampu untuk rasa bangga kerana

1. Duit aku dapat tidak ada kena mengena dengan UMNO... sebab aku tak buat kerja PR percuma untuk UMNO.

Duit orang-orang yang sokong UMNO pun bukan kene mengena dengan UMNO, cuma diorang jadi PR percuma untuk UMNO konon-konon demi bangsa dan agama. Yang kaya, menteri-menteri UMNO gak...

2. Duit aku dapat bukan hasil menipu...

Duit orang-orang UMNO dapat pun bukan menipu, cuma diorang guna duit sendiri untuk tolong menteri mereka yang menipu...

3. Duit aku dapat bukan dari hasil kebodohan

Duit orang-orang UMNO dapat pun bukan dari hasil kebodohan. Cuma diorang bodoh tak dapat seposen pun tapi masih mahu tolong pertahan tipu daya menteri mereka yang bodoh.

Ini menyebabkan, UMNO sinonim dengan bodoh.

Juasseh Cafe berkata...

Mak cik kayo!!, belambak duit mak cik dalam kandang lombu tu,
lopeh tu makcik niago kan lagi, niago, niago, niago, lopeh tu mak cik kayo lagi, botambah tambah kayo mak cik.

Udin berkata...

Nak tunggu apa lagi.. selak la kain.. 1Malaysia muntah darah.

Tanpa Nama berkata...

kawan2, sila perhatikan apa kaitan menteri lembu, kawasan lembah pantai, KL Eco City, dan Yayasan Gerakbakti Kebangsaaan yang diterajui oleh pemuda gerombolan. Yang menjual tanah orang kampung yang dirampas ialah Yayasan Gerakbakti. Depa pi jual - tapi selepas halau orang kampung - dah dapat tanah free pulak tu.

Cilaka betoi

Tanpa Nama berkata...

The tract of land was initially to be developed by Pelita Dunia, a joint venture entity between SP Setia and Yayasan Gerakbakti Kebangsaan’s subsidary YGP Holdings.

YGP Holdings’ directors include Kota Belud Umno MP Abdul Rahman Dahlan, Umno Youth chief Khairy Jamaluddin (right) and Umno Youth assistant secretary Megat Firdouz Megat Junid.

YGP Holdings is also partly-owned by Defence Minister Ahmad Zahid Hamidi.

SP Setia had issued Yayasan Gerakbakti Kebangsaan RM75 million worth of shares in its company in return for the 40 percent stake in KL Eco City owned by YGP Holdings.

Ulasan dari Blog Malaysians Must Know the TRUTH
sila klik http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

OK Shahrizat Jalil munkin tak ada kena-mengena dengan penyalahgunaan wang RM 250 juta tu.Yang salah adalah suami dan anak-anaknya yang punya Syarikat Feed Lot ni.Rakyat mau lihat keluarga Shahrizat dihadapkan kemahkamah keadilan.Jika didapati bersalah,apa Shahrizat nak buat?Senseng lengan baju lagi? Kita nak lihat "head-lines" dimuka akhbar dalam dan luar negeri.

Tanpa Nama berkata...

http://my.news.yahoo.com/pua-shares-transfer-shows-nfcorp-planned-to-keep-045839198.html

wah kisah NFC ni kalau dibukukan atau buat novel harus tebal..

penipuan sharizat sekeluarga anak beranak.. dan bagaimana mengembangkan ekonomi empayar keluarga dengan dana awam..

Ini baru empayar Sharizat.. belum lagi empayar Taib.. tarak siapa berani gugat..

Tanpa Nama berkata...

Nak selak kain camne? Suar dalam dia pun rafizi dah londehkan..