Rabu, 7 Mac 2012
PENCERAHAN UNTUK PERUBAHAN
KE JALAN RAYA SEBELUM PILIHAN RAYA
Minggu lalu saya telah menjadi saksi di Mahkamah Tinggi Jalan Duta. Ini kes 6 Reformis menyaman Ketua Polis Negara Norian Mai. Saya adalah salah seorang dari 6 Reformis yang menyaman Norian Mai. Bekas Ketua Polis Negara ini telah memfitnah dan membuat onar terhadap para Reformis
Pada bulan 10 April 2001 - ketika Norian Mai berkuasa sebagai Ketua Polis Negara dia telah menangkap 10 orang Reformis. Para Reformis telah ditangkap dengan tuduhan merancang untuk menggulingkan kerajaan.
Keesokan hari - pada 11 April 2001 - Norian Mai telah membuat sidang akhbar. Pada 12 April 2001 semua akhbar telah membuat laporan tentang sidang akhbar Ketua Polis Negara ini. Para Reformis telah dituduh memiliki - rocket launcher, ball bearing dan bom molotov. Tetapi bukan tentang ini yang ingin saya tulis. Apa yang saya lakarkan ialah politik dibelakang penangkapan ini. Dan apa dia pencerahan realpolitik terhadap kes ini.
Untuk memulakan pencerahan, saya ingin memberitahu pembaca terutama anak-anak muda harus sedar dan faham bahawa bukan satu kesalahan untuk menggulingkan kerajaan. Jangan kita ditakut-takutkan apabila mendengar perkataan – ingin menggulingkan kerajaan.
Parti politik DAP atau PKR atau Pas – semua bertungkus lumus siang dan malam bekerja untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional. Mahfuz Omar ingin menggulingkan kerajaan. Dr. Zulkifli ingin menggulingkan kerajaan. Tian Chua ingin menggulingkan kerajaan. Tony Pua ingin mengguliangkan kerajaan. Nurul Izzah ingin menggulingkan kerajaan. Malah setiap malam mereka ke hulu ke hilir berceramah dan menghasut orang ramai dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan.
Nik Aziz telah berjaya menggulingkan kerajaan di Kelantan. Lim Guan Eng telah berjaya menggulingkan kerajaan di Pulau Pinang. Khalid Ibrahim telah berjaya menggulingkan kerajaan di Selangor. Nizar Jamaluddin telah berjaya menggulingkan kerajaan di Perak tetapi dirampas kembali. Ini adalah bukti bahawa menggulingkan kerajaan bukan satu kesalahan.
Sekali lagi saya ingatkan – jangan sesekali kita ditakut-takutkan dengan perkataan ‘menghasut’. Ceramah-ceramah yang disusun oleh Pakatan Rakyat bertujuan untuk memberi maklumat kepada orang ramai. Maklumat yang diberi itu bertujuan untuk menyedarkan orang ramai agar mereka menolak kerajaan United Malays National Organisation dan menggantikan dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Ini bermakna ceramah itu bertujuan untuk menghasut orang ramai agar bangun menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation.
Jika kurang faham biar saya cerahkan lagi makna menghasut. Utusan Malaysia - akhbar milik United Malays National Organisation - setiap hari kerjanya ialah menghasut. Tv3 juga milik gerombolan United Malays National Organisation kerjanya setiap saat menghasut. Iklan kasut baru dan iklan coli ketat Minah Cun yang terpampang di tepi jalan di belakang Mid Valley itu juga bertujuan menghasut.
Utusan Malaysia dan Tv3 menghasut rakyat untuk membenci dan menolak kerajaan Pakatan Rakyat. Utusan dan Tv3 menghasut rakyat untuk menyokong kezaliman yang dijalankan oleh United Malays National Organisation. Bagitu juga dengan iklan ‘kasut dan coli Minah Cun’. Iklan-iklan ini juga bertujuan menghasut orang ramai untuk menjadi pembeli.
Justeru menghasut bukan juga satu kesalahan. Malah menghasut rakyat untuk bangun menggulingkan kerajaan adalah tugas suci setiap warga Malaysia yang memiliki akal dan fikiran.
Ketika saya ditangkap bawah ISA pada 10 April 2001 dahulu alasan tuduhan ialah : saya menghasut rakyat untuk turun ke jalan raya. Atau dalam bahasa cool - saya berceramah untuk menghasut rakyat turun berdemo. Saya tidak pernah menafikan ini. Malah bukan sahaja dalam ceramah saya menghasut rakyat agar turun berdemo – saya juga membuat teater untuk menghasut orang ramai untuk membenci Mahathir Muhamad dan United Malays National Organisation.
Saya juga telah berkali-kali menulis untuk menerangkan kepada orang ramai tentang politik jalan raya. Tulisan saya telah melakar kembali persejarahan politik Filipana dan Jakarta dimana ditaktor Marcos dan ditaktor Haji Muhamad Suharto telah digulingkan oleh ombak rakyat turun ke jalan raya.
Malah saya juga – ketika itu di Pakistan – terlibat sama berdemo untuk menjatuhkan kerajaan zalim Shah Reza Pahlavi di Tehran pada tahun 1978. Untuk saya semua ini bukan kesalahan. Untuk saya ini satu tugas suci yang wajib saya lakukan sebagai manusia yang memiliki akal , fikrah dan keintelektualan.
Ahli falsafah Peranchis yang bernama René Descartes ( 1596-1650) berkata : Saya wujud kerana saya berfikir. Justeru saya pula berkata : Saya menghasut maka saya wujud. Menghasut untuk menggulingkan kerajaan yang zalim adalah wujudiah saya. Saya wujud dan amat bangga kerana saya menghasut orang ramai untuk bangun menentang gerombolan United Malays National Organisation.
Untuk kerajaan dan rejim yang zalim - orang ramai turun ke jalan raya dilihat sebagai satu kesalahan. Disini ingin saya jelaskan kepada warga Malaysia yang mungkin tidak sedar bahawa turun berkumpul ke jalan raya adalah hak kita sebagai warga negara ini. Hak ini ada tercatit dalam artikle 10 Perlembagaan Malaysia. Justeru berkumpul dan berdemo adalah hak asasi kita.
Mari kita lihat sejarah tunjuk perasaan yang membawa hasil kebaikan. Pada tahun 1998 dahulu satu gerakan ampuh ke jalan raya telah dimulakan oleh Gerakan Reformasi. Gerakan Reformasi ini ingin menghalau Mahathir dari terus menjadi Perdana Menteri. Tanpa tunjuk perasaan yang meghasut orang ramai untuk mengutuk dan memburukan Mahathir pasti hari ini Perdana Menteri Malaysia masih lagi Mahathir Muhamad. Saheh demonstrasi yang dikatakan bukan budaya kita oleh Mahathir telah menumbangkan Mahathir Muhamad sendiri.
Bukti-bukti saheh dimana demonstrasi membawa hasil positif terus terkumpul sebagi ilmu pengetahun. Ingati kembali para peguam yang turun berdemo di Putrajaya pada 27 September 2007. Ini dikuti dengan demo Bersih yang pertama pada 10 November 2007. Beberapa minggu kemudian pada November 25 Hindraf telah turun pula ke jalan raya.
Hasil mutlak dari semua tunjuk-tunjuk perasaan ini ialah kemenangan Pakatan Rakyat dalam piliharayan pada 8 Mac 2008. Tunjuk-tunjuk perasaan dijalan raya ialah tanda kemarahan rakyat. Apabila orang ramai turun ke jalan raya – para demonstran ini telah memperkasa diri mereka. Memperkasa diri ini akhirnya di terjemahkan sebagai undi untuk Pakatan Rakyat. Sesiapa yang berani menolak hakikat bahawa demo jalan raya akan membawa kemenangan di peti undi wajib dipereksa keupayan otak mereka.
Contoh terbaru dimana politik jalan raya telah membawa hasil positif ialah apabila 20,000 penunjuk perasaan keluar di Kuantan pada pagi 26 Febuari 2012 yang lalu. Para demonstran telah menentang kewujudan kilang nadi bumi Lynas. Orang ramai telah diberi pencerahan tentang bahaya santau radio aktif yang akan dikeluarkan oleh kilang ini. Orang ramai juga telah dihasut oleh Himpunan Hijau untuk turun ke jalan raya.
Hasilnya: Pada petang yang sama Najib Razak telah membuat kenyatan bahawa sisa-sisa santau radioaktif ini tidak akan disimpan di Gebeng. Kenyataan putar belit Najib ini bercanggah dengan kenyataan awal yang mengatakan bahawa sisa santau radio aktif ini selamat. Justeru - terbukti - jika orang ramai tidak turun ke jalan raya pasti Najib tidak akan bersuara. Tanpa demo penentangan pasti warga di Gebeng akan di santau oleh radioaktif.
Justeru, pencerahan yang ingin saya sebarkan ialah demonstrasi , tunjuk perasaan dan politik jalan raya menjamin akan membawa hasil yang positif. Berdemo adalah berbaloi. Apa yang saya ajukan ini bukan lagi teori. Ini bukan angan-angan. Ini adalah satu garis politik yang tepat. Ini pendekatan politik yang akan menghasilkan kemenangan untuk orang ramai.
Pada ketika setiap hari kerajan Pakatan Rakyat diserang. Pemimpin Pakatan rakyat diserang. Hanya politik jalan raya sahaja yang akan memastikan kerajaan Pakatan Rakyat selamat. Politik jalan raya juga akan memastikan Pakatan Rakyat berjaya merangkul kemenangan baru.
Saya mengajukan politik jalan raya ini kerana saya memiliki bukti yang saheh. Ketika saya disoal siasat selama 60 hari di Bilik Sulit hingga ke Kamunting pekara yang ditimbulkan berkali-kali oleh mukhabrat United Malays National Organisation ialah pandangan saya tentang demonstrasi. Untuk saya cukup senang – jika musuh saya tidak suka pekara yang saya lakukan maka ini bermakna apa yang saya lakukan itu adalah tepat. Jika musuh saya tidak marah dan tidak menyerang saya maka ini bermakna saya dan musuh telah sebati. Hukum politik ini tidak akan berubah-ubah hingga hari kiamat.
Demonstrasi telah membawa banyak hasil yang positif. Ini telah dibuktikan dengan betapa gentarnya Mahathir bila berhadapan dengan rakyat yang bangun menunjuk perasaan. Najib Razak juga tahu dan sedar akan keupayan politik jalan raya membawa perubahan. Justeru Najib dengan tergesa-gesa telah membuat akta baru sesudah tunjuk perasaan Bersih 2.0. Akta baru ini adalah percubaan Najib untuk meneruskan kuasa United Malays National Organisation yang zalim.
Kalau dahulu saya menulis buku bertajuk: Pilihanraya atau Piliahan Jalan Raya. Kali ini saya mengajukan slogan: Ke jalan raya sebelum ke pilihan raya.(TT)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-22-72-40-45
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
13 ulasan:
aku harap tt akan terus turun jalan raya berdemo dan terus menghasut rakyat untuk turut serta turun jalan raya berdemo apabila terdapat isu-isu perlu diperjuangkan apabila PAKATAN RAKYAT memerintah kelak....aku nak tt buktikan bahawa sokongan & prinsip dia xberkiblatkan PAKATAN RAKYAT sahaja tetapi berteraskan kebenaran.......aku akan sentiasa memerhatikan dari jauh....
Satu huraian yang meyakinkan bahawa adanya peranan suci berdemo itu terhadap rejim zalim meskipun pemahaman ini belum tembus kepada orang Melayu di desa,di Felda,pada Profesor Kang Kung di IPTA sana namun lambat laun bakal akan terima jua satu momen nanti.
Aden salut pada mereka yang menganut anjuran TT ini kerana logiknya begitu kalu rejim zalim dibantah cara lama seperti berdoa aje dan tak sedar ditipu dalam banyak hal maka tak rasa nanti perubahan yang diidamkan tu.
pencerahan terbaik
jom kita ke jalanraya
ayuh!!!pukul canang!!!
patah sayap bertongkat paruh
patah paruh bertongkat kuku
tak boleh berlari kita berdiri
tak boleh berlari kita duduk
takboleh duduk kita berbaring
lawan tetap lawan
syabas bro tt,
orang melayu perlu banyak pencerahan
semakin kelam dengan tv3 dan utusan
semakin leka dengan perkauman
semakin leka dengan keagamaan
orang melayu perlu sedar
yang menipu orang melayu
adalah orang melayu juga
orang cina tak ambik beras orang melayu
orang india tak ambik tanah orang melayu
yang ambik segala adalah golongan bangsawan
bangsawan yang diturunkan dari langit
dari cucu sehingga cicit\ingin menjadi pemimpin tunggal
tun razak ada najib
tun hussein ada hisam
mahathir ada maha maha
pak lah ada khairo
najib ada ... siapa ?
nasib baik tun rahman tak ada siapa
kalau ada siap mahathir palang
kah kah kah
Ari tu pencerahan pembaca TT posted kat depan pendapat gua... terima kasih walaupun tulisan gua kutuk Ustaz Badrul Amin dia tidak siarkan...
Sambungan subjek Matematik Moden bab Perbandingan dan moga-moga Ustaz-ustaz yang serbannya tebal kalahkan serban malaikat dapat membaca dan memahaminya.
Bab Perbandingan
DAH TENTU-TENTU dan BELUM TENTU
1. Bila kau orang semua undi PR dan menang, kau undi kerajaan yang kurang hidup rasuah dan jugak kurang skandal kerana
- PR BELUM TENTU rasuah dan skandal sebab tak pernah perintah Malaysia
- BN DAH TENTU-TENTU pernah buat sejak 50 tahun dulu.
2. Bila undi PR dan menang, kita dapat pembangkang yang cukup faham dan berpengalaman akan selok belok rasuah dan skandal kerana
- BN DAH TENTU-TENTU amalkan rasuah dan skandal sejak 50 tahun dulu
- PR BELUM TENTU amalkan rasuah dan skandal kerana tidak pernah ada peluang sejak 50 tahun lagi
Kalau bab DAH TENTU-TENTU dan BELUM TENTU tak faham gak, sah-sah malas belajar SPM dulu tapi memekak sekarang...
Masukkan bab perbandingan ini ke dalam "Pencerahan Untuk Perubahan", maka jadilah ia...
1. BELUM TENTU BN tergolek dog kalau PRU tanpa demo...
2. DAH TENTU-TENTU BN tak tergolek dog kalau PRU tanpa demo...
Tak faham gak, memang sah bangang!
Apa yang dapat dg menggulingkan kerajaan??
1. Hudud , tak nampak muka
2. Negara Islam, telah dimuzium kan
3. Rasuah, tak semistinya TAK belaku
4. Ketelusan, banyak yg tak telus dlm kerajaan PR sekarang
5. Persahabatan dg Israel - kemungkinan akan dilaksanakan
6. Pesahabatan dg dunia Arab - semakin renggang
7. Ekonomi - bergantung kepada dunia barat dan Yahudi
8. Seks luar tabi'e munkin di halalkan
9. Status Org Melayu - mungkin bertambah miskin
10. Status bahasa Melayu - mungkin di pingggirkan.
mana buku tu? masih ada dijual tak?
..TO TN 7MAC2012 5.54 PTG
1. TERIMA KASIH BANYAK2 KERANA MENYEDARKAN AKU RUPA2NYA MASIH ADA SAUDARA SEBANGSA KU YANG MASIH BELUM BANGUN TIDUR ATAU TENGGELAM DALAM LENDIR RASUAH/MAKSIAT UMNO/BN
2. CUMA NAK NASIHATKAN, KITA, KALAU DAH BANGGANG, JANGAN TUNJUKAN...DUA KALI BANGGANG JADI NYA
tanpa nama diatas ...kalau dah tahu BN tu kaki rasuah yang masih redha dan pasrah dengan rasuah BN tu buat apa ..itu bodoh gler namanya ...
kalau PR memerintah n dia rasuah apa susah gulingkan je balik ...bagi peluang pun tak dah banyak bunyi
Bro tt,
Mintak tolong sesangat...berilah pencerahan minda pd geng2 United Malayan Ngok ini..sedih dan pilu...adakah mereka ini blajar setakat Spm sahaja...sedangkan ada yg berkelulusan setaraf Profesor...walaupun kangkung...adakah hati dan minda mereka sudah tertutup atau takut sorru..miss..kerana bukti sudah jelas didepan mata akan ketempangan umngok dlm mantadbir negara selama ini..rasuah dan kronism berleluasa...adakah manusia2 ini sememangnya bangang..atau menggunakan toyol semasa ambik periksa...ataupun level bodoh piang...wat kata orng utara..gunakanlah semua pancaindera yg tuhan berikan untuk membuat perbandingan dan kajian..
teruskan lagi pencerahan, bagi manusia terutamanya spesies melayu faham politik dan demokrasi, jgn duk jadi pak turut dan mat hangguk je. kalau pihak berkuasa terus untuk tutup pintu untuk berbincang dan buat keputusan sesuka hati, kita tidak ada jalan yang lebih bijak dari turun berdemo. kalau kat eropah, bandar2 besar diorang setiap hari sabtu ada demo, besar atau kecil. jangan percaya kata2 mahathir, asal keturunan dia pon dia tipu kita, pasal benda politik lagi laa.
teruskan berdemo! jadikan berdemo satu budaya yang sehat. bukan nak mengganas tapi satu medium for check and balance. bila ada check and balance barulah pemimpin tak berani buat something ikut suka hati mcm shahrizat lembu.
tapi satu lah, kalau kena kejar lari, tembak air lari, baik tak yah berdemo lah, layan tv kat rumah lagi baik beb....
Catat Ulasan