KOMENTAR TUKAR TIUB
kita bersimpati dengan keluarga ini
kemalangan telah berlaku
persoalan yang timbul
apa jenama alat pemasang air panas ini?
soalan timbul
syarikat mana yang memasang?
kalau dalam akhbar kapir laknat yang makan babi
semua fakta ini akan dilapor
untuk memastikan
kemalangan saperti ini tidak akan berlaku
orang ramai berhak untuk selamat
dari mati terkena leterik
terutama sekarang musim hujan
makin ramai yang mengunakan
alat pemanas air
NOTA
awas
jangan mati ibrahim ali
Pasangan Jepun mati dalam bilik mandi
KUALA LUMPUR 9 Sept. - Sepasang suami isteri warga Jepun ditemui mati dipercayai akibat terkena renjatan elektrik alat pemanas air di bilik mandi rumah mereka di Kondominium Sri Bayu, Bukit Kiara di sini hari ini.
Identiti pasangan itu yang kedua-dua berusia 38 tahun tidak didedahkan pihak polis namun pasangan itu dikatakan mempunyai seorang anak berusia enam bulan dan lelaki berkenaan bekerja di sebuah kilang Jepun di Shah Alam, Selangor.
Dipercayai ketika kejadian, mangsa wanita terbabit cuba menyelamatkan suaminya namun gagal menyebabkan kedua-dua mereka maut akibat terkena renjatan.
Mayat lelaki itu yang masih memegang pili pemanas mandian ditemui dalam tab mandi sementara wanita yang memakai baju tidur terlentang berdekatan suaminya.
Kejadian itu hanya disedari seorang pembersih rumah yang datang ke kediaman pasangan itu kira-kira pukul 10 pagi ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohmad Salleh berkata, siasatan awal pihaknya percaya kejadian itu berpunca daripada kerosakan alat pemanas air dalam bilik mandi itu.
"Polis percaya kedua-duanya mangsa yang berusia 38 tahun itu mati akibat terkena renjatan elektrik. Tiada sebarang kesan pecah rumah atau kecederaan lain dikesan pada kediaman dan tubuh pasangan itu.
"Siasatan awal polis percaya isteri mangsa cuba menyelamatkan suaminya namun gagal dan kedua-dua mereka terkena renjatan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.
Sehubungan itu Mohmad berkata, pihaknya mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut (SDR).
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman ketika dihubungi berkata, terdapat tiga punca yang boleh menyebabkan renjatan elektrik dari alat pemanas mandian iaitu pemasangan tidak mengikut spesifikasi, kebocoran air serta tiada penyelenggaraan.
Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya jarang menerima kes seumpama itu kerana kebanyakan premis mempunyai sistem pemotongan elektrik serta-merta jika berlaku litar pintas.
"Tambahan pula peralatan tersebut diletakkan dalam bilik air yang kebiasaannya tiada benda yang mudah terbakar," katanya.
KIBARKAN
SANG SAKA MERAH PUTEH
SANG SAKA MERAH PUTEH
SILA KLIK IKLAN YANG DILIHAT
dana dari iklan akan di wakaf
kepada dapor jalanan
projek memberi makanan kepada
warga kota tanpa tempat tinggal
----------
3 ulasan:
Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak akan menjalankan siasatan baru ke atas kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
"Tidak, jika tiada keperluan, kenapa kita perlu buka siasatan baru?," kata Khalid dalam satu sidang media hari ini.
“Semua orang perlu hormati keputusan mahkamah,” katanya.
Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos lalu membebaskan dua pegawai polis yang didakwa membunuh Altantuya dan meletupkan mayat wanita tersebut.
Ramai anak-anak muda yang sanggup kehilangan peluang dan pekerjaan kerana menyokong perjuangan Anwar Ibrahim sejak beliau dipecat pada 1998. Ada juga yang menyertai gerakan reformasi semata-mata kerana benci dengan Umno dan Barisan Nasional. Pemikiran mereka telah diindoktrinasikan bahawa kerajaan Umno-BN adalah kerajaan yang korup dan tidak amanah. Negara akan menjadi muflis jika Umno terus memerintah.
Tetapi bila tiba masa yang amat penting, untuk mendapatkan mandat daripada rakyat, Anwar Ibrahim tidak dapat lari daripada tuntutan perubahan yang sebenarnya. Beliau masih percaya dan yakin pemimpin-pemimpin dari Umno yang dikenalinya daripada anak-anak muda dan rakyat biasa yang telah berjuang mempertahan beliau selama ini. Dalam pemilihan calon-calon pilihan raya, bekas pemimpin Umno atau BN yang baru menyertai PKR beberapa bulan akan dipilih sebagai calon.
“Bagaimana kita buat reformasi, jika pemimpin penyamun dari Umno yang telah berusia lebih 74 tahun masih dipilih sebagai calon PKR, sedangkan dia baru sertai kita tiga bulan yang lalu?” Begitulah ayat seorang anak muda kepada penulis.
Kesimpulan yang boleh dibuat ialah Anwar Ibrahim gagal memahami sentimen dan aspirasi golongan muda yang menuntut perubahan. Anwar seharusnya keluar terus daripada bayang-bayang Umno dan serahkan perjuangan parti itu kepada golongan muda yang tidak pernah menjadi ahli atau menyertai Umno. Sudah tiba masanya, pemimpin muda seperti Rafizi Ramli dan Nurul Izzah diberi peranan yang lebih penting dalam memilih bakal-bakal pemimpin akan datang.
Kalau kat negeri Siam ni, bukan setakat jenama pemanas air dan nama supplier, nombor model dan nama nenek supplier dan kontraktor tu pun kena sebut dalam berita!!
Memang makan babi ni lebih transperensi barang kali!
Catat Ulasan