Sabtu, 7 Jun 2014

BERI PANDANGAN





BERI TAHU

mula 
dari hari ini
tukar tiub 
akan memulakan
pandangan komen
 dari pembaca

SILA BERI PENDAPAT

sultan johor 
 mahu campur tangan 
dalam urusan negeri 
apa pandangan komen
pembaca?

nota
jauhkan dari sumpah seranah
jangan jadi hasan malek
ikuti al-farabi

KUALA LUMPUR 6 Jun -  Mahathir Mohamad (gambar) berpendapat, penglibatan institusi beraja dalam pentadbiran kerajaan negeri dikhuatiri mendorong kepada perasaan tidak menghormati...

Kerajaan Johor digesa tangguh

KUALA LUMPUR 6 Jun - Kerajaan negeri Johor digesa menangguhkan pembentangan rang undang-undang baharu dalam si­dang Dewan Undangan Negeri (DUN), Isnin ini berhubung pemberian kuasa kepada Sultan Johor untuk...



MB MASIH ADA KUASA EKSEKUTIF

Komen
Johor Bahru: Pembabitan Sultan Johor dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Johor, enakmen baharu yang akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin ini, tidak menjadi isu kerana Menteri Besar masih memegang kuasa eksekutif dalam pentadbirannya. »


--------

16 ulasan:

din berkata...

go to hell

yoko ono berkata...

setuju tuanku ambil executive position.apasal risau sangat?takkan nak kasi lim kang ho,ghani dan hisham je tanah johor?sultan ni kaya so dia tak ada hal nak jaga tanah negeri johor.sokong.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya ramai termasuk pemimpin UMNO yang tak faham apa itu raja berperlembagaan, iatu satu konsep Raja hanya sebagai Ketua Negara/Negeri dan tidak mempunyai kuasa mutlak dalam urusan negara/negeri. Jika raja-raja nak juga terlibat dalam urusan negara atau nak berbisnes mereka harus lepaskan jawatan sebagai Ketua Negara/Negeri. Mungkin perpisahan antara jawatan Ketua Negara dan Ketua Eksekutif Negara/Negeri itu tidak tertulis dengan jernih/jelas sehingga tiada ruang bagi Raja-raja untuk nak sibuk atau mempengaruhi proses pentadbiran Negara/Negeri.Itu sebabnya Madey pada satu ketika dulu cuba nak matikan kuasa/pengaruh Raja tetapi dalam proses itu dia pula menjadi kuku besi dan membikin huru-hara keadaan.Kini seorang Raja sibuk pula nak terlibat dalam pentadbiran Negeri mungkin boring jadi raja yang cuma jaga adat istiadat dan agama Islam bagi orang Melayu. Dia mahu venture lebih tanpa mengiraukan akan posisi raja vis-a-vis perlembagaan Negeri.Perkara begini boleh berlaku mungkin kerana Ketua di Putrajaya tu nampak lembik dan dengan mula-mula acah mungkin boleh dapat diuji yang Raja boleh lagi berligat dalam urusan pentadbiran negeri kerana masih ramai lagi orang Melayu yang memandang tinggi akan 'kedaulatan' raja yang semakin memberi gambaran bahawa raja adalah 'vanguard' nasib murung orang Melayu yang banyak ketinggalan dalam ilmu dunia dan bukannya ilmu akhirat, walaupun agenga Raja itu mungkin nak kembangkan empire hartanya dengan hebat lagi.Jadi jika orang Melayu majoriti masih bangan dan Ketua Putrajaya masih lembik maka Raja boleh luaskan pengaruh dan kuasanya yang sebelum ini telah menghadkan aktiviti politiknya.

Tanpa Nama berkata...

Dalam keadaan sekarang ini pun Kerajaan Negeri seolah2 menikus dengan segala tindak-tanduk pihak istana, apatah lagi jika diberikan kuasa nanti?
Yang amat mengecewakan, ada pihak2 tertentu (pemaju, kontraktor dll. ) yang mengambil kesempatan di atas campurtangan Istana dlm pentadbiran kerajaan negeri. Habis segala peraturan & syarat2 pembangunan tidak diendahkannya. EIA? KM? SBKS? Semuanya tidak ada maknanya bagi mereka, janji projek tetap berjalan tanpa sebarang halangan. Kesian pegawai2 kerajaan yg diamanahkan menjalan tugas, terpaksa mengikut rentak pemaju yg rakus tanpa banyak soal...atau dititah mengadap!

Tanpa Nama berkata...

Mak ai!!!!!!.. Dah lah free loader... Rakyat duk tanggung makan berak keturunan depa.. Lepaih nie nak pulak sapu tanah rakyat.. Baguih sunguh.. Rasa amat sangat bangga dengan kerajaan JIB AH GO.... Daulat Tunku Jilat JUBOQ KU...-Rebellious Monkey-

Tanpa Nama berkata...

berilah tuanku nk kje...dia dh jemu jd freeloader....

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya ini mungkin memberi kesan lebih buruk kapada pihak istana sebab raja/sultan sebab kene bertanggungjawab atas keputusan/kepimpinan.

Apa jadi kat Mohammed Reza Pahalvi (Sitem raja tunggal kan??)?? Dia dan keluarganya diguling kan oleh rakyat Iran (kerana pelbagai sebab) dan nak tak nak dia digulingkan kerana kuasa tertinggi/pemerinthan di tangan dia, bukan perdana menteri,bukan presiden. Berbanding perdana menteri atau presiden boleh ditukar dengan mudah menggunakan system undi (jika pilihanra yang adil lahkan) berdasarkan pilihan mereka.Boleh undi raja, anak raJa kalau rakya tak suka??

Cuba tengok kat raja Thailand(Sitem raja tunggal kan??) sekarang?? Ada dia susah-susah piker tunggang terbalik atau risau pasal kedudukan dia sekarang walaupun negara Thailand dalam krisis pemerintahan?? Ada orang nak gulingkan dia?? Dia tidak perlu risau sebab yang menguruskan dan mentadbir Negara Thailand adalah oleh pihak parti yang mendapat kuasa majority (mengikut sistem yang dipilih) berdasarkan pilihan rakyat.

Berbanding Najib/Anwar&Sultan-Sultan, Najib&Anwar tiada undang-undang khas melindungi mereka daripada akta hasutan atau hinaan. Kalau pihak raja masuk dalam system eksekutif/pemerintahan, rakyat takut nak meluahkan perasaan tdak puas hati atau kritikan sebab mungkin takutlah nanti dituduh derhaka,pengkhianatan dan sebagainya selain tindakan undang-undang.SAYA INGIN NYATAKAN DISINI TIADA SESIAPA MAKSUM MELAINKAN NABI MUHAMMAD S.A.W YANG DIJAMIN OLEH ALLAH SENDIRI.SULTAN ADA DAPAT PENGIKTIRAFAN MACAM TU??Kalau rakyat pendam je perasaan tu nanti lama-lama tak pasal-pasal perkara buruk berlaku(paham-phamlah ye)….

P/S: WEI TUKARTIUB APA KES KHALID IBRAHIM DAN KIDEX?? LANGKAH KAJANG TUKAR MB APA CERITA??PILIHANRAYA PKR aPA CERITA ….. KIH KIH KIH

Tanpa Nama berkata...

Ampun tuanku..klu ikut patik tuanku tak sesuai masuk campur dalam urusan memanda menteri besar..bukanya apa tuanku..takut-takut nanti takda orang yg berminat dgn politik lagi sebab mereka rasa dah tak masyuuk..jadi patik rasa bagi can la kat mereka semua..lebih baik la tuanku buat jelajah tengku mahkota sampai tuanku tak larat...ampunkan patik tuanku !

Nazrio berkata...

raja buat macam ni bagus...biar umnQ kencing daLam seLuar....

TT bagi peLuang pembaca bagi pandangan pun bagus, tapi TT pun kena sama2 tuLis dan uLas..supaya pembaca dapat pencerahan dan tak syok sendiri...kiki

Tanpa Nama berkata...

Sj aku x caya, mb aku x caya, sa saja aku caya. Tau sapa sa? Mb yg aku harapkan menang pru yg lalu

Tanpa Nama berkata...

Jika Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan negeri melalui satu rang undang-undang berkaitan dengan penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor disamping memberi kuasa kepada baginda menyelia akaun dan terlibat secara langsung dalam pembangunan hartanah di negeri itu....

Pada pandangan aku kehidupan rakyat negeri itu akan diberi perhatian sewajarnya walaupun bukan semuanya akan dapat layanan istimewa dan bernasib baik.

Bukan ramai anak muda ambil tahu bahawa kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh pemimpin UMNO Baru telah menggezetkan negeri Johor sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor.

Apabila ia siap kelak, keseluruhan kawasan pembangunan dikatakan menyamai 2 setengah kali ganda keluasan Singapura. Ianya diramal akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan ekonomi yang terbesar di rantau ini dan bakal menarik lebih banyak firma besar bertaraf antarabangsa menjalankan perniagaan di situ.

Sebelum diperbodohkan terus oleh pemimpin UMNO Baru...., kita perlu bertanya, siapa yang sebenarnya bakal menikmati keindahan dan kehebatan Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor ?

Berapa ramai bangsa melayu Johor yang mampu dan berdaya saing merebut peluang yang disediakan oleh Barisan Nasional dengan warga dari Singapura yang dijanjikan dengan pelbagai keistimewaan ?

Pada perkiraan aku, rakyat Johor khasnya penyokong setia UMNO Baru akan dihina dan dihalau seperti anjing kurap keluar dari negeri itu secara berperingkat-peringkat dengan menggunakan khidmat mahkamah seperti yang pernah mereka lakukan terhadap warga yang pernah menetap didaerah Pengerang Johor.

Keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bharu ketika itu tidak memihak kepada penduduk disitu bagi membatalkan projek Pengerang yang akhir penduduk disitu jadi pelarian dinegeri sendiri.

Untuk jangka masa panjang, Sultan Johor tidak boleh bergantung sepenuh nya pada parti UMNO Baru demi mengekalkan tahta kerajaan keturunan nya kerana parti itu sudah tua dan lemah. Oleh kerana itu sultan perlu melakukan sesuatu yang memberi kebaikan pada rakyat negeri jajahannya dari sekarang demi mengekalkan kedaulatan dan penghormatan diri nya sebagai sultan Johor.

Jika tidak ambil peringatan dimana parti ketuanan melayu telah gagal mempertahankan hak kerajaan negeri Johor terhadap Pulau Batu Putih yang kini terlepas ketangan Singapura secara mudah melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa, maka begitulah bakal terjadi pada baginda nanti.

Siapa yang akan mempertahankan kewibawaan nya sebagai Sultan Johor apabila dipersenda dan dipermainkan oleh rakyat baru yang memiliki aset dinegeri Johor yang berjiwa kapitalis dari seluruh dunia...?

Jika Sultan Johor terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan negeri melalui satu rang undang-undang baru yang bakal akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor maka baginda boleh menunjukkan kuasa tanpa rasa takut kepada kerajaan pusat, khususnya perdana menteri yang tidak ada kemampuan mengurus tadbir kehidupan rakyat khasnya di Johor.

Dengan berkuasanya baginda dalam kerajaan negeri walaupun diiringi oleh menteri besar maka akan ujud satu fenomena baru dimana kroni UMNO Baru bakal menghadapi kesukaran untuk duduk dibarisan hadapan bagi mendapatkan keistimewaan dalam pengagihan projek, komisyen, ketirisan, dan rasuah.

Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor adalah projek UMNO Baru yang akan menjual agama islam, bangsa melayu dan kesultanan negeri Johor kepada negara asing. Benar atau tidak sila siasat....

Tanpa Nama berkata...

Ni freeloader kalau sibuk nak berpolitik, masuk bertanding lah ooii. ....... cencalok punyer freeloader. Waa ka ka ka. .

Tanpa Nama berkata...

Semuanya berpunca dari sifat tamak..Tamak utk merembat harta rakyat.Tak cukup yg lepas lepas skg nak sapu yg sedia ada.

Pada aku padanlah dengan muka rakyat Johor sendiri.Berkiblat pd UMNO sehingga akhir nanti.Dlm keadaan begini pun ramai yg tak sedar sedar lagi..

Lantak koranglah Johoreans.Korang wajar diperlakukan begini oleh UMNO..Ini akibat bila mengundi tak menggunakan otak

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah..sebenarnya sultan johor ni keturunan lanun temenggong yg dilantik sebagai temenggong dan akhirnya memberontak pada tahun 1855 dan menggelar sultan johor sehingga ke hari ini. jadi sultan johor hari ni ialah asal keturunan ke-6 dari dinasti temenggong lanun. oleh sebab lanun maka perangai merompak harta dan tanah org dh jadi darah daging mereka ini..berapa banyak tanah johor dh dijual kepada singapura.. bukan dap, pkr pas yg jual tapi sultan lanun ni yg jual dan dipersetujui oleh united malay nasional organization..parti ketuanan melayu.. parti ni berpakat dgn lanun jual tanah melayu kp cina kafir singapura.. tahun lepas jual kepada Pemaju yang berpangkalan di China Guangzhou R&F Properties Sdn Bhd enam lot tanah di Johor Bahru berjumlah RM4.5bil daripada Sultan Johor.. kah kah mana pukida mana pukimak mana pukisa..tak nak bantah ke sultan ketuanan melayu lanun ni..kah kah bukan dap pun yang jual tanah melayu tapi melayu lanun.. patek anak anjing mohon derhaka tongku..down load tongku..kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

jangan tamak sangat.
segala macam pangkat nak dikejar.
segala macam jawatan nak disandang.
nak jadi bos. nak jadi tuan.
nak jadi kepala. nak jadi ketua.
tubuh lembaga nak jadi pengarah.
buat persatuan nak jadi presiden.
tubuh jawatankuasa nak jadi pengerusi.
buat syarikat nak jadi ceo.
hujung-hujung mati jadi hamba reput.
silap-silap jadi hamba kayu api.

Abang Taleb berkata...

Ini suatu perkembangan bagus....di situ sultan ada peranan, dan ia sepatutnya sebagai check and balance....apa guna sultan dapat gaji, kalau tak ada peranan dalam pentadbiran?