PERTAHANKAN
NAJIB
Kepimpinan
Najib Razak sedang dilihat bangang dan bebal. Najib dilihat lesu
malah lebih lembik dari Abdullah Badawi. Abdullah dibuktikan saheh
tidor ketika bekerja. Najib bukan sahaja tidor ketika bekerja malah
Najib dilihat oleh warga dunia sedang tidur berjalan. Najib sedang
membuktikan bahawa dirinya adalah Perdana Menteri yang paling tidak
berguna.
Kalau
Najib ini kereta dia telah dianggap rahai.Mungkin tidak bernilai
lagi di kedai besi buruk. Kalau Najib ini buah pinang dia telah
dianggap kotai. Justeru bukan satu tindakan lucah untuk
menganugerkan kepada Muhamad Najib bin Abdul Razak derajah
kebesaran bertaraf PMM – Perdana Menteri Manai.
Tetapi
walau pun PMM, saya TIDAK akan mencadangkan Najib diganti. Saya
tidak akan melakukan 'apa-apa' untuk menyingkirkan Najib. Bukan
kerana saya ada simpati dengan Najib. Siah Malaikat empat puluh
empat. Kuur semangat. Siah paleh – tidak ada sempati langsung
terhadap isteri..opps...suami Rosmah Mansor ini.
Saya
mengambil sikap ini kerana belajar dari pengalaman. Ketika Abdullah
Badawi menjadi PM, ramai Reformis, aktivis Ngo, blogger, pelajar,
anak muda dan termasuk saya sendiri telah 'menduku' Abdullah Badawi.
Pak Lah ( nama manjanya) telah dijadikan bahan gelak ketawa. Bapak
mentua Khairy Jamaluddin ini telah dijadikan ikon lawak jenaka.
Malah saya sendiri telah mementaskan komidi politik Tok Sloo dalam
usaha untuk memperlekeh Abdullah Badawi.
Ketika
Pak Lah diduku - Anak Lelaki Iskandar Kutty juga telah bersama
menibai Pak Lah. Sejarah menunjukkan bahawa Anak Lelaki Kutty ini
sendiri bertanggung jawab memilih Abdullah Badawi sebagai pengganti.
Tetapi Anak Lelaki Kutty telah 'naik angin' apabila melihat cara Pak
Lah menguruskan negara.
Tidak
ada jalan lain maka Anak Lelaki Kutty telah menjadi Panglima Siber
dan memimpin serangan dari pelbagai pelusuk. Akhirnya Pak Lah
'hilang nafas' dan meletakkan jawatan satelah bertubi-tubi disiku
oleh Muhyiddin.
Melihat
kembali babak sejarah ini – menilai apa yang telah berlaku saya
berpendapat mengundurkan Pak Lah adalah satu kesilapan stratijik.
Lebih baik dapat Sang Tidor dan Sang Manai terus memimpin. Saya
tidak mahu menyerang Najib hingga jatuh tersembab bukan kerana takut
dituduh menyerang 'orang cacat'. Tetapi pengalaman dengan Pak Lah
adalah satu pembelajaran.
Kebelakangan
ini Pahlawan Siber – Zam dan Kadir Jasin – sedang menyerang
Najib. Ledakan demi ledakan serangan ganas juga datang dari Che Dead
opss... ...Chedet. Zam bekas Menteri Penerangan manakala Kadir pula
bekas Ketua Pengarang NST sedang berusaha gigih senja dan subuh
untuk menyingkirkan Najib Razak. Mereka berdua ini seiring dengan
Chedet telah memperlekehkan setiap langkah yang diambil oleh Najib
Razak.
Semua
yang dilakukan oleh Najib dilihat salah. Apa sahaja langkah Najib
akan dilihat sebagai menjual hak kepentingan Orang Melayu. Betul ke
Najib ini sedang menjualkan hak kepentingan Melayu?
Jawabnya:
Betul.
Dari
semenjak British mengundur diri dari mentabir Tanah Melayu – United
Malays National Organisation telah menjualkan hak kepentingan Melayu
satu persatu. Apa yang dilakukan oleh Najib ini bukan sesuatu yang
baru.
Tunku
Abdul Rahman bertanggung jawab menjualkan Singapura walhal pulau ini
adalah sebahagaian dari Tanah Melayu. Ayah kepada Najib sendiri
memberikan sebuah gunung bernama Genting kepada syarikat judi.
Manakala Anak Lelaki Iskandar Kutty paling rakus dan ganas dalam
usaha menjualkan kepentingan Orang Melayu. Bukan hanya memberi lesen
judi kepada kroninya bernama Vincent Tan. Lebih dari ini.
Anak
Lelaki Iskandar Kutty yang hari ini menjadi pejuang siber 'mengetok
dan menghentam' Najib adalah pembawa mudarat paling ulung ke dalam
negara ini. Dasar penswataan yang mengkayakan para kroni dan anak
bini pemimpin Parti Ketuanan Melayu telah merosakkan fabrik susunan
lembaga daulah negara ini. Media, lembaga kehakiman, lembaga
keselamatan, lembaga pembelajaran – adalah diantara lembaga daulah
yang telah diporak peranda oleh Mahathir Muhamad. Rasuah dan penyalah
gunaan kuasa melimpah ruah dizaman Mahathir.
Satu
bukti saheh dimana hak Melayu digadai ialah apabila tanah rizab
Melayu semakin terhakis. Kesemua kepimpinan dan ahli-ahli Parti
Ketuanan Melayu ini bertanggung jawab. Tetapi jenayah unggul ini
dikepali oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty melalui Kanun Tanah Negara.
Ketika
British mengundur tahun 1957 Perlembagaan telah menetapkan nisbah
50% tanah dinegara ini kepada Tanah Rizab Melayu. Hari ini yang
tinggal antara 11% ke 12 % sahaja. Semenjak British berundur negara
ini hanya diperentah oleh United Malays National Organisation.
Justeru jika Bani Ketuanan Melayu menyalahkan DAP, atau PAS atau PKR
atau MCA atau MIC atau Gerakan atau Orang Cina yang menjualkan tanah
rizab Melayu maka mereka ini adalah gulungan Bani Melayu jenis
Munfikin.
Kepimpinan
Najib ini dari segi pandangan stratejik adalah kepimpinan yang paling
molek untuk diteruskan. Najib wajib terus menjadi PM manai. Ini amat
baik untuk Pakatan Rakyat dalam jangka panjang.
Saya
berhujah sademikian kerana belajar dari pengalaman dan babak sejarah.
Mahathir Muhamad secara bijak telah berjaya dicap sebagai Mahafiraun
dan dijadikan ikon kezaliman. Ini satu kejayaan. Lihat bagaimana
Mahathir – satelah Anwar dipenjara - terpaksa berjoget dan
bertandak apabila para Reformis memukul gendang dalam laman web
Reformasi.
Mahathir
sedar jika dia terus menjadi PM, pasti PRU11 – parti Ketuanan
Melayu ini akan bungkus. Secara licik Mahafiraun ini mengundur diri
2003. Pak Lah menjadi pengganti. Hasilnya : lihat pada tahun 2004 -
United Malays National Organisation mengembang kembali dan mendapat
kemenangan besar. Justeru jika Najib diganti dengan PM yang baru
Parti Ketuanan Melayu ini akan bernafas kembali.
Anak-anak
muda Reformis dan pejuang siber pada tahun-tahun 98 telah telah
berjaya menyamakan Anak Lelaki Iskandar Kutty dengan Firaun. Ini
kejayaan paling besar. Justeru hari ini tugas pejuang siber – tugas
penyokong Pakatan Rakyat ialah menjadikan muka Najib Razak sebagai
ikon bebal, bangang dan manai.
Semua
bahan campuran telah sedia ada untuk membuktikan bahawa Najib ini
seorang yang bebal, bangang dan manai. Contoh terbaik ialah apabila
Si Bebal ini menjadi takut dengan Ibrahim Ali. Najib apabila
menjadi PM telah cuba dilihat liberal dan demokratik. Najib telah
berjanji akan memansuhkan Akta Hasutan 1948. Tetapi kerana takut
kerpada Ibrahim Ali akta ini TIDAK jadi dimansuhkan.
Sebenarnya
Najib menjadi TAKUT ini bukan sesuatu yang baru. Penjawat Awam di
Putra Jaya , pegawai tinggi kerajaan, para KSU, malah isteri para
menteri kabinet Najib sendiri tahu bahawa Najib ini memang seorang
yang penakut. Sosok yang amat-amat ditakuti oleh Najib ialah Rosmah.
Ini bukan satu fitnah.
Kesah-kesah
Najib diherdik oleh Rosmah ditempat awam telah menjadi cerita
rakyat. Kesah Najib kena marah oleh Rosmah bukan suatu yang baru.
Malah bukti terbaru boleh dilihat dalam rakaman YouTube bagaimana
Rosmah telah menyiku Najib. Babak Najib kena siku ini berlaku dalam
upacara resmi pertabalan Jokowi sebagai Presiden Indonesia.
Apa
yang ingin saya nyatakan disini ialah rempah ratus untuk mengikonkan
Najib sebagai bebal, bangang dan manai telah wujud.
Marie
Antoinette isteri kepada Raja Louis ke16 menjadi ikon kebencian kaum
tani Peranchis. Permaisuri ini menjadi simbol kebencian rakyat dan
membawa kepada keruntuhan sistem feudal Peranchis.
Kita
lihat juga peranan Imelda Marcos yang menimbulkan kebencian rakyat
Pilipina hingga mereka berjaya menghalau Presiden Marcos dan Imelda
lari. Kita lihat juga peranan Ibu Tien isteri Suharto. Paling baru
kita membaca bagaimana rakyat Tunisia amat benci kepada Leila Ben
Ali isteri kepada Presiden Zainal Abidin.
Add caption |
Perempuan-perempuan
ini semuanya menjadi ikon boros, suka bershopping dan tidak ada kerja
lain selain dari mengumpul harta. Sebelum rakyat bertempik marah dan
benci kepada Presiden atau Perdana Menteri - kemarahan dan
kebencian awal ditujukan kepada perempuan-perempuan ini.
Saya
cukup yakin dengan straterji tidak menumpilkan Najib. Tetapi
menobatkan Najib sebagai ikon bebal, bangang dan manai.
Langkah
pertama yang wajib dilakukan ialah mengikuti taktik yang telah
diguna pakai oleh anak muda di Indonesia, di Pilipina dan di
Tunisia. Mereka mula menyerang ' perempuan ' yang ditakuti oleh
jantan-jantan ini.
Baru-baru
ini orang ramai terbaca berita bagaimana Rosmah Mansor telah meminta
bantuan 'pejuang siber' upahan United Malays National Organisation
untuk mempertahankan Rosmah dari serangan dalam alam maya. Ini satu
petanda baik. Ini maknanya menyerang Rosmah dalam Face Book, dalam
blog dan dalam tweet bergetah dan menyengat.
Kita
juga melihat bagaimana sebelum dan ketika Perhimpuanan Agong United
Malays National Organisation yang baru berlangsung – muka Rosmah
Mansor tidak lagi meleleh liar dalam media. Ini kerana ramai ahli
Parti Ketuanan Melayu ini juga benci dan menyampah melihat muka
Rosmah.
Hakikatnya
Najib takut kepada Rosmah. Hakikatnya Rosmah pula ialah 'asset' atau
'harta' Pakatan Rakyat. Bayangkan jika Rosmah berjurus, langsing,
lampai, manis , tidak boros dan berbudi bahasa pasti kerja politik
kita susah. Pasti payah untuk mengolah persetujuan orang ramai agar
membenci United Malays National Organisation.
Mahathir
Muhamad, Zainuddin Maidin dan Kadir Jasin adalah musuh rakyat dan
musuh Pakatan Rakyat. Mereka sedar Najib sedang membawa bahaya
kepada Parti Ketuanan Melayu dan wajib disingkirkan. Kerana itu apa
yang musuh kita suka jangan kita lakukan. Kita lakuan sebaliknya.
Kita sokong Najib terus menjadi PM. Dan Rosmah terus menjadi Rosmah
Mansor. (TT).
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45
--------------
6 ulasan:
Bahalol saja ini...
Terbaik!
i like RM...
Sedap dibaca.
Oooohhh...dia mcm...kalau datang je mlm jumaat...sebelum bini nak ajak main..kita pi pah chu ching dulu kek mana mana sudut bumi ni baru balik dengan muka gigit pencungkil gigi .....konon..takyah viagra...eden jantan malam ni...eden boleh tahan 30 minit...terkulai layu lah lu mlm ni...konon konon....pui....kena aiskrim dek isteri...terpancut sampai tehasut...dio ingat perempuan skg ni tak tengok blue filem...hahhahha...yang tak tengok blue filem kat dunia ni dua ekor anjing tt je.....itu pun mengandung...hahahhaha...apa nak jadi ngan najib ni...kalau kat sabah ni...dio ni kena panggil PAI ULUNG...Belum sampai dah tergulung.....pukimak punya pmm...lebih lebih...mahapukimak mamathir anak anjing kutty sial.....takder keje...nak menyondol je.keje...BABI HUTAN pun malu dan tau berhenti nak menyondol lah pukimak kutty...apa...apaeerrr...samanlah...BABI KAU MAHATHIR.....SAMANLAH.....KAKKAAKAKAA....
Yesss.......terbaikkkk bro.
Catat Ulasan