Rabu, 27 Mei 2015

SURAT TERBUKA UNTUK DU BOOK





Joshua Wong diusir, penganjur dapat 'bil'

Walaupun penggerak Revolusi Payung Hong Kong Joshua Wong sudah diusir daripada negara ini, penganjur acaranya di Malaysia DuBook Press kini mendapat 'masalah' lain.

Susulan laporan yang mengaitkan syarikat penerbitan indie itu dengan Hishamuddin Rais, aktivis politik, pengarah filem dan pelawak itu kini tampil menuntut 'bahagiannya'.

Memperolokkan dengan caranya tersendiri, Hishamuddin, pemimpin gerakan pelajar 70-an, menulis surat peguam di blognyaTukar Tiub dengan menuntut 67 peratus saham DuBook.

“Ini untuk membuktikan bahawa saya adalah sebahagian dari pemilik DuBook Press seperti dalam laporan polis tersebut.

“Secara jujur langkah ini bertujuan untuk memudahkan #Kebab51 menjalankan siasatan,” katanya dilihat mengusik Ketua Ppolis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mempunyai akaun Twitter @KBAB51.

Free Malaysia Today pada 25 Mei lalu melaporkan DuBook sebagai sebuah “syarikat penerbitan yang berhaluan kiri yang didalangi oleh Rahmat Hussin dan Hishamuddin Rais”.

Pemilik DuBook Mutalib Uthman (bawah, baju hijau), yang juga penyelaras bersama acara bersama Wong, menafikan mempunyai kaitan langsung dengan Hishamuddin, pembangkang mahupun gerakan menggulingkan kerajaan.

DuBook dan sebuah lagi penerbit bebas Thukul Cetak berkata mereka bersetuju menganjurkan acara itu kerana mereka percaya kepada demokrasi dan keterbukaan ilmu.

Alamat kedai arak

Free Malaysia Today dalam laporan itu memetik laporan sebuah blog yang dipercayai pro-BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam surat enam perkara itu, Hishamuddin juga menuntut 15 peratus harta Dubook “difaraidkan kepada ibu tunggal yang belum pernah berumah tangga. ”

Hishamuddin juga berseloroh mahukan semua buku-buku terbitan DuBook yang akan datang ditulis dalam bahasa jawi serta 3 peratus lagi menggunakan bahasa Mandarin.

“Ini bertujuan untuk membantu ahli-ahli DAP yang masih tebal sikap kecinaaan mereka,” tulisnya.

Salinan surat itu juga diberikan kepada watak-watak rekaan seakan-akan individu sebenar iaitu Latifah Koya, Datuk Ambiga Sanasaran serta Mandeep Singh Syahdu yang beralamat di sebuah kedai arai di Jalan Klang Lama.

Imigresen Malaysia menahan aktivis Wong tidak lama selepas beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang semalam danmengusirnya ke negara asal.

Aktivis 18 tahun itu dijadual mengadakan siri dialog dengan gerakan pelajar minggu ini, yang mana Malaysiakini selaku rakan media.

Pada Jun tahun lalu, Wong mengetuai gerakan pelajar besar-besaran yang mendorong kebangkitan popular di Hong Kong menuntut pilihan raya yang bersih daripada bekas koloni British itu.
 


KAH KAH KAH

kah kah kah
kah kah kah
i rest my case mi lord

KAH KAH KAH


--------------

Tiada ulasan: