Jumaat, 19 Jun 2015

BERITA BAIK UNTUK NEGARA






KOMENTAR
ini bukan bail out
dua lelaki dengan parang masuk kedai emas
pecah cermin dan ambil emas
ini rompakan

semua orang faham kes ini

kes FELDA ini juga rompakan
tapi dilakukan dengan licik
ada mesyuarat
ada perbincangan
ada sidang akhbar
ada tanda tangan perjanjian
tapi dibelakang semua ini adalah rompakan

sidang akhbar
perbincangan laporan media
kenyataan dari bank
semua ini wayang
semua ini cara untuk merompak
semua untuk mengolah persetujuan

cara rompakan:

harga satu hektar tanah sawit indon
di pasaran terbuka antara 8,000 ke 13,000 dolar
felda beli satu hektar 17,000 dolar 
sengaja di bayar lebih
bayar harga lebih itu ialah ROMPAKAN
kerana nanti sebahagian dari duit ini
akan dipulangkan  kembali
untuk  masuk ke dalam bek birkin

walau pun memiliki 37% aset ini FELDA
tidak memiliki suara

BERITA BAIK
ini juga berita baik dan berita buruk
buruk untuk warga felda
buruk untuk ekonomi malaysia

tapi amat baik untuk menghasut warga felda
hasut untuk benci pada kerajaan
hasut untuk benci pada rosmah dan najib

felda ini tempat takungan sokongan gerombolan
jika warga felda benci rosmah dan najib
ada pelunag kerajaan akan runtuh


Pembelian Felda di Indonesia usaha ‘bailout’ kroni Najib, kata penganalisis


Felda Global Ventures Bhd, syarikat perladangan tersenarai paling besar di Malaysia, menggambarkan pembelian aset gula bernilai AS$746 juta (RM2.8 bilion) milik ahli perniagaan Indonesia, Peter Sondakh sebagai bukti integrasi ekonomi di kalangan 10 negara anggota Asean.

Bagaimanapun, pelabur dan ahli bank mempersoalkan perolehan itu, dengan berkata pembelian itu terlalu mahal bagi Felda dan berupa usaha menyelamatkan Sondakh yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

Pembelian itu berlaku ketika masih hangat isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dan ia menimbulkan kebimbangan mengenai tadbir urut syarikatmelibatkan syarikat berkai kerajaan (GLC) yang mendominasi ekonomi Malaysia, serta penggunaan dana awam oleh kerajaan.

Saham Felda mencatatkan rekod kejatuhan minggu ini berikutan pengumuman pembelian ekuiti majoriti bukan-kawalan dalam kumpulan perladangan PT Eagle High Plantations dan 95% projek gula di kepulauan Papua, kedua-duanya dimiliki Rajawali Group milik Sondakh.

Di bawah pembelian itu, Felda bercadang membayar AS$679 juta bagi 37% kepentingan dalam Eagle High dan AS$66.5 juta lagi bagi aset gula.

Harga sedemikian terlalu tinggi, menurut penganalisis pelaburan yang memerhatikan syarikat perladangan Malaysia itu yang pada pertengahan 2012 menyenaraikan sahamnya di pasaran saham tempatan, tetapi kini antara saham yang paling rugi di kalangan GLC.

Dan ini sebabnya.

Menurut pembelian itu, setiap saham Eagle High dinilai pada 72% lebih tinggi daripada harga yang diniagakan sebelum pengumuman pembelian FGV dibuat.

Ini kerana Felda membayar kira-kira AS$17,535 se-hektar bagi bagi aset Eagle High, lebih daripada purata harga ladang kelapa sawit di Indonesia iaitu antara AS$8,000 dan AS$13,000  se-hektar, menurut CIMB Research.

Pembelian yang akan dibantu pinjaman dan rezab dalam Felda, akan menghapuskan sejumlah besar rezab tunai Malaysia, yang kini berada pada RM2.87 bilion.

Bagi Rajawali Group, ia merupakan durian runtuh.


Walaupun membayar harga premium bagi 37% ekuiti dalam Eagle High, Felda tidak akan dapat mengawal syarikat berkenaan, kerana kumpulan Rajawali, yang sahamnya akan turun kepada 31.6%, masih kekal mengawal. – The Edge Review, 19 Jun, 2015.


KAH KAH KAH
woit
mak cik felda kena tipu
pak cik felda kena tipu
harta felda kena rompak
tak sedar lagi ke
tak jeran jeran
tak puas puas kena tipu
siang ditipu najib
malam ditipu tv3

RAHAI FELDA
------------------

2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Masuk reban ayam orang curi telor ayam. Ini curi namanya, tangkap masuk penjara. Kalau hudud potong tangan.
Berparang masuk kedai emas, ambil emas. Ini rompakan. Kalau tertangkap hukuman lebih berat lagilah.

Felda sudah lain, ia sama macam skim bela lembu, ia itu mesin buat duit untuk penjaganya. Kalau kita suruh seorang petani Felda yang lulus darjah lima sahaja . Petani ini pun tahu macam mana nak buat dengan mesin Felda ini ... sebab nanti akan ada orang datang ajar macam mana nak buat. Macam Jloh ajar Najib lah. Sapa nak bagi juta-juta oooo. Lagi pun halal ... kok ada dosa pun setelah pergi berumrah dua tiga kali habislah dosa tuuu. Kalau yang keling nak basuh dosa mereka ke Sungai Gangeslah.

Masalahnya bagi warga Felda selagi mereka boleh nampak pokok getah atau sawit mereka masih terpacak macam kontol pengantin, mereka tak akan faham apa yang berlaku keatas Felda. Warga Felda dah dizombikan oleh Isa Khinzir dan gengnya.

Tanpa Nama berkata...

Orang Orwng FELDA ini semua sudah kena MENDERAM

Ada BON BON

Tu sebab semua jadi Bisu

Sesiapa kena MENDERAM pasti senyap walau sekalipon Ayam Jantan tak akan ber kokok

Itu guna BON BON