Selasa, 20 Oktober 2015

NAK TIPU LAGI








KEADILAN desak Kerajaan jelaskan mekanisme GST Kad Prabayar.

20 Oktober 2015

Pengumuman Timbalan Menteri Kewangan  Johari Abdul Ghani berkenaan GST kad prabayar menimbulkan pelbagai persoalan. KEADILAN mendesak kerajaan menerangkan mekanisme yang terbaru untuk menangani masalah ini. Sejak bulan April sehingga sekarang, 7 bulan telah berlalu, 3 menteri yang bertanggungjawab datang dan pergi, tetapi penyelesaian masalah masih belum ditemui. Ini membuktikan kegagalan pihak kerajaan UMNO/BN.

Dalam satu laporan media semalam, beliau berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan mengumumkan harga tambah nilai prabayar telefon kembali seperti sebelum pelaksanaan cukai GST pada 1 November 2015. “Macam mana Telco mahu caj, mereka kena fikirkan cara itu. Yang penting rakyat beli RM10 dapat nilai RM10” Beliau berkata. Kenyataan beliau memberi lebih banyak persoalan daripada jawapan.

Kenyataan beliau penuh dengan pelbagai kontradiksi (contradictions).

Pertama sekali, dalam zaman SST, syarikat Telco menerap SST kad prabayar 6%, tetapi, sekarang dalam zaman GST, syarikat telco enggan menerap 6% GST. Pada bulan Jun yang lepas bekas Menteri KKMM  Shabery Cheek berkata kerajaan tidak berkuasa untuk membolehkan syarikat Telco menerap GST 6%. Dan beliau mengakui bahawa GST memang akan dikenakan ke atas kad top up.

Keduanya, kerajaan enggan menyenaraikan kad prabayar sebagai barangan kadar sifar (zero rated), sebab GST kad prabayar akan membawa RM850 juta pendapatan kepada kerajaan setiap tahun. Shabery Cheek juga berkata pengecualian cukai tidak harus diberi kerana akan menjejaskan keyakinan pelabur dalam isu GST.

Ketiga, dengan pengumuman yang terbaru bahawa pengguna beli RM10 dapat RM10 nilai, ini bermaksud pengguna juga tidak akan dikenakan cukai GST.

Jadi, persoalannya adalah siapa akan membiayai cukai GST RM850 juta? Ini soalan RM850 juta (This is a RM850 million question). Adakah duit akan turun dari langit? Adakah kerajaan akan dapat derma dari kawan-kawan Arab?

KEADILAN tidak yakin ada penyelesaian daripada kerajaan. Keyakinan rakyat terhadap janji-janji kerajaan telah terjejas kerana banyak pengumuman telah dibuat tapi rakyat masih kena GST. Ini amat tidak adil kepada golongan pendapatan rendah, pesara dan orang muda yang percaya kepada janji kerajaan.

Dalam soal GST kad prabayar ini, KEADILAN telah mencadangkan formula meletakkan kadar sifar terhadap kad prabayar. Ini sekali gus akan menyelesaikan masalah dan membantu golongan berpendapatan rendah. Tetapi kerajaan telah menolak cadangan tersebut kerana kerajaan perlukan duit GST tersebut.

Dari pihak kerajaan pula, beberapa menteri yang terdahulu telah cuba menyelesaikan masalah ini tetapi tidak berjaya. Pada bulan April, timbalan menteri kewangan yang terdahulu  Ahmad Maslan menjanjikan bahawa kad prabayar tidak akan dikenakan GST, tetapi sebaliknya yang berlaku. Pada bulan Mei, Perdana Menteri pula mengarahkan Menteri KKMM pada masa itu  Shabery Cheek untuk menangani masalah tersebut. Tetapi pada bulan Jun, GST tetap dikenakan. Selepas semua usaha gagal, apakah keyakinan rakyat terhadap pengumuman yang baru?

Walau bagaimanapun, KEADILAN mengalu-alukan usaha Timbalan Menteri Kewangan  Johari Abdul Ghani mengambil initiatif menangani masalah GST dan kami mengucapkan selamat mencuba.


Sim Tze Tzin
Pengarah Strategi Parti KEADILAN




-------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Budak Bahalol

Bila semua sudah Pening lagi mudah lah Budak Bahalol Pau Pau Pau

Mat Kampau !!!!!!!!