Khamis, 22 Oktober 2015

TANAH DIRAMPAS LAGI





 LATAR BELAKANG SITUASI HARI INI

1. Perobohan telah dilakukan oleh pihak Pejabat Tanah Daerah dan Majlis Perbandaran Kluang bermula lebih kurang jam 9.00 pagi tadi. Sheikh Omar Ali - Pegawai Khas kepada Pengerusi DAP Johor dan Tan Hong Pin - ADUN Mengkibol turut hadir sejak jam 7.00 pagi lagi di lokasi.

2. Pada awalnya, penduduk masih tidak bersetuju untuk rumah mereka dirobohkan dan dipindahkan ke pusat transit kerana tidak ada jaminan yang meyakinkan dikeluarkan oleh pihak berkuasa. 

3. Menurut wakil JAKOA Rompin - Osman Bin Godeh yang turut hadir di lokasi perobohan, pusat transit adalah di Balai Raya Batu 8 Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) dan beberapa lokasi lain mengikut keperluan.

4. Kerja-kerja perobohan dihentikan seketika untuk memberikan laluan kepada pihak JAKOA dan penduduk berbincang disitu juga.

5. Kesepakatan akhirnya dicapai dan penduduk setuju dipindahkan dengan 4 syarat:
- Pemberian wang pampasan RM2500 secara tunai
- Rumah gantian disediakan mengikut jumlah keluarga (19 keluarga)
- Memasukkan nama 19 keluarga ke dalam senarai projek ladang untuk tujuan kerja dan hasil pendapatan
- Semua permintaan diatas dikeluarkan melalui satu surat rasmi pada 23 Oktober 2015 (Jumaat ini) sebagai hitam putih perjanjian 

KENYATAAN SHEIKH OMAR ALI 
 Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor


1. Pesetujuan yang dicapai antara penduduk orang asal Kampung Dato' Abdul Rahman Yassin dan pihak berautoriti membuktikan bahawa kata sepakat boleh dicapai bagi memastikan kebajikan orang asal dijamin dan dijaga.

2. Surat rasmi yang dijanjikan oleh JAKOA mengandungi tuntutan pampasan, rumah gantian dan tanah sebagai sumber sara hidup membuktikan bahawa kerisauan orang asal disini adalah sangat berasas dan tidak boleh dipandang sambil lewa.

3. Surat rasmi dari yang dijanjikan oleh JAKOA dan akan diserah tangan kepada penduduk orang asal Jumaat ini membuktikan bahawa satu jaminan yang serius, bertulis (hitam putih) dan meyakinkan perlu diberikan bagi mengelakkan orang asal berhadapan dengan ketidak pastian terhadap survival kehidupan yang merisaukan mereka.

KENYATAAN CIYEIN SYAMEYRA

- Salah seorang penduduk orang asal Kampung Dato' Abdul Rahman Yassin yang banyak memainkan peranan semasa proses perbincangan dengan pihak berkuasa

- Dalam gambar yang dilampirkan, beliau ialah yang memakai tshirt hitam hijau dengan tulisan Thailand

1. Ain (nama panggilan beliau) dan beberapa orang dari penduduk tidak akan keluar dari penempatan ini sehinggalah surat yang dijanjikan dikeluarkan dan diserah tangan kepada mereka.

KENYATAAN TAN HONG PIN
ADUN Mengkibol

1. Isu ini telah menzahirkan beberapa kelemahan pihak Kerajaan dalam menangani urusan berkaitan orang asal.

2. Beberapa kes pemindahan kebelakangan ini telah menggambarkan ketidakyakinan pihak penduduk terhadap Kerajaan. Mereka seharusnya memberikan jaminan bertulis dan serius sepertimana surat rasmi yang akan dikeluarkan oleh JAKOA pada hari Jumaat ini.

3. Selain itu, JAKOA atau mana-mana pihak berkuasa yang berkenaan seharusnya menyediakan penempatan baru sebelum menjalankan pemindahan untuk menyakinkan para penduduk, bukan menempatkan mereka di penempatan transit tanpa mengetahui berapa lama tempohnya.

4. Kerajaan seharusnya memberikan jaminan jangka panjang dengan mewartakan penempatan orang asal sebagai tanah simpanan kekal orang asli.

5. Kerajaan haruslah segera melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh SUHAKAM dalam Laporan Inkuiri Nasional 2013 berkenaan isu tanah.




--------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mmg bengong punya kerja
lauk dah siap goreng...nasi pulak yg lupa masak
ini yg boleh jadi ...pinggan nasi terbang keluar tingkap

Tanpa Nama berkata...

Boleh kaya BILYON BILYON

Kalau tidak , bila lagi ???

Saiful berkata...

Mat blonde maneeee...

Tanpa Nama berkata...

sultan rilek je jalan2 dalam kepale lori baru tu.
sebab ini isu cikai, ini orang2 picisan.
kasi rumah kos rendah lagi cikai terus kawtim.

untuk cukong kalau rm2.5 satu orang ciput giler, sap sap suoy
bile dah kawtim baru cerah masa depan. cerah hutan!

DIDI KOTA BELUD berkata...

Bangkit orang asli...ini tanah adat anda..seluruh semenanjung ini tanah anda...pergi the hague..tuntut.....habislah kamurang semua...melayu boleh lari indonesia..cina boleh lari china..india boleh lari india..orang asli..kadazan..iban...mau lari manaaaaa....manaaaaa...!!!????...penduduk asal ni..respeklah sikit...kang tengkorak kepala kami gantung kat siling rumah nanti.....respeklah kami ni..ini rumah kami.....tanah kami..kami tak membunuh pakai c4...kami membunuh dengan cara kami...respeklah SIKIT......?!!!!!