Khamis, 14 April 2016

TANGKAP NANDEEK INI




BILA NAK


TANGKAP

NANDEEK INI?



13 APRIL 2016
 
BILA KETUA POLIS NEGARA AKAN MENGARAHKAN PASUKAN POLIS MENAHAN ARULKANDA?
 
Pada 30 Mac 2016 yang lalu sekitar jam 2 petang, saya telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi terhadap Arulkanda Kandasamy dan pengurusan kanan 1MDB berhubung satu maklumat dari Laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan sejumlah RM288 juta telah dibelanjakan tanpa dimaklumkan dahulu kepada Lembaga Pengarah 1MDB.
 
Saya membuat laporan tersebut supaya satu siasatan dapat dijalankan dengan segera untuk menentukan sama ada satu kesalahan jenayah telah dilakukan kerana sebarang pembayaran atau perbelanjaan sebesar itu memerlukan kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB.
 
Siasatan itu juga penting kerana selama ini Arulkanda sering memberi alasan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai pelbagai salah tadbir kewangan di 1MDB kerana ia berlaku sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB. Maka, urusniaga RM288 juta tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah 1MDB itu kini menjadi satu bukti bahawa di bawah pengurusan Arulkanda pun keputusan dan urusniaga yang meragukan dan boleh disifatkan melanggar undang-undang, masih terus berlaku.
 
Sehingga kini saya tidak nampak pihak polis mengambil tindakan menahan Arulkanda Kandasamy atau mana-mana pengurusan kanan 1MDB untuk mempercepatkan siasatan. Malah, saya tidak pasti sama ada pihak polis telah mengambil sebarang kenyataan dari Arulkanda Kandasamy atau mana-mana pengurusan kanan 1MDB.
 
Ini berbeza dengan layanan polis terhadap saya.
 
Laporan polis terhadap saya dibuat oleh Jabatan Audit Negara sekitar jam 11 pagi pada hari Selasa, 5 April 2016. Saya dimaklumkan bahawa arahan untuk menahan saya dikeluarkan sekitar jam 4 petang pada hari yang sama iaitu 5 jam selepas laporan polis dibuat. Saya kemudiannya ditahan pada jam 6 petang pada hari yang sama iaitu 7 jam selepas laporan polis terhadap saya dibuat.
 
Oleh itu, saya ingin mengingatkan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara bahawa segala tindak tanduk beliau berhubung isu 1MDB diperhatikan oleh rakyat. Jika saya boleh ditahan 7 jam selepas laporan polis terhadap saya dibuat, kenapa sehingga sekarang Ketua Polis Negara ini belum mengeluarkan arahan agar Arulkanda Kandasamy juga ditahan untuk siasatan lanjut kerana tepat jam 2 petang hari ini, 2 minggu telah berlalu sejak saya membuat laporan polis terhadap Arulkanda Kandasamy dan pengurusan kanan 1MDB.
 
Lebih penting lagi, oleh kerana Jabatan Audit Negara mengesahkan bahawa dokumen yang saya dedahkan adalah dokumen yang sahih, maka sudah tentu maklumat yang terkandung juga adalah sahih. Ini mengesahkan bahawa Arulkanda Kandasamy dan pengurusan kanan 1MDB telah membuat pembayaran RM288 juta tanpa dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah terlebih dahulu dan asas yang kukuh untuk memulakan siasatan terhadap mereka.
 
Saya akan menunggu sehingga Jumaat 15 April 2016 ini untuk melihat sama ada Ketua Polis Negara akan mengarahkan Arulkanda Kandasamy ditahan untuk siasatan lanjut sebelum saya memulakan langkah-langkah lain berhubung perkara ini.
  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
 





-----------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Khalid buat2 sibuknak soalsiasat bekas cEO 1mdb.aku nampak siasat saje tapi tak mungkin dakwa dimahkamah kerana ada yg bimbang terbarai banyak rahsia..

Tanpa Nama berkata...

tangkap arul pundek.........
dakwa arul cunit........

panglimo potaseh berkata...

Kaum yang paling pandai merompak dan sapu duit di Tanah Melayu ni adalah kaum eeeee. Dah sapu liyun-liyun belum ada sekor pon yang kono cokop. Tu lah cerdiknya Najib, ambik eeee sebagai Tukang Sapu duit. Sesama sapu, las las CEO Melayu Deli jugak yang kono. Cuba kita tengok kaum Melayu Deli seperti Mat Taison, Mat Toyol, Arun Idris, Tambi Chik dan ramai lagi, semuo kono .. bangang boto. Hanyo eeee sajo yang boleh cokop eeee .. akhirnyo Tuhan gorakan hati Madey untuk borsamo kito, untuk londehkan Najib dan 40 eeeee nyo .. Najib den raso takdo masalah, tapi yg perobelem nya yg eeee tu.

Nazrio berkata...

AruL pundex muncuL kerana
daruL pundek... Aminnn