Isnin, 25 Disember 2017

TIBAI TUN TIBAI






SIAPA?

INI MAKLUMAT DALAMAN
SIAPA PECAH LUBANG
SIAPA BERI TAHU MAHATHIR
SIAPA SUDAH BELOT

MESTI ADA KUMPULAN
ANTI NAJHIB ROSMAH
DALAM BANK NEGARA
KALAU TIDAK MUSTAHIL
MAHATHIR TAHU KES INI

Jangan kelirukan rakyat: Dr M


SHAH ALAM - Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan supaya tidak mengelirukan rakyat terhadap kerugian rizab asing Bank Negara yang berlaku antara 2013 hingga 2015.

Menerusi catatan terbaru dalam blognya semalam, Pengerusi Pakatan Harapan itu memberitahu, kerugian tersebut disebabkan Bank Negara menjual rizab mata wang asingnya untuk menaikkan ringgit, yang menurunkan nilainya disebabkan oleh keyakinan pasaran.

“Adalah kewajipan (Bank Negara) untuk mengekalkan nilai Ringgit Malaysia sekiranya pasaran kehilangan keyakinan terhadap pengurusan kewangan kerajaan.

“Untuk mengekalkan nilai ringgit, Bank Negara mesti membeli ringgit iaitu menunjukkan ada permintaan terhadap mata wang tersebut,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Tuan Haji Johari Abdul Ghani yang menyalahkan kerugian akibat aliran keluar disebabkan oleh faktor luaran.

Mahathir berkata, untuk berbuat demikian, Bank Negara terpaksa berdagang dolar Amerika dari rizab negara untuk membeli ringgit yang diturunkan, yang hanya dapat bertahan untuk satu-satu masa sahaja.

“Nilai ringgit boleh dikekalkan. Tetapi kekurangan keyakinan berterusan di pasaran mungkin memaksa penurunan nilai ringgit.

"Dan Bank Negara perlu menggunakan lebih banyak dolar AS dari rizab untuk menyokong ringgit.

"Seperti yang kita semua tahu, ringgit tidak pulih pada tahun-tahun tersebut.

“Pengaliran keluar AS$39.6 bilion hanya dapat disebabkan oleh Bank Negara menjual dolar AS dari rizab negara, menyebabkan rizab itu kehilangan wang selama tempoh antara 2013 hingga 2015. Ini diakui oleh Bank Negara sendiri.

"Inilah yang berlaku apabila ringgit dibenarkan terapung, “katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Johari untuk memberikan penjelasan alternatif mengenai bagaimana rizab Malaysia merosot dari tahun 2013 hingga 2015 dan mengapa Bank Pusat itu menjual dolar AS untuk ringgit sementara sektor swasta melakukan sebaliknya.

“Bolehkah beliau menerangkan bagaimana rizab boleh merosot?

"Bolehkah beliau jelaskan mengapa Bank Negara terpaksa mengikuti trend dan menyertai aliran keluar dolar AS? Apabila sektor swasta menjual ringgit yang susut nilai untuk dolar AS, mengapa Bank Negara menjual dolar AS untuk ringgit yang menurunkan nilai?,” soal beliau.



REMBAT TUN

REMBAT

TIBAI TUN

TIBAI

SAMPAI NAJIB

TERBARAI

KAH KAH KAH




---------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hutang (bon) luar negara dah HAMPIR matang!

ada $$$$$ tak?
cukup $$$$ nak bayar kah?

ke

tunggu dan sain buku tiga lima lagi, kah!