Selasa, 27 Februari 2018

TANGKAP MO1



INDEKS RASUAH MALAYSIA PALING TERUK, PERLU TANGKAP MO1

Kenyataan Media | 27 Februari 2018

Saya ambil maklum laporan daripada Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017, di mana Malaysia jatuh di kedudukan ke-62 dalam indeks berkenaan dan jatuh tujuh mata berbanding 2016, menandakan kedudukannya yang terendah sejak indeks Transparency International (TI) bermula pada 1995.
Menurut CPI 2017, negara lain seperti Cuba, Romania, Jordan, Greece, Arab Saudi dan Croatia kini mendahului Malaysia. Ini tahun ketiga Malaysia mendapat kedudukan corot dalam kaji selidik badan pemantau anti rasuah itu berkenaan tanggapan rasuah dalam sektor awam.

Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menarafkan 180 negara berdasarkan kepada tahap tanggapan mereka terhadap rasuah dalam sektor awam mengikut kepada kepakaran dan masyarakat perniagaan. Ia menggunakan skala 0 hingga 100 di mana 0 ialah sangat rasuah dan 100 sangat bersih.

Malaysia, sejak skor 52 diperoleh pada 2014, mencatatkan penurunan setiap tahun, melepasi mata pertengahan pada 2016 (49) dan mencecah 47 pada 2017.

1. Laporan itu tidak mengejutkan rakyat Malaysia dan negara akan terus berada di tangga tercorot dalam Indeks Persepsi Rasuah sekiranya ketua rasuah tidak ditangkap atau lebih dikenali sebagai Malaysia Official 1 (MO1) yang terpalit dalam skandal kewangan paling teruk dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Inilah keadaan yang akan kita hadapi setiap tahun apabila laporan rasuah ini dikeluarkan, selagi tidak tertangkap kepala rasuah paling utama di negara ini, selagi itu negara berada dalam kedudukan paling tercorot dan memalukan.

Sementara kita lihat negara-negara jiran yang terkenal dengan amalan rasuah sejak lebih sedekad lalu telah mula pulih, Malaysia pula dilihat semakin merudum dan tersungkur dibawah pemerintahan Umno BN.

2. Saya amat terkejut dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tuan Haji Dzulkifli Ahmad bahawa laporan indeks itu adalah persepsi asing terhadap rasuah di negara kita. 

Beliau perlu sedar bahawa negara kita ini banyak rasuah yang berlaku, selain 1MDB, isu rasuah air di Sabah, isu rasuah dalam Felda, rasuah dalam kalangan penjawat awam dan sebagainya, itu sudah cukup membuktikan negara kita banyak terlibat dalam gejala rasuah.

Tidak perlu untuk SPRM tubuhkan Indeks Rasuah Khas, perasuah utama depan mata pun buat tidak nampak, bagaimana hendak selesaikan rasuah yang lain?

3. Semakin hari semakin banyak pegawai-pegawai kerajaan yang ditangkap terlibat dengan rasuah termasuk ahli politik dan penjawat awam, di media massa dan juga elektronik. Bagaimana hendak memastikan rakyat biasa turut tidak lakukan rasuah?

Rasuah berlaku kerana tiada tangkapan serius yang dilakukan pihak SPRM, menyebabkan lebih ramai berani melakukannya.

4. Orang ramai hendak melihat lebih banyak kes berkaitan rasuah khususnya yang besar-besar disiasat dan dihadapkan ke muka pengadilan. Itulah yang rakyat mahukan. Malaysia perlu bebas daripada gejala rasuah.

5. Akibat amalan rasuah, akan melemahkan sistem pemerintahan sedia ada dan pastinya ia melahirkan pemimpin yang tidak berklualiti.

Justeru itu, berilah mandat kepada Pakatah Harapan yang mahu mentadbir secara bersih, perkhidmatan awam yang jujur serta kepimpinan politik yang amanah. Apabila ini dapat dilaksanakan dengan tegas, semua amalan rasuah dapat diatasi dengan sebaiknya.

YB  Johari Abdul
Ahli Parlimen Sungai Petani
Parti KEADILAN Rakyat




----------------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Woiii isham... Drp lu melalut baik lu buat survey, tanya logo parti apa yg dlm gabungan PH yg sesuai utk digunakan sbg ganti logo PH pada pru akan dtg... Pendapat lu mcmana?