.

Jumaat, 13 April 2018

DAH BUBRA - NAK LULUS BALAK








DUN DAH BUBAR

TAPI NAK LULUS

HUTAN BALAK

INI  SAH

PARTI ISLAM TIPU

RAKYAT



YAB Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob
Menteri Besar Kelantan
KOTA DARULNAIM
15503 KOTA BHARU, KELANTAN,


Assalamualaikum wr wt.

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Maha Pengasih

POHON KETETAPAN TIDAK MENGADAKAN MESYUARAT KELULUSAN BALAK DALAM TEMPOH SEBAGAI KERAJAAN SEMENTARA.

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk. 

Saya difahamkan YAB ada memanggil Jawatankuasa Kecil Perhutanan bermesyuarat pada hari Isnin, 16hb Mei depan.

Saya juga difahamkan ada kertas cadangan untuk meluluskan permohonan-permohonan melibatkan Hutan Simpan dengan keluasan yang amat besar pada mesyuarat itu.

Pada hemat saya, susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 7 April 2018, YAB dan Kerajaan Sementara ini (caretaker) seharusnya mengelak daripada sebarang komitmen baharu, meliputi kelulusan pembalakan membawa ikatan kontrak melepasi tempoh Kerajaan YAB yang sudah berakhir.

Mengikut semangat undang-undang, dengan pembubaran sesebuah DUN, seorang menteri besar dengan sendirinya menjadi “menteri besar sementara tanpa kuasa eksekutif sehinggalah kerajaan baru dibentuk dan ketua eksekutif baru dilantik”.

Saya memetik apa yang ditulis oleh pakar undang-undang mengenai Kerajaan caretaker:

"Major contracts or undertakings. 

The Government will avoid entering major contracts or undertakings during the caretaker period.

If it is not possible to defer the commitment until after the caretaker period, for legal, commercial or other reasons, a minister could consult the Opposition, or agencies could deal with the contractor and ensure that contracts include clauses providing for termination in the event of an incoming government not wishing to proceed. Similar provisions cover tendering".

Pertama, Kerajaan caretaker tidak boleh meluluskan kelulusan besar yang mempunyai kesan melampaui Kerajaan sedia ada.

Kedua, jika sekiranya ada kelulusan yang tidak boleh dielakkan, Pembangkang hendaklah dirundingi kerana ada kemungkinan mana-mana Pembangkang akan membentuk Kerajaan baru selepas PRU. Mereka terpaksa memikul beban apa yang diputuskan sekarang.

Ketiga, jika sekiranya kelulusan diteruskan, satu clausa hendaklah dimasukkan untuk menyatakan kelulusan itu boleh ditarik balik oleh Kerajaan baru.

YAB boleh merujuk tulisan mengenai perkara ini, antara lain dalam link di bawah;

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Caretaker_government_of_Malaysia.

Dalam link berkenaan, terdapat buku rujukan yang ditulis oleh Dr Abdul Aziz Bari, Tan Sri Rais Yatim dan Datuk Dominic Puthucheary.

Saya telah mendapatkan pandangan Datuk Dominic Puthucheary mengenai isu ini. Berikut adalah pandangan beliau:

"Hi Husam, a caretaker government has no executive powers and any decisions made without executive powers is unconstitutional, illegal and against the oath of office in the State constitution. You can write a letter to the MB or ask a lawyer to write and copy to the MB stating what i have said. dominic puthucheary".

Saya dengan ini, mencadangkan YAB membatalkan mesyuarat berkenaan atau mana-mana mesyuarat yang membawa kesan seperti itu.

Saya juga ingin menegaskan, jika mesyuarat berkenaan diteruskan, saya mohon untuk hadhir memerhati perjalanan mesyuarat itu bersama peguam saya atas kapasiti sebagai Pembangkang di negeri ini.

Saya mohon respon segera YAB.

Sekian terima kasih.

Husam Musa

12 April 2018





-------------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerajae isle? Hasil utama negeri cuma balak. Habis balak ternganga