Jumaat, 8 Jun 2018

BERITA AMAT JELAS






BACA FAHAMI

BUKAN TERSIRAT

DAH TERSURAT

BERITA PENTING

AMAT JELAS

Dr Mahathir tidak tolak Raja-Raja Melayu, tapi mahu jaga rakyat jangan marah


DR Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah berniat untuk menolak institusi diraja berhubung segala tindakannya terhadap Raja-Raja Melayu sebelum ini, sebaliknya hanyalah mahu menjaga rakyat daripada marah sehingga memberontak, lapor Sinar Harian.

Dr Mahathir yang dua kali jadi perdana menteri itu turut merujuk kepada tindakannya mengemukakan pindaan undang-undang bagi menubuhkan Mahkamah Khas Raja-Raja pada 1993 dulu.

“Kita kena jaga, raja janganlah terlibat dengan benda-benda yang rakyat tidak suka. Rakyat tiada kuasa, tetapi bila dia dah marah, dia akan memberontak. Jangan jadi macam ini," katanya, dalam wawancara dengan akhbar itu.

Perdana menteri berusia 92 tahun itu berkata demikian apabila mengulas mengenai langkahnya memelihara hubungan baik antara institusi diraja, pentadbir negara dan rakyat.


“Jadi kita kena elak raja dengan kebesarannya itu supaya tidak tercemar. Saya bukan menolak raja-raja tetapi saya berpendapat bahawa kalau raja buat sesuatu yang salah, patutlah kita ambil tindakan iaitu menyelamatkan raja.

“Macam kita ada undang-undang yang kita gubal sehingga tertubuhnya mahkamah khusus untuk raja-raja,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Mahkamah Khas Raja-Raja ditubuhkan dan berkuatkuasa pada 30 Mac, 1993 selepas Parlimen meminda Perkara 182 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kekebalan Raja-Raja Melayu.

Beliau turut mengulas mengenai kelewatannya mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di mana katanya, perkara itu tidak seharusnya terjadi kerana undang-undang perlu dipatuhi.

Katanya, begitu juga dengan isu pelantikan Peguam Negara Tommy Thomas, untuk menggantikan bekas peguam negara terdahulu Mohamed Apandi Ali.

Dr Mahathir berkta majoriti daripada raja-raja tidak bersetuju dengan kelewatan pelantikan tersebut sehingga ada yang bertemu dengannya untuk mencapai penyelesaian secepat mungkin.

“Perkara macam itu tidak harus berlaku. Kita ada undang-undang. Kita ada perlembagaan. Kita kena akur kepada undang-undang. Kita nak kembali kepada ‘the rule of law’. Apabila sesuatu yang berlaku tidak mengikut undang-undang, maka akan menimbulkan kemarahan.

“Tetapi saya fikir raja-raja sedar kerana ramai raja-raja yang berusaha supaya mereka semua dan Agong patuh kepada undang-undang.

“Sebenarnya majoriti raja-raja tidak bersetuju kalau dilewat-lewatkan pelantikan itu. Ada yang datang jumpa saya, ada yang cuba meredakan keadaan, termasuk kelewatan saya angkat sumpah dan juga soal pelantikan peguam negara. Dan ini sudah diselesaikan atas nasihat raja-raja sendiri,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan Dr Mahathir mengemukakan nama Thomas namun tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang dikatakan meminta beberapa nama lain dicadangkan kepada baginda.

Bagaimanapun perdana menteri menegaskan hanya satu nama sahaja yang dimajukan oleh Putrajaya.

Berikutan itu, Majlis Raja-Raja sepatutnya mengadakan sidang tergempar bagi mencari penyelesaian tentang isu tersebut, namun ia selesai sebelum mesyuarat itu.

Thomas, seorang peguam kanan dan pakar perlembagaan, juga mendapat reaksi negatif dari segelintir pihak yang merasakan beliau tidak sesuai memegang jawatan itu atas alasan bukan Melayu dan bukan beragama Islam. – 8 Jun, 2018.

LOK LEK LOK LEH

KAH KAH KAH

FAHAM KE TIDAK

KAH KAH KAH




----------------------

3 ulasan:

Melayu Celup berkata...

Woittt TT, semuanya jelas tak ada langsung yang terselirat sikit pun dalam kenyatan demi kenyataan Tun Dr Mahathir Mohammad ni, Cukup bijak dia memilih jalan tengah walaupun laluannya Nampak begitu meruncing dan penuh berliku, Tepat bagai dikata, Rule Of Law, Semua warga tak kira siapa saja kena patuh dengan undang2 negara, Andainya Tun tak buat benda tu dulu, Rasanya apa akan jadi sekarang? Come on, Back to the root, Kita semua manusia biasa saja, tak ada beza pun, Aku ingat lagi petikan daripada rampaian tulisan ko dulu, Kalau Putera Charles makan jering, kencing beliau baunya haring? Jadi dalam soal Raja-Raja melayu ni semua, Aku harap rakyat Malaysia ni matanglah dalam menilai, Aku malas nak menulis Panjang lagi, Sebab aku sebagai warganegara Malaysia yang berdaulat memang faham sungguh sensiiviti feudalism yang begitu tebal membonsaikan fikrah ramai, Semoga bani Melayu bangkit dari lamunan mimpi acuan penjajah sejak sekian lama, Aamiin.

Tanpa Nama berkata...

Kang tok madey pla kena siasat hasut rakyat..

Tanpa Nama berkata...

TIADA SIAPA yg kebal, mengikut undang2 negara. Najib dan geng ingat mrk kebal, sebab mrk berkuasa. Si jamal bodoh pun terbawa2 ingat dia kebal. Bila tak ada kuasa lari lintang pukang.
Didepan Allah nanti TIADA makhluk yg kebal