Sabtu, 8 September 2018

AWAS AWAS AWAS






AWAS

JAGAN JADI

GANTI

MAT MASLAN

Pelantikan presiden UIAM: Jimatnya sedikit, ruginya banyak

KATA orang, lembu dipegang pada tali, manusia pula dipegang pada janji.

Soalan kepada Menteri Pendidikan Maszlee Malik mudah saja. Kalau beliau mahu menjimatkan dana awam dengan memegang jawatan presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tanpa menerima gaji, kenapa tidak beliau pegang jawatan yang setara di semua universiti awam?

Kalau tidak, cakapnya itu mengarut. Alasan lain bahawa beliau dilantik ke jawatan itu oleh ketua perlembagaan universiti iaitu Sultan Pahang juga mengarut. Beliau boleh menolak lantikan itu.

Tetapi sekiranya Maszlee bertegas menerima lantikan itu, beliau tidak ada bezanya dengan lawak jenaka Menteri Pertahanan Mohamad Sabu semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tentang bagaimana Najib Razak, pengerusi penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meminta duit daripada menteri kewangan Najib Razak dengan kelulusan perdana menteri Najib Razak.

Jadi, bolehkah kita bayangkan Maszlee Malik, presiden UIAM meminta apa-apa daripada Menteri Pendidikan Maszlee Malik dan diluluskan? Bagaimana dengan universiti lain. Jimatkan duit dengan melantik beliau mengepalai semua universiti.

Seperti yang disebut oleh Mohamad ketika itu: “Kalau beginilah caranya kerajaan memerintah, gunung emas dan permata pun tak cukup.” 

Dan itulah sebabnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) menang, atas janji ia tidak akan mengulangi apa yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Riuh rendah tentang jawatan presiden UIAM ini menunjukkan banyak hal tentang Malaysia dan terhakisnya integriti sejak kebelakangan ini. Sejak sebelum 1MDB pun, ada beberapa skandal daripada Maminco sampai kepada Perwaja membawa kepada pengswastaan dan menghaknegarakan Malaysia Airlines.

Kita mungkin merasakan muka baru seperti Maszlee tahu apa yang beliau buat dengan menerima pelantikan ke jawatan presiden UIAM. Mustahil untuk memakai dua topi pada suatu masa. Kalau beliau tidak fikir begitu, lihat saja apa jadi pada Najib hari ini.

Bukan saja peranannya dalam 1MDB dan kerajaan yang menyebabkan beliau tersungkur. Najib juga pengarah BN Selangor semasa PRU13 ketika beliau juga adalah pengerusi BN pusat.

Bolehkah beliau menegur dirinya sendiri kerana gagal memenangi semula Selangor dalam pilihan raya itu? Adakah beliau mengambil tanggungjawab atas kekalahan undi popular pada 2013, selain kalah lebih banyak kerusi persekutuan?

Apa yang Maszlee boleh buat untuk UIAM yang beliau tidak boleh buat sekarang sebagai menteri? Bagaimana dengan aspek pendidikan yang lain, daripada rendah sampai ke menengah dan pengajian tinggi? Ini bukan kementerian yang kecil dan sebarang dasar akan mengambil masa untuk dilaksanakan.

Senang untuk kata, menerima jawatan itu akan menjimatkan duit rakyat tetapi itu yang dikatakan orang, sayangkan garam sececah, busuk kerbau seekor. Orang yang kerjanya tidak berbayar tidak akan ada tanggungjawab yang sama dengan orang yang kerjanya berbayar.

Bayarlah gaji presiden UIAM dan ahli akademik lain dengan setimpal dan pastikan mereka bertanggungjawab atas tugas mereka. Jika tidak, kita berdepan dengan satu lagi perkara yang boleh jadi seperti 1MDB dalam soal pelantikan UIAM ini.

Orang mungkin berfikir ahli akademik itu bijaksana kerana kerja mereka mendidik pelajar dan Maszlee dilihat sebagai antara yang lebih bijak yang ada dalam sistem. Tetapi episod UIAM seawal begini dalam karier politik Maszlee menunjukkan mereka yang di dalam sistem memerlukan tahap kebijaksanaan dan integriti yang lebih tinggi.

Dan tentunya, akal budi yang lebih sihat. – 7 September, 2018.


INGAT 

NAJIB PERDANA
NAJIB MENTERI KEEWANGAN
NAJIB PENGERUSI IMD

PENGERUSI IMDB
MINTA DAN DARI MENTERI KEWANGAN
MENTERI KEWANGAN MINTA DANA DARI PERNADA MENTERI

MAZLEE MENTERI PELAJARAN
MAZLE PRESIDEN UIA

PRESIDEN UIA  MINTA DANA
DARI MENTERI PELAJARAN



-------------------

Tiada ulasan: