Jumaat, 30 November 2018

CASH IS KING






DENGAR DENGAR

PEMAKAN DEDAK

SPRM, PDRM Lambat Ambil Tindakan Kerana Makan Dedak Najib, Dakwa Tamrin



SHAH ALAM – Anak bekas Timbalan Perdana Menteri,  Tamrin Abdul Ghafar mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) lambat bertindak terhadap ‘dalang’ yang meminda laporan audit 1MDB disebabkan sudah termakan dedak  Najib Razak.

Tamrin yang juga anak kedua kepada Tun Abdul Ghafar Baba berkata, ini berdasarkan kenyataan Ketua Audit Negara,  Dr Madinah Mohamad bahawa laporan rasmi telah pun diserah oleh Jabatan Audit kepada SPRM dan Polis untuk diambil tindakan lanjut.

“Jika didapati dakwaan Ketua Audit Negara itu sahih maka mereka yang terlibat boleh didakwa dan dipenjarakan.

“Penipuan yang dilakukan oleh Najib,  Ali Hamsa (KSN), Ambrin Buang (bekas Ketua Audit Negara), Dzulkipli Ahmad (bekas KP SPRM) dan Shukri Salleh ( mbekas Ketua Setiausaha Sulit PM) dan turut terlibat Apandi Ali (bekas Peguam Negara) dan Arul Kanda; mereka ini boleh dikategorikan sebagai  ‘Pengkhianat Negara’ atau ‘Treason’.

“Oleh kerana laporan lengkap sudah pun diserahkan oleh Jabatan Ketua Audit Negara kepada SPRM  dan Polis, maka apa lagi yang hendak ditunggu?

“Saya tidak percaya cakap-cakap  kononnya ada di kalangan kakitangan  SPRM dan Polis yang telah disumbatkan dengan dedak oleh penganut  ‘Cash Is King’ ; maka itulah sebabnya kata mereka tindakan terhadap ketujuh-tujuh pengkhianat tersebut seperti kura-kura,” katanya dalam satu kenyataan.

Madinah baru-baru ini mengesahkan bahawa Najib pada 22 Nov 2016 mengarahkan Ambrin Buang, yang merupakan ketua audit negara ketika itu, meminda laporan audit 1MDB.

Madinah turut mendedahkan setiausaha sulit Najib, Shukry Mohd Salleh turut mengarahkan bahagian yang menyebut ahli perniagaan Low Taek Jho dalam laporan itu, dikeluarkan.

Bagaimanapun Najib dalam kenyataan balasnya menerusi Facebook menjelaskan bahawa pihaknya menerusi Kementerian Kewangan telah menjawab melalui jawapan bertulis di Parlimen pada 21 Disember 2015 untuk mengesahkan bahawa Jho Low pernah menghadiri satu mesyuarat 1MDB tetapi hadir dalam kapasiti mewakili syarikat PetroSaudi dan bagi pihak Putera Turki.

Tambah Najib, selain jawapan bertulis di Parlimen, penglibatan Jho Low juga pernah dibincangkan di prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 25 November 2015, iaitu sebelum daripada tarikh yang didakwa ia diarahkan untuk dipinda (November 2016).

Daam pada itu Tamrin turut tidak menolak ‘kelambatan’ tindakan polis berhubung perkara itu disebabkan rasa terhutang budi Fuzi Harun terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang memilihnya sebagai Ketua Polis Negara (KPN). 

Malah disebabkan itu juga, dakwa Tamrin, polis seolah-olah takut untuk mengambil tindakan terhadap Zahid ekoran masih mahu meneruskan himpunan gergasi membantah ICERD pada 8 Disember depan, walaupun kerajaan sudah menyatakan tidak akan meratifikasi konvensyen itu.

“Ada juga kedengaran kononnya  Fuzi terhutang budi kepada Zahid kerana memilih beliau sebagai Ketua Polis Negara.

“Pengkhianatan yang dilakukan oleh ‘ The Gang of  Seven ‘ ini turut dikutuk oleh akhbar Utusan Malaysia, kepunyaan UMNO sendiri.

“Jika akhbar UMNO sendiri sudah tidak boleh telan penipuan Najib dan perhimpunan yang dirancang oleh UMNO dan PAS maka apa lagi yang hendak ditunggu oleh  Fuzi selaku Ketua Polis Negara?

“Laksanakanlah tugas tanpa takut dan terhutang budi demi keluhuran Perlembagaan dan Undang – Undang sebelum dihancurkan oleh mereka yang hanya mementingkan diri.

“Selepas pendedahan dibuat oleh Madinah, rakyat sedang melihat telatah Ahli-Ahli Parlimen pembangkang khususnya UMNO, sama ada mereka terus menyokong pengkhianat-pengkhianat tersebut atau sebaliknya,” katanya lagi. -SuaraTv 

TIBAI JANGAN

BERI PELUANG

DAH JATUH

TERUS PIJAK

DAH MATI KITA

SIMIN KUBUR

---------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Macam ni la bakal sultan melaka...berani dan tegas...baru boleh jadi agong lepas ni...kahkahkah