Khamis, 27 Disember 2018

PERJUANGAN MELAWAN LUPA






Rancangan 16 September Gagal - Anwar Ibrahim - Semasa | mStar

Feb 6, 2017 - KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa rancangan untuk mengambil alih ...
Anwar Ibrahim berkata kerajaan baru akan dibentuk pada 16 September 2008 sempena tarikh Sabah dan Sarawak merdeka melalui Malaysia. Setakat ini ...
Sep 19, 2018 - Dalam sejarah parti politik, 16 September juga hari ulang tahun Amanah yang ... Peristiwa itu adalah usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim hendak ...
Sep 16, 2018 - Sejak memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) penuh ...
Sep 10, 2008 - Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mungkin terpaksa melanjutkan tarikh 16 September untuk ahli parlimen Barisan 



PERJUANGAN

MELAWAN LUPA

Isham Rais ingatkan Nurul Izzah peristiwa 'kerajaan 16 September'

NURUL Izzah Anwar mungkin terlupa peristiwa 10 tahun lalu yang didalangi ayahnya sendiri, kata aktivis politik Hishamuddin Rais, apabila ahli Parlimen Permatang Pauh itu letak jawatan parti dan kerajaan kononnya kecewa dengan tindakan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti cuba menyertai Pakatan Harapan.

Hishamuddin mengingatkan 10 tahun lalu Anwar Ibrahim, yang ketika itu pembangkang, pernah cuba membentuk kerajaan dengan mendalangi ahli-ahli Parlimen BN menyeberang menjelang 16 September 2008.

“Anwar Ibrahim ada juga membuat usaha untuk menarik ahli BN lari kepada Pakatan Rakyat ketika itu (2008). Orang yang diarahkan ialah Tian Chua untuk memenangi hati wakil rakyat supaya menubuhkan kerajaan baru. 

“Izzah perlu lihat kembali, ini (lompat parti) bukan satu perkara baru. 

“Kenyataan Izzah (letak jawatan sebagai membantah ahli Parlimen lompat parti) kerana dia lupa apa yang dilakukan ayahnya,” kata Hishamuddin kepada The Malaysian Insight. 

Pada 18 Disember lalu, Nurul Izzah melepaskan jawatan naib presiden PKR termasuk pengerusi parti di Pulau Pinang serta jawatan dalam kerajaan, sebaliknya hanya mahu kekal sebagai ahli biasa dan ahli Parlimen “yang komited pada pembaharuan”.

Anwar yang juga presiden PKR kemudian menjelaskan Nurul Izzah berbuat demikian kerana “mual dan muak” dengan politiking yang berlaku sejak pilihan raya 9 Mei lalu, terutamanya tindakan ahli Parlimen bekas Umno keluar parti mahu menyertai PH.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail kemudian juga mengesahkan maklumat sama, Nurul Izzah terganggu dengan tindakan ahli Parlimen yang keluar parti dan menunggu untuk menyertai PH.

Hishamuddin merujuk pada drama politik pada September 2008 apabila 40 ahli Parlimen BN berlepas ke Taiwan kononnya untuk “lawatan sambil belajar”, ketika Anwar mendakwa kerajaan BN akan tumbang menjelang 16 September.

Rentetan daripada drama itu, Anwar menyaman bekas menteri luar Anifah Aman kerana mendakwa ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri sekiranya lompat parti menyokong Pakatan Rakyat ketika itu.

Mahkamah menolak saman tersebut, namun semasa perbicaraan beberapa maklumat lebih terperinci mengenai gerakan lompat parti itu terdedah termasuk berdasarkan keterangan bekas timbalan speaker Ronald Kiandee yang mengaku 40 ahli Parlimen BN ke Taiwan untuk menghalang mereka lompat parti.

Beliau memberitahu mahkamah lawatan itu – yang dilaporkan sebagai lawatan untuk mempelajari teknologi pertanian – adalah untuk menyekat Anwar daripada berhubung dengan ahli-ahli Parlimen BN berkenaan.

Menurut Hishamuddin, lompat parti adalah amalan biasa dalam demokrasi.

Namun perkara itu boleh ditangani sekiranya kerajaan tidak menganaktirikan wakil rakyat pembangkang dalam soal peruntukan kewangan, seperti di Finland dan Denmark.

“Wakil rakyat lari kerana jika dia masih kekal maka dia tidak akan melakukan apa-apa kerana mereka tidak perolehi peruntukan. 

“Parlimen perlu selesaikan masalah agihan dana ini, seperti negara maju di Finland dan Denmark yang bukan saja beri dana adil kepada wakil rakyat pembangkang malah dana untuk pilihan raya juga diberikan sama rata,” katanya.
The Malaysian Insight kelmarin juga melaporkan 36 ahli Parlimen pembangkang BN menandatangani surat menyokong Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang mengetuai kerajaan kerana mahukan peruntukan kewangan untuk berkhidmat kepada kawasan masing-masing. – 26 Disember, 2018.


LUPA SEJARAH

LUPA FAKTA

SEKARANG 

MUSTAHIL

BOLEH LUPA

KITA ADA

INTERNET

SEMUA DIRAKAM

JANGAN CUBA 

PUTAR ALAM

Sep 16, 2018 - Sejak memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) penuh ...
Sep 10, 2008 - Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mungkin terpaksa melanjutkan tarikh 16 September untuk ahli parlimen Barisan ...




----------------

2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Mungkin Nurul Izzah lupa yang dia tu janda .. dan lupa yang Si Menantu Abah tu laki orang berkote itam. Tapi ..tapi ..tapi jgn lupa lak abang Mujahid..

Tanpa Nama berkata...

ko sokong juga masa tu kan? pundek laa lu.Sekarang dah dapat dedak Madeyy sedaplah.