Isnin, 1 Julai 2019

CARI NIK FAIZAL



CARI 

NIK FAIZAL

HIDUP ATAU

MATI 

WARGA MALAYSIA
DIMANA SAJE BERADA
SILA BERI MAKLUMAT
JIKA TERNAMPAK ATAU TERDEGAR
BEROTA NIK FAIZAL
INI ORANG JAHAT
WAJIB DIBAWA PULANG UNTUK
DIMASUKAKN KE DALAM PENJAZRA

NIK FAIXZAL IALAH PENYAMUN
YANG BERSUBAHAT DENGAN NAJIB
MEROMPAK DUIT RAKYAT




Bekas pengarah SRC International diperiksa balas berhubung sebab larikan diri

PERBICARAAN SRC International Najib Razak mmasuki hari ke 30 hari ini, dengan saksi ke 42, bekas pengarah SRC International Suboh Md Yassin kembali mengambil tempat.

Beliau dijangka akan diperiksa balas oleh peguam bela berhubung dakwaan beliau meninggalkan negara kerana bimbang dengan nasib dirinya selepas skandal 1Malaysia Development Berhad terbongkar pada 2015.

Dua minggu lalu, Suboh, 68 memberitahu mahkamah beliau melarikan diri ke Bangkok, Thailand.

“Saya bimbang dengan apa yang berlaku dan Najib, yang berkuasa sebagai perdana menteri ketika itu. Saya tidak tahu apa yang akan berlaku kepada saya dan keluarga saya.”

Najib yang juga menteri kewangan ketika itu menjadi tumpuan berhubung skandal 1MDB.

SRC International merupakan entiti kerajaan, bekas anak syarikat 1MDB, sebelum ditukar hak milik kepada Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada Februari 2012. Najib juga merupakan penasihat emeritus kepada SRC International.

Pemeriksaan balas hari ini juga dijangka akan memfokuskan kepada motif beliau melarikan diri, dan juga dakwaannya bahawa bekas CEO SRC International Nik Faisal Ariff Kamil dan Najib mengawal sepenuhnya SRC International.

Suboh berkata beliau dinasihatkan untuk melarikan diri oleh Nik Faisal, yang sehingga kini masih tidak dapat dikesan. Beliau turut mendakwa menerima panggilan telefon daripada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak dikenali.

Di Bangkok, Suboh bertemu seorang lelaki tidak dikenali yang menawarkan tiket penerbangan ke Abu Dhabi.

Beliau tinggal di Hotel Rosewood di Abu Dhabi lebih seminggu, dengan semua perbelanjaan dibayar. Beliau kemudian kembali ke Bangkok dan kemudian ke Kuala Lumpur.

Di Malaysia, Suboh berkata, beliau dihubungi Nik Faisal, yang sekali lagi memintanya lari untuk mengelakkan pihak berkuasa. Ini berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke 14 Mei tahun lalu.

Suboh memberi keterangan bahawa beliau hanya mempunyai peranan kecil di SRC International. Katanya, tiada apa yang boleh diteruskan tanpa kelulusan daripada Nik Faisal yang disifatkannya sebagai “ada kaitan” dengan Najib.

Beliau turut memberitahu mahkamah bahawa Nik Faisal merujuk kepada Najib setiap kali rujukan dibuat terhadap “orang berpangkat yang lebih tinggi” yang mahukan cadangan atau transaksi melibatkan jumlah yang besar dipercepatkan.

Sebagai contoh katanya, lembaga pengarah yang membuat keputusan untuk mempercepatkan pemberian RM250 juta kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd, yang dilantik pada 3 September, 2014 untuk menjalankan program tanggungjawab sosial korporat SRC International.

“Saya bangkitkan persoalan mengenai peratusan syarikat dan isu berkaitan pematuhan kerana RM250 juta itu melibatkan penggunaan dana SRC International.

“Tetapi Nik Faisal mendakwa, ‘Ia akan diuruskan’, dan menambah perkara itu telah diluluskan oleh ‘pihak atasan’.

“Pada pandangan saya, ‘pihak atas’, yang disebutkan oleh Nik Faisal, merujuk kepada Najib, yang merupakan penasihat emeritus SRC International,” katanya kepada mahkamah.

Suboh menyerah diri kepada SPRM pada Jun tahun lalu, dan kini berada di bawah program perlindungan saksi.

Pertuduhan Najib pada perbicaraan ini adalah berkaitan pinjaman sebanyak RM4 bilion yang dikeluarkan kepada SRC International pada 2011 dan 2012, yang mana beliau didakwa menerima RM42 juta dalam akaun peribadinya pada 2014 dan 2015.

Beliau berdepan tiga tuduhan jenayah pecah amanah, tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu penyalahgunaan kuasa. Jika sabit kesalahan, beliau bakal menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Najib, 66 diwakili sepasukan peguam yang diketuai oleh Muhammad Shafee Abdullah.

Peguam Negara Tommy Thimas mengetuai pasukan pendakwaan manakala Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengetuai perbicaraa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

The Malaysian Insight membawa anda prosiding hari ini secara langsung:

9am: Najib menunggu di lobi mahkamah sebelum sesi perbicaraan bermula.

Ketua pendakwaan Tommy Thomas dan peguam bela turut berada di lobi.

Perbicaraan dijadualkan bermula pada pukul 9.30 pagi. – 1 Julai, 2019




CAMKAN

MUKA INI
-------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau aku tau dimana nik faisal nyuruk dan repot polis akan dapat apa2 reward ke? kalau tak dapat apa2 reward aku serah pada polis jer lah. polis kalau susah sangat nak jejak nik faisal boleh gabung dgn jabatan tipah koya, bomba, jpam, lln, plus dan lain lain tu. korang dah dapat gaji so buatlah kerja cari nik faisal. kang tak pasal2 aku repot aku pulak yg end up dlm tong semen.. eh! silap simen.

Fakhrudin Ibrahim berkata...

sape sbnrnye yang melindungi nik faizal? najib ke atau org yg fitnah najib?