Khamis, 22 Ogos 2019

GRADUAN TAK ADA KERJA







ILMU APA

YANG DIPELAJARI
KOMENTAR
MASA DAN KETIKA DAH SAMPAI
UNTUK KITA SEMUA
 MENGUBAH CARA BERFIKIR

KITA KE SEKOLAH
KITA BELAJAR 
KITA KE UNIVERSITI
UNTUK MENCARI ILMU
UNTUK MENJADI MANUSIA
YANG BERGUNA 
MANUSIA YANG JUJUR
UNTUK 
MENJADI ANGGOTA MASYARAKAT
YANG MEMILIKI NILAI KEMANUSIAAN

 MENJADI MANUSIA YANG JUJUR
TERHADAP SESAMA MANUSIA
TERHADAP ALAM INI
TERHADAP SEMUA HIDUPAN
DI BUMI MANUSIA

INI WAJIB  DIJADIKAN AKIDAH
INI WAJIB DIJADIKA PEDOMAN

MELIHAT 
ANAK SEMUA BANGSA
DAN
BANGSA SEMUA AGAMA
SETARAF SEDERAJAT

PEKARA PEKARA INI
 WAJIB DIJADIKAN
ILMU PERSEKOLAHAN
ASAS PEMBELAJARAN
ASAS KEILMUAN

ASAS ASAS INI
YANG WAJIB DITANAM
DARI AWAL PEMBELAJARAN

BERSEKOLAH UNTUK MENCARI KERJA 
TAMAT SEKOLAH BARU BOLEH BEKERJA
ADALAH PANDANGAN  LAMA

TUJUAN KITA BEKERJA
UNTUK HIDUP
BUKAN KITA HIDUP UNTUK BEKERJA

MAKIN RAMAI GRADUAN BEKERJA
MEMBUAT KERJA
YANG TIDAK ADA SANGKUT PAUT
DENGAN APA YANG 
DIPELAJARI DI UNIVERSITI


ZAMAN KERJA LUMAYAN
TELAH HABIS
BUKAN SAHAJA DI MALAYSIA
MALAH DISELURUH DUNIA

KESAMPAIN TEKNOLOJI AI
AKAN
MENJADIKAN  KONSEP
BELAJAR UNTUK MENDAPAT KERJA
SATU KONSEP YANG USANG

SEKOLAH WAJIB 
MENDIDIK KITA 
BERFIKIR  KRITIKAL

BERTANYA BERFIKIR  MEMBACA
MEMBUAT  KEMUDIANBERFIKIR
DAN MEMBUAT LAGI

BERTANYA
TANPA PADANGAN KRITIKAL
ADA BUDAYA RETARD
MENDENGAR DARI YANG RETARAD
MENJADIKAN KITA RETARD

40,000 graduan menganggur di Sabah


KADAR pengangguran yang tinggi dalam kalangan graduan di Sabah adalah disebabkan kursus yang ditawarkan tidak sepadan dengan tawaran kerja dan keperluan industri selain kurang kemahiran keusahawanan, kata seorang menteri yang juga bekas pegawai kanan kerajaan negeri.

Kurang tumpuan dalam menyediakan graduan untuk bekerja di syarikat-syarikat besar yang mempunyai saingan sengit juga menjadi sebab apabila lebih banyak peluang pekerjaan disediakan dalam industri perusahaan kecil dan sederhana, kata Timbalan Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Jenifer Lasimbang.

Masalah lulusan graduan menganggur dibangkitkan semula baru-baru ini di tengah-tengah kontrovesi mengenai pelantikan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan keperluan kepimpinan universiti baharu bagi menangani masalah pengangguran.

Lasimbang berkata terdapat kira-kira 40,000 graduan menganggur di Sabah ketika ini dan kajian sedang dilakukan.


Lasimbang berkata tidak angka mengenai kebolehpasaran graduan UMS tetapi mengakui angka itu “teruk” dan jauh lebih teruk dari 61% kebolehpasaran yang dinyatakan oleh Gerakan Akademik Malaysia (Gerak).

“Kami cuba bekerjasama dengan UMS untuk menjadikan graduan boleh bekerja. Malah Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Sabah kini juga semakin baik.

“Sudah tiba masanya UMS melihat hubungan industri yang lebih baik, mengkaji semula kurikulum mereka dan meningkatkan kerjasama dengan kementerian, industri, perniagaan dan syarikat berkaitan kerajaan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Pada 2018, jumlah penganggur di Sabah adalah 112,000 yang kedua tertinggi di negara ini.

Menurut Jabatan Perangkaan daripada jumlah itu, 40% terdiri daripada kalangan graduan.

Kadar pengangguran negeri juga 5.8% lebih tinggi dari kadar kebangsaan semasa sebanyak 3.3%. 

Lebih besar tidak selalu lebih baik

Pengerusi Institut Pembangunan Kajian Simon Sipaun juga berkata kemahiran yang tidak sepadan antara sebab utama graduan menganggur di Sabah.

“Menggalakkan orang muda memulakan perniagaan mereka sendiri adalah satu cabaran besar kerana bukan sahaja membantu belia bekerja sendiri tetapi bidang keusahawanan boleh menjadi sumber alternatif mewujudkan peluang pekerjaan dan peluang baharu,” katanya.

Beliau berkata kerajaan harus membantu belia dengan menyediakan dana permulaan dan latihan.

Lasimbang berkata sebahagian daripada ketidaksepadanan kursus ditawarkan disebabkan universiti lebih tertumpu pada kerjasama dengan syarikat dan industri besar, realitinya peluang pekerjaan banyak dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Graduan dan ibu bapa mereka juga terikat dengan tanggapan bahawa kerja yang “bagus” hanya ditawarkan oleh syarikat besar. – 22 Ogos, 2019.


------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

40.000 graduation pemalas tidak berdiscipline tidak berdiri dibumi nyata tidak kendiri hilang pedoman hidup tiada keyakinan tiada warisan wawasan hilang dlm bayang tidak meruang tidak memberi ruang tidak tahu mencari peluang tidak mahu menciptakan peluang tidak mampan tidak tahu berfikir diluar kotak tidak itu tidak ini tidak begitu begini bla bla bla hasil didikan pembelajaran professor cap ayam cap ayam hasil didikan anak ikan British encik umno.

Lone ranger pomen berkata...

Masa Aku keluar Mara tahun 97. Aku dpt offer Kat subang air port. Gse atau ground support equipment. Dia Bahagian selanggara unit bantuan darat kapal terbang, mcm air start unit. Air marrel, commander name unit tu. Tapi bila masuk aje. Bengkel tu takde kosong. Last Dia org letak Kami Kat utility servis. Bahagian cuci kapal terbang. Dari 40 org masa tu, tinggal taK Sampai 10 org. Tapi keje jugak la. Baru habis belajar pun. Pas 6 bulan, baru Kami masuk bengkel Dan pejam celik, dah 20 tahun lebih Aku bergelumang dgn Minyak. Sampai la Aku keje sendiri. Jgn pilih keje sgt. Kejw je dulu, adr peluang nanti, masuk la. Kalau rezeki taK kemane. Kekadang bidang Yg Lari Dari ilmu kita, tU la Yg serasi dgn kita. Mane tau.