Ahad, 3 November 2019

LAT KOYA MANA KAMU






LAT KOYA

MANA KAMU

INI KES BERAT

Mana enam helikopter, tanya Patriot kepada Hishammuddin


BEKAS menteri Hishammuddin Hussein perlu menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi dengan enam buah helikopter tempur ringan yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan semasa pentadbirannya pada 2016, gesa Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot).

Presiden Patriot Mohamed Arshad Raji berkata Hishammuddin tidak pernah mengeluarkan satu kenyataan pun mengenainya sejak isu itu dibangkitkan dalam media.

Kata Arshad, semua pihak berhak bertanyakan kepastian yang tuntas mengenai enam helikopter jenis McDonnell Douglas MD530 yang belum lagi kerajaan terima walaupun dibeli tiga tahun lalu.

“Beliau tidak bercakap sepatah pun sebaliknya berani tanya Kementerian Pertahanan macam mana hendak belanja RM15.6 juta daripada peruntukan 2020,” kata Arshad dalam satu kenyataan hari ini.

“Apa sebenarnya jadi dengan helikopter yang tidak diterima ini?”

Arshad juga bertanya apakah sebenarnya ada keperluan untuk pentadbiran sebelum ini membeli kelengkapan helikopter berkenaan.

Kontrak pembeliannya ditandatangi pada November 2016 selepas pertunjukan semasa Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima) 2015. 

Enam helikopter yang dikatakan untuk kegunaan tentera itu bernilai lebih RM300 juta, dengan RM113 juta sudah dibayar. 

Kontrak itu juga menyatakan helikopter berkenaan akan diterima dalam dua peringkat, pada Julai 2017 dan Disember 2018.

“Kenapa perlu melantik agen, sedangkan perolehannya boleh dibuat oleh kerajaan sendiri?

“Agen itu dilaporkan gagal bertanggungjawab melunaskan kontrak. Sudahkah komisyen dibayar kepada agen?” tanyanya.

Oleh sebab kontrak itu dimeterai oleh pentadbiran sebelum ini, wajarlah bekas menteri dan pegawai yang berkenaan bertanggungjawab kerana cuai, kata Arshad.

Katanya, tindakan perlu diambil tanpa mengira kedudukan mereka, walaupun sudah bersara dari perkhidmatan.

Pada Jun lalu, Kementah membuat laporan mengenai pembelian helikopter ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam satu kenyataan semalam, Kementah menjelaskan enam helikopter itu belum dihantar kerana pelbagai isu teknikal berkaitan dengan syarikat pembuat asalnya.

Tarikh penghantarannya telah dipinda tiga kali, namun belum sebuah pun yang telah diserahkan kepada kerajaan sampai hari ini, kata kementerian.

Kementah juga menjelaskan setakat ini 35% daripada nilai kontrak RM321.9 juta, atau bersamaan RM112.6 juta, sudah dibayar kepada syarikat itu.

“Kementerian sedang mengkaji maklumat dan maklum balas yang diterima dari semua pemegang taruh bagi memuktamadkan hala tuju mengenai perolehan helikopter ini. 

“Kerajaan telah mengenal pasti beberapa opsyen yang boleh diambil bagi menangani permasalahan perolehan ini dan akan memastikan sebarang keputusan yang diambil hanya akan mengakibatkan kerugian paling minima kepada kerajaan,” kata kenyataan itu. – 2 November, 2019.


DUIT LESAP KE?

HELI TAK SAMAI

INI KE  MUKA

YANG NAK BUAT

KERAJAAN BARU

POOODAH
KAH KAH KAH


----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


duit gulung-gulung pastu simpan dalam rektum.. rektum lohong namany...