Selasa, 14 April 2020

SAMA SAMA KITA USAHAKAN DEMI KESELAMATAN



SAMA SAMA

KITA USAHA

DEMI

KESELAMATAN 


Gulung tikar jika waktu operasi Ramadan terhad, kata pengusaha restoran

PENGUSAHA restoran dan kedai makan merayu kerajaan memanjangkan tempoh operasi perniagaan semasa bulan puasa yang akan bermula sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahap ketiga.

Persatuan ini bimbang had masa operasi pada bulan puasa akan menyukarkan peniaga dan menyebabkan mereka menanggung lebih banyak kerugian.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Melayu Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor Permas Ayob Abd  Majid menjelaskan, perniagaan mereka sudahpun banyak terjejas sejak PKP dikuatkuasa.

“Sekarang ini pun perniagaan kebanyakan ahli kita memang terjejas. Boleh dikatakan kutipan harian hanya sekitar 20% hingga 30 %.

“Walaupun kita guna khidmat penghantar makanan seperti Food Panda dan Grab pun masih sukar juga.

“Sebab itu kalau boleh kita minta kerajaan  panjangkan operasi lebih dari 8 malam. Kalau boleh sampai jam 10 malam pun OK,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau juga bimbang ramai pengusaha akan menghentikan perniagaan akibat kerugian dan tidak dapat menanggung kos operasi sekiranya kerajaan tidak membenarkan waktu operasi dilanjutkan.

Tambahan pula, pemilik kedai tidak dapat menutup kedai pada waktu siang untuk mengusahakan bazar ramadan semasa bulan puasa seperti diamalkan pada tahun-tahun sebelum ini, katanya.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam memutuskan operasi segala bentuk bazar Ramadan tidak dibenarkan sepanjang PKP berlangsung untuk mengelak jangkitan Covid-19.

Bagaimanapun, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa masih berusaha untuk membolehkan pengusaha dapat berniaga pada bulan Ramadan secara pesanan, pandu lalu dan penghantaran.

Di sepanjang PKP, pengusaha kedai makan juga hanya dibenarkan menggunakan kaedah serupa dan dilarang membenarkan pelanggan makan di premis.

Pada fasa pertama PKP yang berkuatkuasa bermula 18 Mac lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan kedai makan beroperasi antara 6 pagi hingga 10 malam.

DBKL kemudiannya menarik balik waktu operasi 6 pagi hingga membenarkan kedai makan 24 jam beroperasi semula.

Namun arahan itu terbatal dan operasi kedai makan 24 jam ditetapkan semula pada 6 pagi hingga 10 malam selepas Majlis Keselamatan Negara mengeluarkan soalan lazim.

Lanjutan PKP yang memasuki fasa kedua pula menyaksikan tempoh operasi kedai makan dihadkan lagi dari 8 pagi ke 8 malam.

Saranan sama agar kerajaan membenarkan kedai makan beroperasi lebih lama pada bulan Ramadan turut disokong seorang lagi pengusaha restoran di Ampang Jaya, Mohamed Azrin Anver Ali.

Pemilik restoran itu berkata pelanggan akan mudah membeli juadah berbuka puasa dan sahur jika kerajaan membenarkan tempoh operasi 24 jam semula.

“Bukan semua boleh bersahur dan berbuka di rumah terutamanya para petugas barisan hadapan,” katanya, turut mencadangkan pemilik kedai makan mengetatkan lagi langkah pencegahan.

Azrin berkata beliau kini menanggung kerugian waktu PKP dan bimbang ia akan meningkat sehingga 90% jika waktu perniagaan tidak dilanjutkan.

“Jikalau kerajaan masih menetapkan waktu operasi dari 8 pagi hingga 8 malam, ramai di antara pengusaha restoran gulang tikar.

“Bukan semua pemilik bangunan memberi pelepasan atau pengurangan sewa. Kami juga perlu menjaga kebajikan seperti gaji, makan dan minum, tempat tinggal (pekerja) dan sebagainya,” katanya.

Seorang lagi pemilik kedai makan di Sungai Buloh, Rasidah Hamzah berkata mereka tiada pilihan melainkan akur dengan tempoh operasi waktu PKP jika kerajaan enggan memberikan pengecualian.

Pada masa sama, beliau bukan saja susah hati tetapi keliru dan sukar menyesuaikan waktu perniagaannya terutama pada waktu bulan puasa kelak.

“Dengan tempoh masa yang singkat menjelang Ramadan kami cuma mampu berusaha dan tawakal dalam mengharungi detik sukar ini.

“Bila masuk bulan puasa saya lagi susah hati sebab masa singkat sangat berniaga sampai 8 malam. Walhal kami penjual makanan seperti tom yam yang lebih sesuai pada waktu malam.

“Jadi saya menjangkakan perniagaan saya akan lagi merosot. Sekarang pun saya sudah berhentikan enam pekerja,” katanya.

Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Sabah  juga melontarkan cadangan sama meminta kerajaan memanjangkan tempoh operasi restoran muslim semula dan sepanjang bulan puasa.

Penasihatnya,Baisul Khan Salman Faris mencadangkan waktu perniagaan restoran yang sesuai bermula 3 petang hingga 3 pagi bagi memudahkan orang ramai membeli makanan berbuka dan bersahur.

“Wajarlah kerajaan mempertimbangkan semula dibuka sehingga 9 malam sehingga bulan puasa dan dipanjangkan ke 3 pagi untuk bulan puasa.

“Tidak semua rakyat mampu masak sendiri di rumah,” katanya. Sabah menetapkan had masa operasi restoran bermula 6 pagi hingga 6 petang.

PKP dilanjutkan ke peringkat ketiga bermula 15 April hingga 28 April bagi membolehkan pandemik Covid-19 terus terkawal.

Setakat semalam, Malaysia mencatat sejumlah 4,817 dan 77 kematian dan jumlah kes sembuh lebih ramai berbanding kes baharu. – 14 April, 2020.


BAYANGKAN

KALAU

TERUS MENIAGA

PELANGGAN

HABIS MATI

AKHIRNYA

GULUNG TIKAR

LINGKUP JUGA

2 ulasan:

Wayang tamill berkata...

tt saya rasa Msia panjan ledakan vabak lni krn lapisan rayat kurang DCPlN. semacam kau ulang2 cakap ...? Kah. . .(3)

hamim berkata...

TT, kalau pelanggan habis mati dah tentu tak niaga, tapi kalau tokeh kedai dan pekerja kena jangkitan covid19 macam mana? Masa niaga panjang, peluang kena jankitan pun panjang...nak untong tapi masuk kubor buat apa?