Selasa, 14 April 2020

PERTEMPURAN BERTERUSAN





PERTEMPURAN

BERTERUSAN



573 orang di Masjid India jalani saringan Covid-19, kata KP Kesihatan



Seluruh kawasan Masjid India di bawah perintah lebih ketat, kata Ismail Sabri


Bilangan tentera ditambah untuk PKP fasa ketiga



Tiada kes baharu daripada 5 kluster Covid-19


TIADA kes baharu dilaporkan daripada beberapa kluster Covid-19 yang dikenal pasti, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini.

Jumlah kes lima kluster yang dikenal pasti- kenduri kahwin Bangi, pesakit dalam pengawasan Itali di Sarawak, gereja Sarawak, Rembau dan Bali di Kuantan- masih kekal sama kerana tiada kes baharu dilaporkan.

Bagi kluster tablih Seri Petaling pula, Dr Noor Hisham berkata, 24,605 sampel sudah diambil dan daripada jumlah itu, 1,904 kes sah positif manakala 20,122 lagi negatif.

Manakala, kawasan yang diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD) seperti Kluang, Johor dan bangunan Malayan Mansion dan Plaza City One juga tidak melaporkan kes jangkitan baharu.

Tetapi, 11 kes baharu dilaporkan berlaku di Sungai Lui, Hulu Langat dan satu kes baharu dilaporkan di Selangor Mansion, katanya lagi. – 14 April, 2020.



AWAS

Tiada ulasan: