Sabtu, 11 April 2020

TAK HABIS LAGI KES TABLIGH







AL-FATIHAH

JANGKITAN

KLUSTER TABLIGH

BELUM HABIS

Pelajar Unimas korban Covid-19 lambat dapatkan rawatan, kata Sarawak

KORBAN Covid-19 yang paling muda, seorang siswi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berumur 23 tahun yang meninggal dunia semalam, tidak mendapatkan rawatan jangkitan lebih awal, kata jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Abdul Karim Hamzah.

Pelajar tahun akhir jurusan sains komputer dan teknologi maklumat itu sepatutnya membuat saringan Covid-19 selepas kedua-dua ibu bapanya disahkan positif, kata menteri pelancongan, kesenian dan kebudayaan.

Menurut Karim, pelajar itu dirujuk ke hospital “pada peringkat akhir”.

Dalam sidang media harian memaklumkan perkembangan penularan Covid-19 di Sarawak, Karim berkata ibu bapa pelajar itu disahkan positif pada 26 Mac lalu.

Pelajar itu bagaimanapun hanya menjalani saringan pada 30 Mac selepas mengadu sukar bernafas.

Beliau dimasukkan ke Hospital Umum Kuching (HUS) pada hari yang sama dan meninggal dunia pagi semalam.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham semasa mengumumkan kematian ke-67 itu berkata, pelajar berkenaan mempunyai latar belakang penyakit tiroid.

Beliau juga dijangkiti daripada sejarah kontak rapat dengan kes positif 2469 dan 2470, iaitu kedua-dua ibu bapanya.

Kes itu juga adalah kes jangkitan generasi kelima dalam kluster persidangan gereja di Kuching, 

Satu makluman di Facebook mengumumkan kematiannya menggambarkan pelajar itu sebagai seorang yang berdedikasi kepada pengajiannya, seorang yang lemah lembut, dan suka menolong rakan pelajar yang lain.

“Dalam kalangan pensyarah dan rakan-rakan, beliau seorang yang mesra dan murah senyuman,” kata makluman itu.

Selain ibu bapanya, tiga adik beradik dan nenek pelajar itu juga dilaporkan positif Covid-19.

Koronavirus itu setakat ini sudah mengorbankan 13 orang di Sarawak.

Sementara itu, Shuhor Ahmad dari Masjid Ar-Riyadh di Taman Samarindah, Kota Samarahan, dalam satu makluman menyeru solat jenazah ghaib, memberitahu seorang ahli keluarganya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Satu pekeliling yang dikeluarkan oleh pegawai pendidikan Samarahan menyebut bapa pelajar itu ialah seorang guru Tingkatan Enam yang disahkan positif pada 26 Mac lalu.

Pekeliling itu juga menyebut ibunya turut disahkan positif pada hari yang sama.

Pekeliling itu yang memberikan perkembangan terkini keadaan di sekolah berkenaan turut memaklumkan pengetua dan seorang lagi guru juga positif dan dimasukkan ke HUS.

Pengetua itu didapati positif pada 24 Mac sementara seorang guru lelaki dijangkiti pada 26 Mac.

Penolong kanan sekolah juga diarah mengasingkan diri di sebuah pusat beliau serbaguna di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce.

Pusat itu juga merupakan tempat saringan Covid-19.

Karim menepis kebimbangan ibu bapa pelajar yang terkandas Unimas dan tidak dapat pulang kerana perintah kawalan pergerakan.

Katanya, jangkitan yang melibatkan warga Unimas bukan berlaku di kampus.

“Beliau dapat dari luar. Beliau tinggal bersama keluarga,” kata Karim.

“Jadi ibu bapa tidak perlu bimbang.”

Sebelum ini korban ke-41 merupakan seorang pensyarah Unimas dari Indonesia, meninggal dunia pada 31 Mac lalu.

Menurut Karim, pensyarah itu – yang dikenal pasti oleh agensi berita Antara sebagai Iran Amri Musoddiq – juga terkena jangkitan dari luar kampus.

Katanya, pensyarah itu mempunyai kontak dengan kluster tabligh. – 10 April, 2020.


BERHATI HATI

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Tablik O Tablik ..sapo tau sojarah Tablik ..den tau ..tak sanggup den nak choghito ..LOKOI bona bunyi eay. Tu sobab Cat Steven cakap, dio tak kan masok Islam kalau berpandukan GOLAGAT orang Islam.