Khamis, 6 Ogos 2020

BELOT SAMBIL BERAMAL





TERUSKAN

BERAMAL

TERUSKAN

MEMBELOT

AMIN

BUAT AMAL

TAK SAMESTNYA

PERGI MEKAH

AMIN

DALAM MAHKAMAH

BOLEH BERAMAL

Mahkamah diberitahu 1MDB berhutang melebihi kemampuan

1MALAYSIA Development Berhad (1MDB) sudah mempunyai beban hutang pada Mac 2013 namun syarikat itu memutuskan untuk menambahkan dana berjumlah AS$3 bilion bagi membiayai projek Tun Razak Exchange (TRX), mahkamah diberitahu hari ini. 

Perkara itu didedahkan oleh bekas ketua pegawai eksekutifnya Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika diperiksa balas oleh peguam bela Najib Razak, Wan Aizuddin Wan Mohamad dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan 1MDB bekas perdana menteri itu.

Shahrol berkata syarikat pelaburan berkenaan ketika itu sudah mempunyai hutang berjumlah RM10 bilion dan lembaga pengarah tidak setuju untuk membuat pinjaman lagi, namun mereka teruskan selepas didesak oleh Low Taek Jho atau Jho Low. 

Wan Aizuddin: Berapa banyak hutang 1MDB ketika itu?

Shahrol: Saya tidak pasti. Saya boleh katakan dengan pasti, (1MDB) sudah ada banyak hutang. 

Wan Aizuddin: Adakah kamu setuju 1MDB sedar untuk mendapatkan pinjaman lain atau keluarkan satu nota lagi, akan bertambah sukar?

Shahrol: Saya setuju.

Wan Aizuddin: Tidakkah lembaga pengarah bimbang? Walaupun sudah banyak hutang, mereka masih mahu pinjam AS$3 bilion?

Shahrol kemudian menjelaskan perjanjian dengan Aabar Investments PJS Limited (Aabar BVI) dibuat walaupun masih berhutang kerana penglibatan Low Taek Jho atau Jho Low. 

Kemudian muncul bahawa Aabar BVI adalah syarikat yang berdaftar di Kepulauan Virgin Britain dan dikendalikan oleh ahli perniagaan dalam pelarian Jho Low, dan bukan anak syarikat sebenar Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC), yang sepatutnya menerima dana tersebut.

Usahasama antara Aabar dan 1MDB akhirnya tidak dimeterai namun digunakan oleh syarikat pelaburan negara itu untuk mendapatkan bon ketiga, yang diatur oleh Goldman Sachs berjumlah AS$3 bilion.

Sharol juga memberitahu bahawa Jho Low memiliki kebiasaan untuk menubuhkan syarikat yang mirip dengan syarikat yang kukuh untuk menipu pelabur.

Katanya, Jho Low bertegas untuk menukar nama Syarikat Pelaburan Abu Dhabi Malaysia (MADIC) ditukar menjadi Abu Dhabi Malaysian Investment Company Limited (ADMIC).

“Saya boleh beritahu apa yang dimaklumkan kepada saya oleh Jho Low. Beliau datang kepada saya dan berkata orang Abu Dhabi sensitif kerana Malaysia menjadi nama permulaan (MADIC). Jadi saya bersetuju untuk mengubahnya,” kata Shahrol. 

Ia kemudian dikenali sebagai ADMIC, usahasama terkenal antara Sky Broadcasting UK dan ahli politik Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan.

Wan Aizuddin: Saya mencadangkan pertukaran nama kepada ADMIC adalah bertujuan untuk mengelirukan orang bagi menunjukkan usaha sama ADMIC boleh jadi ADMIC Incorporated di Abu Dhabi?

Shahrol: Tiada komen mengenai perkara itu.

Wan Aizuddin: Adakah kamu juga setuju Jho Low sentiasa mempunyai kebiasaan dengan syarikat luar yang mempunyai nama yang serupa dengan syarikat yang  sudah sedia kukuh?

Shahrol: Setuju.

Jho sebelum ini menubuhkan Aabar BVI, yang menyamai anak syarikat sebenar International Petroleum Investment Company (IPIC).

Beliau turut menubuhkan Blackstone Asia Real Estate Partners, sebuah syarikat yang dikatkan dengan syarikat hartanah ekuiti swasta sebenar, Blackstone Real Estate.

Dalam pemeriksaan balas itu, Shahrol turut mendakwa Jho Low mendapat melepaskan diri dengan syarikat itu kerana beliau rapat dengan Najib. 

Naji dibicarakan atas empat tuduhan penyalahgunaan kuasa untuk memperkayakan dirinya dan 21 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion. 

Perbicaraan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. – 5 Ogos, 2020.


KES 1MDB INI

SUSAH SIKIT

TAK MACAM KES

SRC  JELAS

AMIN

TAPI PEGUAM

DAH RASA

YAKIN KENA

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: