Isnin, 9 November 2020

MERAKAM SEJARAH

 



 TAK BUBAR

PARLIMEN

MUHYIDIN MATI

AMIN

BUBAR PARLMEN

RAKYAT MATI

AMIN


Bersatu minta Muhyiddin bubar Parlimen tapi MKN nasihat darurat, kata sumber

BERSATU bulan lepas sudah memberi mandat kepada Muhyiddin Yassin untuk membubarkan Parlimen, sehinggalah Majlis Keselamatan Negara (MKN) menasihati sebaliknya dan mencadangkan perintah darurat untuk menangguhkan pilihan raya, kata beberapa sumber.

Mandat itu diberikan kepada Muhyiddin oleh Biro Politik Bersatu yang bermesyuarat beberapa hari selepas ketua pembangkang Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong, pada 13 Oktober lalu, kata pemimpin tinggi parti.

“Bersatu sudah siap sedia untuk pilihan raya. Biro Politik sudah setuju dan serahkan kepada Muhyiddin untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya bubarkan Parlimen.

“Tetapi selepas itu, apabila Muhyiddin  bangkitkan dalam mesyuarat MKN minggu berikutnya, beliau dinasihatkan supaya memohon pengisytiharan darurat (daripada Yang di-Pertuan Agong),” kata seorang ahli Biro Politik Bersatu, dengan syarat tidak dinamakan.

Seorang lagi pimpinan tinggi Bersatu mengesahkan Biro Politik Bersatu bermesyuarat pada hujung minggu selepas Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong, untuk menyembah maklum beliau ada sokongan yang cukup bagi membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Muhyiddin.

“Ya, ada mesyuarat. Ya, ada bincang untuk bubar Parlimen. Kita setuju untuk bubar. Mesyuarat serahkan kepada  Muhyiddin,” kata sumber, yang juga tidak mahu dinamakan.

The Malaysian Insight difahamkan Muhyiddin meminta nasihat MKN bagaimana pilihan raya boleh diadakan dalam keadaan pandemik Covid-19, terutama setelah kes meningkat mendadak selepas pilihan raya negeri Sabah pada hujung September.

“Mesyuarat MKN kemudian mendengar taklimat daripada Ketua Pengarah Kesihatan (Dr Noor Hisham Abdullah) mengenai keadaan semasa. 

“MKN juga diberitahu bagaimana SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) susah hendak dapatkan petugas bagi pilihan raya kecil Batu Sapi. 

“Polis pula beritahu lebih 10,000 anggota dan pegawainya menjalani kuarantin, dan kalau ada pilihan raya ia tidak akan dapat mengerahkan pasukan,” kata sumber.

Atas maklum balas itu, mesyuarat MKN kemudiannya membincangkan cadangan mengenai pengisytiharan darurat untuk menangguhkan pilihan raya sehingga keadaan Covid-19 reda, tambah sumber.

The Malaysian Insight difahamkan cadangan pengisytiharan darurat dibincangkan dalam mesyuarat MKN pada Rabu 21 Oktober, sebelum diangkat untuk diputuskan oleh Jemaah Menteri. 

Jemaah Menteri membincangkan cadangan itu dalam mesyuarat khas pada Jumaat 23 Oktober. Ia dipersetujui oleh semua menteri, lalu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada petang yang sama.

“Ini bukan kehendak perdana menteri tetapi keputusan Kabinet, yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata sumber.

Yang di-Pertuan Agong pada 25 Oktober, selepas mendengar pandangan Raja-Raja Melayu, memutuskan tidak memberi perkenan kepada permohonan Jemaah Menteri untuk pengisytiharan darurat.

Baginda merasakan kerajaan telah berjaya menangani krisis Covid-19 dengan berkesan dan berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk pengisytiharan darurat.

Dalam pada itu, seorang sumber kerajaan yang maklum mengenai perbincangan tersebut memberitahu Muhyiddin dan Bersatu sedia untuk menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan.

“Kalau betul kerajaan hilang majoriti, siapa yang ada majoriti? Tak ada siapa pun.

“Jalan yang terbaik tentunya pilihan raya lagi sekali,” kata sumber.

Seorang sumber dalaman Bersatu pula memberitahu The Malaysian Insight, jentera parti telah diminta oleh pimpinan parti sejak Jun lagi untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum sebelum akhir tahun ini.

Antara persiapan itu termasuk meninjau sokongan rakyat terhadap kerajaan, sentimen rakyat terhadap isu dan pemimpin, serta mengenal pasti bakal calon dan meneliti pengagihan kerusi antara parti-parti politik.

Sepatutnya bubar bulan ini

Sekurang-kurangnya dua sumber Bersatu pula memberitahu The Malaysian Insight, Muhyiddin sebenarnya sudah lama mengintai satu tarikh dalam bulan ini untuk membubarkan Parlimen.

Seorang sumber kanan dalam parti memberitahu mengikut perancangan asal Parlimen sepatutnya dibubar pada minggu ini selepas Belanjawan 2021, yang dibentang di Dewan Rakyat pada Jumaat lalu.

“Kalau ikutkan paling awal Parlimen bubar pada Isnin (hari ini), selepas pembentangan belanjawan,” katanya.

Sebelum ini, Muhyiddin pernah membayangkan untuk mengadakan pilihan raya umum selepas Pilihan Raya Negeri Sabah.

Dalam satu wawancara minggu lalu, Muhyiddin berkata kerajaan Perikatan Nasional memang berharap untuk mendapat mandat baharu daripada rakyat melalui pilihan raya.

Katanya, pilihan raya umum boleh dibuat sekiranya isu berkaitan pandemik Covid-19 dan usaha pemulihan ekonomi negara dapat diselesaikan.

“Jika dua perkara ini dapat kita selesaikan, saya memang mengharapkan kita mendapat satu mandat baharu,” katanya dalam satu wawancara dengan Bernama dan media terpilih minggu lalu.

Mandat Parlimen ke-14 dijadual berakhir pada 15 Julai 2023. – 9 November, 2020.

 BUAT DARURAT

SEMUA MATI

KAH KAH KAH

BUKAN MATI CEPAT

MATI SATU SATU

KAH KAH KAH



2 ulasan:

Unknown berkata...

Abam kau sedang berdendang di DP

Tanpa Nama berkata...

Gwa bikin politik Malaysia huru-hara sekarang kerana ada politikus yang berangan nak jadi PM dan dah buat kacau sejak PRU lalu. Semua masalah politik (dan sekarang rakyat dan negara) berasal dari kekacauan politikus ini. Sebab tu, politikus tersebut patut rakyat buang ke Finland. Lepas tu baru ada peluang menyelesai kemelut politik negara.