Khamis, 7 Januari 2021

BERSATU TOLAK GEROMBOLAN


JELAS  TEGAS

TUNTAS

AMIN

GEROMBOLAN 

MUSUH UTAMA

AMIN

TIM BANDUAN

TIM MAHKAMAH

MAHU KUASA

AMIN

NAK BATAL KES

AMIN


Bersatu sedia PRU15 

tiga penjuru, 

kata akar umbi

PEMIMPIN akar umbi Bersatu sedia untuk berhadapan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang jika Umno benar-benar enggan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Beberapa pemimpin Bersatu memberitahu The Malaysian Insight, mereka telah ‘menghulur’ salam kepada Umno untuk bersama dengan PN tetapi Umno sanggup membalas dengan tuba.

Mereka juga memberi peringatan, jika Umno menarik balik sokongan kepada Muhyiddin Yassin dan memaksa pilihan raya awal, rakyat sekali lagi akan menjadi mangsa ketika pandemik Covid-19 belum lagi reda.

Ketua Bersatu Bahagian Padang Terap, Muzammil Ismail berkata sikap yang ditonjolkan oleh Umno menunjukkan mereka masih tamak dan tidak belajar daripada kesilapan dahulu.

“Sebahagian pemimpin Umno terlalu angkuh dan hanya memikirkan kuasa… hari ini Umno menjadi kluster ketidakstabilan politik negara.

“Bersatu tidak bimbang untuk bertembung dengan Umno kerana kita telah dan sedang mempersiapkan jentera kita di setiap cawangan dan bahagian.

“Bersatu bimbang bagaimana nasib rakyat yang terumbang ambing mencari rezeki pada hari ini,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Jelasnya, Umno patut berterima kasih kepada Perdana Menteri Muhyiddin kerana tetap menerima parti itu walaupun rakyat sudah menolak Umno selepas Pilihan Raya Umum-14 (PRU14).

“Umno tidak menerima realiti bahawa sebelum ini rakyat telah menolak sebahagian besar mereka. Kepimpinan Muhyiddin lebih disenangi oleh rakyat.

“Kami percaya jika Umno pergi bersendirian tanpa Bersatu dan PAS walaupun mereka bekerjasama dengan PKR dan DAP, mereka tetap akan ditolak oleh rakyat kerana kerakusan mereka sendiri.

“Masing-masing mahu menjadi calon ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri sekadar mahu menjaga perut sendiri tanpa memikirkan rakyat yang menentukan siapa pemimpin mereka,” jelasnya.

“Bersatu parti bermaruah”

Ketua Bahagian Bersatu Batu Kawan, Aziz Zainal Abidin pula berkata Bersatu parti yang bermaruah dan tidak perlu memujuk Umno untuk mendapatkan sokongan.

“Individu yang mencetuskan kerajaan PN ialah Muhyiddin Yassin, Ahmad Zahid Hamidi (presiden Umno), dan Abdul Hadi Awang (presiden PAS). Kalau Zahid tidak puas hati dengan PN, patut dari dululah cakap.

“Bagi kami, kalau Umno tidak mahu (bekerjasama dengan Bersatu), okaylah. Apa nak berlaku berlakulah, kita ada maruah.

“Kita tak perlu untuk pujuk, sejak Februari lalu kita dah pujuk, sudah bagi jawatan kepada Umno,” katanya.

Majoriti daripada 189 bahagian Umno yang bermesyuarat pada hujung minggu lalu meluluskan usul menolak kerjasama dengan Bersatu dalam PRU15.

Dua bahagian tidak bermesyuarat iaitu Tuaran yang akan bermesyuarat pada minggu ini manakala Tanah Merah digantung sejak 16 Jun tahun lalu.

Beberapa pucuk pimpinan Umno negeri juga menyatakan pendirian tegas Umno mahu  mempertahankan kerusi Parlimen dan negeri yang asalnya dimenangi oleh calon Umno tetapi wakil rakyat berkenaan melompat parti dan kini mewakili Bersatu, termasuk antaranya Pulau Pinang.

Mengulas perkara itu, Aziz berharap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Musa Sheikh Fadzir tidak menarik semula kenyataan itu.

“Seelok-eloknya apa yang mereka cakap, tunaikanlah. Jangan berdolak-dalik.

“Saya sedia jika Umno tidak mahu bekerjasama dengan kami, dan Bersatu akan fokus hubungan dengan PAS,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Bersatu Titiwangsa, Ad Adib Shaharuddin berkata tiada apa-apa yang mengejutkan sekiranya Umno enggan bersama dengan Bersatu untuk PRU15.

Ia hanya membuktikan sikap Umno yang tidak berubah iaitu mahu kekal sebagai “abang besar” dalam arena politik negara.

“Kita dah boleh dapat jangka dari dulu, Umno memang tidak mahu penyatuan dengan Bersatu. Mereka hanya fokus pada Muafakat Nasioanal (MN).

“Tak boleh sangkal walaupun ada pemimpin Umno tidak sokong Zahid tapi boleh lihat banyak ketua bahagian yang tetap menyokong beliau.

“Beliau adalah ‘war lord’ dalam Umno, dan parti itu masih tidak ubah sikap mahu menjadi ‘abang besar’,” katanya.

Umno dan PAS menjalin kerjasama rasmi atas nama MN pada September 2019, ketika dua parti utama Melayu itu menjadi pembangkang.

Selepas percaturan politik pada hujung Februari, Umno dan PAS bersama Bersatu membentuk kerajaan PN pimpinan Muhyiddin yang menggantikan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bersatu kemudian bersama PAS mendaftarkan PN sebagai parti politik, yang disahkan pendaftarannya pada Ogos 2020. Mereka disertai oleh dua parti di Sabah iaitu Star dan SAPP.

Umno dan BN bagaimanapun mengambil pendirian tidak menyertai PN.

Jentera Bersatu siap sedia

Dalam pada itu, Adib turut memberitahu, jentera Bersatu bersedia untuk berhadapan dengan pertembungan tiga penjuru walaupun mengharapkan perkara itu tidak berlaku.

“Kalau PRU15 ada bertanding tiga penjuru, kelebihan kepada PH kerana parti-parti Melayu berpecah.

“Tapi jika Umno memilih untuk bersama PH, PN akan menang besar sebab orang Melayu sudah muak dengan PH,” katanya.

Ketua Pemuda Bersatu Sarawak, Alexander Frusis pula mempersoalkan sama ada langkah politik Umno untuk tidak bersama PN benar-benar untuk rakyat.

“Kita menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong untuk meletakkan kepentingan rakyat apatah lagi dalam keadaan Covid-19 dan banjir yang sedang melanda negara.

“Saya juga ingin melontarkan soalan, apakah yang sedang dilakukan Umno ketika ini adalah untuk kepentingan rakyat?” katanya.

Bagi beliau, Bersatu tidak rugi jika Umno tidak menyokong kerajaan PN tetapi rakyat yang menghadapi kesusahan jika pilihan raya diadakan dalam tempoh terdekat.

“Saya sedih sekiranya keputusan itu benar-benar berlaku. Ia akan merugikan serta membawa kemudaratan yang mengabaikan kebajikan rakyat iketika ekonomi negara sedang dalam fasa pemulihan Covid-19,” jelasnya. – 7 Januari, 2021.

BERSEDIA

TOLAK GEROMBOLAN

BAGI PUKUL

HABIS

AMIN 

KASI WA TAMATUN

AMIN



Tiada ulasan: