WOIT
KAH KAH KAH
JANGAN SALAHKAN
TUAN SPEAKER
KAH KAH KAH
YANG SAHEH
TIM BANDUAN
TAK DAPAT
SOKONGAN
KAH KAH KAH
Speaker pasti sekat undi tak percaya, kata Najib
UNDI tidak percaya tidak akan dapat dilaksanakan kerana ia pasti ditentang speaker lantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kata bekas perdana menteri Najib Razak.
Perkara itu tidak dapat berlaku kerana usul berkenaan akan dihalang, sepertimana yang sering berlaku dalam persidangan sebelum ini ketika cadangan dikemukakan pembangkang, katanya.
“Usul undi tidak percaya tidak akan berlaku selagi speaker Parlimen tak benarkan usul tersebut dibahas.
“Walaupun speaker terima kesemua usul tersebut tapi tiada satu usul pernah dibenarkan speaker untuk dibentang,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, usul undi tidak percaya itu banyak kali dikemukakan pada tahun lalu, antaranya oleh pengerusi penaja Pejuang Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Warisan Shafie Apdal.
Bagaimanapun ia tetap tidak dibenarkan yang dipertua Dewan Rakyat, katanya.
Najib mengulas polemik yang timbul selepas Yang di-Pertuan Agong menitahkan agar Parlimen bersidang secepat mungkin untuk membahaskan tindakan menangani pandemik Covid-19.
Raja-Raja Melayu pula dalam satu kenyataan berasingan menegaskan darurat tidak harus dilanjutkan.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagaimanapun mengumumkan Parlimen mungkin hanya akan dibuka seawal September atau Oktober.
Beliau juga mengumumkan satu jawatankuasa yang turut dianggotai pembangkang akan dibentuk untuk mengkaji aspek persidangan itu, sama ada dibuat secara bersemuka atau juga dalam talian.
Persidangan Parlimen digantung dengan proklamasi darurat yang berkuatkuasa 11 Januari hingga 1 Ogos.
Persidangan terakhir Parlimen berlangsung pada Disember tahun lalu.
Sikap teragak-agak kerajaan untuk membenarkan Parlimen bersidang itu dikaitkan dengan kebimbangan bahawa Muhyiddin berdepan ujian untuk membuktikan majoriti dikuasainya.
Spekulasi itu diperkuat dengan pengakuan ahli Parlimen Umno mengenai usaha untuk meraih sokongan ke atas Menteri Luar Hishamuddin Hussein sebagai perdana menteri baharu.
Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz semalam mengakui beliau menggerakkan kempen agar wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyokong Hishammuddin.
Menurutnya, 25 daripada 41 ahli Parlimen BN sudahpun menandatangani pengakuan berkanun menyokong Hishammuddin sebagai perdana menteri baharu.
Menurutnya langkah itu bagi menolak usaha presiden partinya Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa menjalankan kempen agar Presidan PKR Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri baharu.
Seorang lagi pemimpin Umno, Ismail Sabri Yaakob yang juga menteri kanan dalam Kabinet Muhyiddin bagaimanapun menegaskan ahli Parlimen BN tidak akan menyokong sebarang undi tidak percaya. – 24 Jun, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan